Ini Fakta & Mitos Tentang Haid Yang Anda Perlu Tahu Serta Ciri Darah Haid!

Darah haid wanita mempunyai beberapa ciri mengikut hari sepanjang anda didatangi haid. Pada awalnya darah haid akan tampak sedikit cair dan ronanya sedikit gelap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kitaran haid adalah keadaan fisiologi normal dialami wanita di dunia ini.  Tidak kiralah ciri darah haid yang bagaimana anda hadapi, semuanya adalah normal. Tiada apa sebenarnya untuk dimalukan apabila berbicara mengenai lumrah yang dialami wanita sejak azali lagi. Walaupun dalam sesetengah masyarakat ia masih dianggap tabu, hakikatnya dalam Islam sendiri memberi kelonggaran kepada wanita, malah mereka tidak perlu menggantikan solat selama yang ditinggalkan ketika haid. 

Terlalu banyak tafsiran mengenai haid ini, ada yang menyatakan wanita yang didatangi haid adalah kotor, mereka adalah golongan yang dimurkai, malah ada juga sesetengah budaya yang seakan menghukum wanita yang didatangi haid. 

Jadi di sini kita bincangkan tentang ciri darah haid yang anda patut tahu, dan bila sepatutnya mandi wajib, serta mitos dan fakta mengenai haid.

Ciri darah haid

Darah haid wanita mempunyai beberapa ciri mengikut hari sepanjang anda didatangi haid. Pada awalnya darah haid akan tampak sedikit cair dan ronanya sedikit gelap, kemudian akan bertukar menjadi merah gelap dan di hujung-hujung akan menjadi lebih gelap seakan coklat. 

Kaum wanita juga tidak dibenarkan untuk tergesa-gesa untuk mandi bagi solat dan berhubungan kelamin sebelum darah haid benar-benar berhenti ini. Ini ditekan oleh Saiyidatina Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari (1/171) dan al-Muwatta’ (189):

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ

Maksudnya: “Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”

Dalam riwayat Imam Malik, diceritakan bahawa wanita-wanita tersebut sangat memberatkan diri dalam urusan agama sehingga mereka membawa pelita pada waktu malam berjumpa dengan Ummul Mukminin untuk memeriksa yang mereka sudah suci atau belum. Berkata Imam Ibn Abdil al-Barr Rahimahullah: “Ertinya Aisyah berkehendak agar kamu semua (kaum wanita) jangan terburu-buru untuk mandi wajib jika kamu nampak warna kekuningan, kerana itu adalah baki haid sehingga kamu nampak al-qossoh al-baido’ yakni cecair putih yang dikeluarkan oleh rahim (atau berdekatan dengan rahim) tatkala putusnya darah haid.” Rujuk al-Istidzkar (1/325)

Mitos #1: Minuman sejuk menyebabkan darah menjadi beku dan melekat di rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta: Tidak benar sama sekali, air sejuk akan disalurkan ke perut, bukan ke rahim. Salurannya adalah berbeza sama sekali. Ini samalah seperti mitos air sejuk penyebab perut buncit, sedangkan sebaik air masuk di dalam mulut, suhunya akan berubah ke suhu badan.

Mitos #2: Minum air kelapa menyebabkan rahim sejuk lantas mengakibatkan senggugut

Fakta: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk, adakah rahimnya juga akan berasa sejuk? Jadi apalah pula punca air kelapa menjadikan rahim sejuk pula? Minuman kita minum bukan pergi ke rahim!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos #3: Jangan makan timun ia menyebabkan getah di dalam timun tersekat di dinding rahim.

Fakta: Sekali lagi perlu diingatkan makanan yang dimakan tidak akan disalurkan ke dalam rahim. Jadi tiada kena mengena, sejuk atau tersisa.

Mitos #4: Jangan minum minuman bikarbonat, ia punca kanser rahim

Fakta: Minuman bikarbonat mengandungi gula yang tinggi, jadi tidak kira masa haid atau tidak elakkan minum jika boleh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak lagi mitos yang anda dengar? Percayalah ia memang sekadar mitos selagi tiada bukti dari segi perubatan. Anda adalah wanita bijak, jadi jangan sering bergantung kepada kepercayaan kuno, anda sendiri mampu menilai. 

 

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

8 Sebab Kenapa Darah Haid Anda Sikit & Berkurang Tiba-Tiba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan