Semua Kita Buat Anak 'Simpan' Tau! Buat 5 Perkara Positif Ini Kalau Nak Mereka Jadi Baik!

Menjadi contoh baik kepada anak mesti menjadi impian setiap ibu bapa di dunia ini. Tetapi bagaimana mahu menjadi contoh baik itu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi contoh baik kepada anak mesti menjadi impian setiap ibu bapa di dunia ini. Tetapi bagaimana mahu menjadi contoh baik itu? Bukan boleh dibuat-buat, tetapi dengan usaha yang kuat, pasti berjaya.

Anak ibarat span, mereka akan menyerap dan meniru setiap perbuatan kita, malah dengan sekali tengok saja mereka sudah boleh ikut apa yang kita lakukan.

Jadi adalah amat penting untuk kita menjadi contoh paling baik untuk anak, bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Begitulah diibaratkan hubungan ibu ayah dan anak yang mana mereka pasti akan ikut saja apa yang dilakukan ibu bapa.

Contoh baik anak dari ibu bapa

Siapa pun tidak dapat menafikan didikan ibu bapa banyak memberi kesan kepada anak-anak terutama dalam tingkah laku mereka.

Disebabkan itulah sebagai ibu bapa kita perlu tunjuk banyak perkara positif kepada mereka supaya apa yang mereka serap itu banyak yang positif untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Amat penting untuk anak-anak sentiasa 'disuap' dan 'disajikan' dengan ilmu dan perkara positif kerana perkara inilah yang akan membentuk mereka menjadi manusia yang baik nanti.

Tidak semudah itu untuk membentuk anak yang positif, ia bukan datang percuma tetapi datang dengan usaha daripada ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

5 contoh positif yang anda boleh tunjuk pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Belajar beri senyuman kepada orang lain

Paling simple, senyumlah pada jiran anda. Anak akan lihat semua ini. Bagaimana anda melayan jiran dan orang sekeliling anda, dia pasti akan tiru.

Jika pergi ke mana-mana belajarlah dan rajin-rajinlah senyum kepada orang lain. Anda akan perasan anak akan ikut apa yang anda lakukan. Cuba dulu ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bayar untuk orang lain di kaunter

Ini akan memupuk sifat sentiasa berkongsi kepada anak. Cubalah ambil aiskrim, gula-gula atau apa saja ketika di pasar raya, bayar dan berikan saja kepada sesiapa. Pada juruwang atau orang yang sedang beratur di belakang anda.

Anak pasti akan melihat orang itu tersenyum ketika menerima pemberian anda dan dia akan belajar membuat orang gembira dan berkongsi itu adalah perkara baik yang perlu diamalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan memberi kita akan membuatkan orang lain gembira. Cuba praktikkan perkara ini, anda akan nampak kesannya nanti. Jika bukan sekarang kesannya, mungkin bila anak dewasa nanti.

#3. Bukakan pintu untuk orang lain

Nampak remeh saja perkara ini, tetapi ia bawa kesan yang sangat besar kepada seseorang. Cuba sekali sekala bukakan pintu untuk orang lain. Tak salahkan? Bukan berat mana pun tugas itu.

Mungkin jika orang itu ada barang yang penuh ditangan. anda boleh bantu bukakan pintu untuk mereka. Anak akan memerhatikan semua ini, percayalah. Ini akan mengajar mereka untuk sentiasa menjadi insan yang bertimbang rasa kepada orang lain.

#4. Sertai aktiviti kesukarelawanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak aktiviti seumpama ini dianjurkan. Bawa anak anda sertainya. Seperti aktiviti menanam pokok dalam atau aktiviti gotong-royong dan mengutip sampah untuk membersihkan kawasan.

Nilai sebegini harus ditanam ddalam diri anak-anak supaya mereka tahu besarnya nilai aktiviti kesukarelawanan itu. Ini juga akan membentuk jati diri mereka menjadi seorang yang lebih menghargai.

#5. Belanja kanak-kanak di taman permainan

Jika anda bawa anak ke taman permainan, cuba sekali anda belanja kanak-kanak yang sedang bermain bersama anak anda. Bukan banyak pun modal, biasanya makanan seperti aiskrim ada dijual di sana.

Cuba anda belanja mereka semua di depan anak anda. Selain anak anda akan bangga, dia akan belajar sesuatu bahawa tidak rugi pun jika membelanjakan sedikit wang untuk buatkan orang lain gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanam sifat dan nilai murni sebegini dalam diri anak anda, akan menjadi tabiatnya apabila besar nanti!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com

Kredit foto : Sumber

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar