Alamak Raya lagi, Kuih raya tak jadi-jadi, Kelam-kabut anyam ketupat, Rendang hangus dalam kuali. Lirik lagu ini mungkin bermain-main di fikiran anda sepanjang Aidilfitri lalu. Di sebalik viralnya lagu ini, ada kisah menarik seorang kanak-kanak speech delay yang mula bertutur mengikut lagu itu. Apakah ciri ciri speech delay yang boleh anda kesan pada anak?
Isi Kandungan
Apa Itu Speech Delay, Ciri Ciri Speech Delay
Seperti dilaporkan Kosmo! seorang ibu bersyukur apabila anaknya mula bertutur mengikut lagu berkenaan walaupun kurang jelas. “Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira.”
Jadi apakah itu speech delay? Ia adalah kelewatan pertuturan atau kelewatan kemampuan seorang kanak-kanak untuk berbicara atau menghasilkan bunyi. Ini ditentukan berdasarkan tahap perkembangan yang seharusnya mereka capai pada usia tertentu.
Bermula usia 12 bulan ibu ayah sepatutnya mula peka dengans sebarang kelewatan perkembangan yang mungkin anak anda alami berdasarkan ciri ciri speech delay yang dikongsikan.
Apakah Punca Untuk Masalah Kelewatan Bercakap?
- Masalah perkembangan mulut seperti sumbing bibir, lelangit rekah (cleft palate), atau kecacatan pada frenulum atau bibir.
- Gangguan pendengaran – boleh disebabkan oleh kerosakan saraf kongenital, masalah pendengaran konduktif dan jangkitan telinga.
- Masalah saraf oral-motor – disfungsi saraf di bahagian otak yang mengawal percakapan dan bahagian yang mengatur gerakan mulut dan lidah.
- Kesukaran ketika menyusu
- Masalah neurologi – Cerebral palsy, penyakit autism spectrum disorder, kecacatan mental
- Isu psikososial masalah dengan pengasuh atau dengan persekitaran mereka, ketagihan terhadap rangsangan visual melalui paparan skrin, kurang perhatian (tidak meluangkan masa yang cukup untuk bercakap dengan orang dewasa) dan selective mutism (tidak ingin bercakap)
Apa Yang Perlu Ibu Ayah Lakukan?
- Bawa anak buat saringan doktor
- Jumpa mereka yang pakar – ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan pakar perkembangan kanak-kanak
jiwadamai
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!
Baca juga: Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis
Baca juga: Anak Ada Masalah Speech Delay? Ini Senarai Pusat Terapi Pertuturan Terbaik Di Malaysia