Conteng dinding jadi kegemaran kanak-kanak, mengapa?
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ada sebabnya mengapa makhluk kecil ini suka benar menconteng dinding.
#1. Permukaan luas
Dinding mempunyai permukaan yang sangat luas dan tiada batasan kreativiti (tak seperti kertas yang saiznya kecil). Permukaan yang luas menambah idea dan kreativiti kanak-kanak untuk melukis.
Tidak kiralah menconteng dan sebagainya, sebagai seorang manusia, apabila melihat permukaan luas untuk melukis, menconteng dan sebagainya, ia secara tidak langsung menggalakkan seseorang itu untuk berkarya tidak kiralah anak kecil atau dewasa.
Jadi jangan terlalu pelik jika anak anda lebih memilih dinding berbanding kertas yang telah diberikan kepada mereka.
#2. Sama dengan paras mata
Di dinding, kanak-kanak boleh melukis di paras mata tanpa perlu posisi terhad. Mereka boleh berkreatif sambil duduk atau berdiri. Jika melukis di atas kertas sama ada posisi duduk saja. Jika berdiri terpaksa pula menunduk.
Jadi ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak selesa, mungkin rasa lenguh dan sebagainya. Disebabkan itu mereka memilih dinding untuk berkarya kerana ia lebih mudah dan ‘mesra’ kanak-kanak.
#3. Permukaan vertikal lebih paksi
Melukis di permukaan vertikal lebih padan dengan paksi objek sebenar. Lukisan pokok di dinding, sama paksi dengan pokok sebenar. Jika melukis di atas kertas ia mungkin tidak vertikal dan kanak-kanak merasakan ia tidak real.
Melukis di dinding sudah pasti ia vertikal dan sama dengan apa yang kanak-kanak bayangkan.
#4. Rasa ingin cuba