Geram Isteri Berlawa Semasa Puasa & Rasa Nak Cium, Ini Pesanan Daripada Ustaz

Apakah hukum cium isteri di bulan puasa, adakah ia boleh menyebabkan puasa anda terbatal dan perlu mengantikannya semula? Ini jawapan daripada ustaz.

Menjadi satu kelaziman bagi pasangan suami isteri untuk menunjukkan sebahagian kasih sayang, perhatian dan cinta dengan cara cium isteri dan suami.

Kebiasaan cium isteri ini biasanya dilakukan sewaktu suami ingin pergi ke tempat kerja lalu ditangkap dahi isteri atau pipinya untuk dicium.

Bagi hal ini hukumnya adalah harus bahkan boleh jadi salah satu ibadah jika berniat untuk menunaikan perintah Allah SWT sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Nisa ayat 19 yang bermaksud

" Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang makruf (baik),".

Menurut Ustaz Mohamad Wahid Abd Hanif dalam Majalah AL-Ustaz edisi 1, salah satu cara bergaul dengan isteri yang makruf adalah dengan cium isteri malah perbuatan itu tidaklah salah dan dibenarkan oleh syariat kerana Rasulullah SAW juga turut melakukan hal sedemikian bahkan pada bulan ramadhan sekalipun.

Dalam isu berkaitan, Aisyah R.h.a berkata dalam Riwayat Muslim bahawa "Rasulullah saw, mencium dan menyentuhnya dalam keadaan berpuasa.

Sementara dalam riwayat yang lain, "Baginda menciumnya pada bulan Ramadhan dan Baginda sedang berpuasa,".

Keadaan itu tetap sama pada isteri yang lain dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ummu Salamah, "Nabi SAW mencium isterinya dalam keadaan sedang berpuasa,".

Pandangan ulama jika suami isteri bercium

Imam An-Nawawi ra menyatakan pandangan bahawa mencium isteri dengan pasangan yang sah adalah tidak membatalkan puasa, asalkan tidak sampai terangsang atau mengeluarkan air mani atau sperma. Malah hasrat seksual yang lebih tinggi maka hukumnya adalah haram.

Ibnu Abbas, Imam Abu Hanifah, Ats-Tsauriy, Al-Ausa'i dan Imam Asy-Syafii melarang bercium di bulan puasa terutama pasangan yang masih muda atau baru berkahwin, tapi dibolehkan bagi mereka yang sudah dilanjut usia.

Ini kerana, pasangan yang baru berkahwin hasrat seksualnya masih tinggi sedangkan orang tua perasaan itu kian memudar dan berkurang.

Pendapat Ibnu Wahab boleh mengatakan, boleh cium isteri sewaktu berpuasa sunat namun tidak boleh bagi puasa wajib.

Berikut adalah pendapat para ulama berdasarkan Mazhab Syafii

#1. Hukum makruh

Hukum makruh ini merupakan perbuatan yang bila dilakukan boleh mendapat dosa dan bila tidak dilakukan mendapat pahala.

Oleh itu, bercium semasa berpuasa adalah makruh, tidak kira ciuman di bibir atau pun pada anggota yang lain.

Ia masuk dalam hukum makruh kerana khuatiri jika semasa bercium keluarnya keinginan untuk melakukan adegan yang seterusnya.

#2. Lebih baik tidak dilakukan

Sekiranya bimbang anda sukar mengawal gelora nafsu semas bercium, Ulama Syaffi bersepakat supaya berciuman sewaktu berpuasa dielakkan.

Ia sebagai satu tindakan agar tidak terjerumus melakukan hubungan seksual di siang hari kerana ciuman ini dapat merangsang untuk melakukan persetubuhan.

Hukum cium isteri di bulan puasa

Daripada hadis di atas, sebahagian ulama berpandangan bahawa mencium isteri di waktu siang semasa bulan Ramadhan itu adalah harus dan tiada halangan untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang memberi pandangan berbeza di mana jika cium itu disertai perasaan syahwat maka hukumnya makruh kerana unsur puasa itu adalah menahan syahwat.

Pandangan tersebut mendapati bahawa Nabi semasa cium isteri pada bulan Ramadhan tidak disertai syahwat? Tapi perkara itu mungkin sukar bagi manusia biasa seperti kita.

Ustaz Wahid menambah, berdasarkan penjelasan berkenaan adalah sebaiknya kita cuba menghindari perasaan untuk mencium isteri di waktu siang semasa berpuasa kerana risau kalau ia boleh menimbulkan perasaan syahwat dan keinginan untuk melakukan hubungan antara suami isteri.

Ia adalah kerana, melakukan perkara sedemikian semasa berpuasa adalah dilarang dan tidak dibenarkan.

Jadi kalau nak lepaskan perasaan itu, boleh dilakukan selepas waktu berbuka dan terus melakukan mandi wajib supaya memudahkan urusan puasa untuk hari keesokannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bolehlah para isteri sekalian tag dan suruh suami baca penerangan ustaz ini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Addeen, theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga