Cocktail Buah Segar Dinikmati Pada Cuaca Panas, Wajib Disediakan Untuk Rumah Terbuka!

Air cocktail buah adalah air campuran susu segar atau susu cair bersama buah-buahan yang dipotong kiub yang enak dinikmati pada cuaca panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuaca amat panas pada Aidilfitri kali ini, setiap tetamu yang datang ke rumah pasti mencari minuman berais bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan. Dapat pula minum air cocktail buah, memang puas hati!

Air cocktail buah adalah air campuran dari susu segar atau susu cair bersama buah-buahan yang dipotong kiub selain diletakkan bersama jeli dan nata de coco bagi menambahkan lagi kelazatan pencuci mulut ini.

Buah-buahan segar yang digunakan biasanya adalah dari jenis lembut bukan buah yang keras kerana ia adalah sejenis minuman jadi perlulah menggunakan buah yang mudah untuk dikunyah.

Biasanya buah yang digunakan adalah laici, strawberi, kiwi, nenas dan pelbagai lagi bahkan ada juga yang mencampurkan buah-buahan dalam tin. Rasa manis dan masam buah akan memberi keseimbangan rasa kepada hidangan pencuci mulut ini.

Cocktail buah menjadi pencuci mulut yang terkenal untuk dihidangkan di majlis-majlis, terutamanya pada acara rumah terbuka hari raya, ia wajib ada kerana ia sangat mudah untuk disediakan jadi tidak hairanlah mengapa ia antara minuman yang terkenal untuk disajikan buat tetamu.

Namun, walaupun mudah masih ramai yang tak tahu cara untuk menyediakan. Jika anda nak tahu caranya, ikuti resipi ini yang telah dikongsikan oleh Saodah Osman di group Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3 sudu gula
  • Secubit garam
  • Buah-buahan pilihan (kiwi, strawberi atau mangga)
  • 1 tin laici
  • 1 bekas Nata de coco
  • Jelly atau 1 bungkus sumi
  • Ais secukupnya

Cara-caranya :

  1. Masak susu cair, susu pekat dan gula sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  2. Potong buah-buahan yang digunakan sehingga kecil-kecilan.
  3. Sediakan mangkuk atau bekas dan letakkan laici, nata de coco, jelly atau sumi. Tambahkan susu tadi.
  4. Campur bersama ais batu.
  5. Sedia untuk dinikmati

Ternyata resipi ini sangat mudah, dengan hanya beberapa langkah sahaja cocktail buah sudah siap. Pencuci mulut ini seeloknya disediakan beberapa minit sebelum bermulanya majlis, barulah kekal segar dan sejuk.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Idea Makanan Bayi 10 Bulan (Kuih-Muih & Dessert) Yang Sihat, Anak Mesti Suka!

Baca juga : Senarai Menu Open House Yang Mudah & Sedap, Jadi Kesukaan Keluarga Serta Tetamu

Baca juga : Kesuntukan Masa, Banyak Yang Perlu Disiapkan Di Pagi Raya? Masak Nasi Daging Utara Sangat Mudah Disediakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi