Kalau Anak Cirit-Birit, Elak Beri Makan Sayur Berdaun Hijau, Boleh Jadi Lagi Teruk Nanti!

Menjadi ibu bapa banyak yang kita perlu belajar. Salah satunya adalah cirit-birit kanak-kanak yang boleh menjadi lebih teruk jika salah cara merawatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu bapa banyak yang kita perlu belajar. Salah satunya adalah cirit-birit kanak-kanak yang boleh menjadi lebih teruk jika salah cara merawatnya.

Cirit birit dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku disebabkan pelbagai punca tetapi punca paling biasa adalah disebabkan penjagaan aspek kebersihan. 

Ada yang keliru mahu beri anak makan apa jika mereka diserang cirit-birit malah jika diserang sembelit, pening juga kepala kerana tidak semua makanan yang berkesan mengurangkan cirit-birit atau sembelit  bagi orang lain berkesan kepada anak kita.

Baca juga: Bayi saya kerap berak cair – adakah ia normal atau bayi kena cirit birit?

Cirit-birit kanak-kanak boleh jadi teruk jika beri makan sayuran hijau

Menurut pakar diet klinikal dan komuniti, Nur Hafizah M Sobri, jenis serat yang diambil amat penting ketika anak-anak mengalami cirit-birit atau sembelit.

Katanya tidak dinafikan memang ada yang keliru mahu makan apa bila cirit birit dan malah serba tak kena jadinya. Memang ada banyak do and don’ts jika cirit birit, tetapi menurut pakar ini, jenis serat yang diambil ketika cirit-birit menyerang adalah sangat penting dalam menentukan proses penyembuhan. 

Bukanlah jika makan sayuran hijau itu anak tidak akan sembuh langsung, tetapi mungkin masa untuk sembuh itu akan lebih lama berbanding jika dikurangkan makanan itu. 

Jenis serat yang diambil penting sembuhkan cirit-birit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Nur Hafizah, jenis serat yang diambil amat penting ketika diserang cirit birit kerana ada serat yang patut dan tidak patut diambil ketika diserang cirit birit atau sembelit.

Salah ambil serat, ia boleh menyebabkan masalah yang dihadapi sama ada cirit-birit atau sembelit menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. 

Jadi penting dalam memastikan serat apa yang anda ambil ketika diserang kedua-dua masalah ini bagi memastikan ia tidak menjadi lebih teruk lagi. 

Serat yang sesuai diambil ketika cirit-birit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Nur Hafizah, serat yang sesuai diambil ketika diserang cirit-birit adalah jens serat larut air (soluble fiber) kerana serat jenis ini akan memberi ‘bentuk’ kepada najis. 

Bukan itu saja, punca cirit-birit biasanya akibat pesakit makan sesuatu yang memberi kesan tidak baik kepada perut yang bermaksud bakteria jahat dalam perut jauh lebih banyak dari bakteria baik sekaligus menyebabkan cirit-birit. 

Bakteria jahat datangnya daripada pelbagai sumber ia termasuk makanan basi, tidak elok dan tidak bersih. Jadi cara untuk melawan kembali bakteria jahat ini adalah dengan membantu bakterua baik dalam perut dengan memberi ‘kuasa’ tenaga dalam bentuk prebiotic yang sangat banyak dalam serat larut air dari buah-buahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi jika cirit birit sebaiknya perlu anda ambil atau beri pada anak adalah buah-buahan. Seeloknya dengan kulit seperti jambu, epal dan pir yang akan memberi bentuk dan tenaga kepada bakteria baik untuk melawan bakteria jahat.

Jika cirit-birit, yang perlu dielakkan dan jangan ambil banyak sangat adalah sayur hijau kerana ia mungkin boleh menyebabkan cirit-birit menjadi lebih teruk. Dari boleh tahan untuk ke tandas, langsung tidak boleh tahan jadinya nanti!

Serat yang sesuai diambil ketika sembelit

Jika sembelit, lebih elok jika diambil serat tidak larut air (insoluble fiber) yang banya dalam sayur berdaun hijau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serat tidak larut air ada yang seperti rerambut, bebenang yang lalu saja dalam usus kita. Jadi apa yang dimakan akan lebih kurang sama saja apabila ia menjadi najis. 

Serat ini memang membantu pelawasan tetapi elok juga dipadan dengan serat dari buah-buahan kerana sembelit bukan saja tidak lawas tetapi juga najis keras. Maka serat dari buah-buahan dapat melembutkan najis. 

Keadaan ini terpakai untuk semua kategori usia sama ada daripada bayi hingga dewasa. Jadi seeloknya periksalah apa yang anda beri pada anda jika mereka diserang cirit-birit.

Ia kerana makanan yang diberikan kepadanya sepanjang tempoh cirit-birit itu amat mempengaruhi masa penyembuhannya. Tetapi jika berterusan dan nampak tiada tanda untuk sembuh, seelok-eloknya bawalah anak anda mendapatkan rawatan di klinik bagi mengelak sebarang perkara lebih serius menjangkiti anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rujuk pada yang pakar bagi memastikan anak anda hanya terkena gejala cirit-birit ringan atau ada sebab lain yang menyebabkannya dijangkiti. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Nur Hafizah M Sobri

Penulis

Lala Annuar