9 Cara Membahagiakan Suami Dengan Seksi Di Ranjang, Pasti Suami Tergoda Habis!

Jika anda buat 9 contoh cara membahagiakan suami di ranjang ini, pastinya suami akan lebih tergoda dan asyik ingin "melekat" dengan anda! Hihihi...

Di Amerika Syarikat, kajian pada tahun 2017 mendapati, kebanyakan pasangan kini hanya melakukan seks selama seminggu sekali. Angka ini menurun dari angka sebenar ketika tahun 1990-an. 

Apa yang dapat dibuktikan kajian ini adalah: jumlah seks bukan penentu kebahagiaan rumah tangga. Sebaliknya, kualiti seks itu yang lebih penting.

Bagaimana nak dapat kualiti hubungan ranjang yang memuaskan? Apabila jadi ibu bapa ini, kadang-kadang tak sempat pun nak fikir pasal seks! 

Ha… di sinilah anda salah. Guru yang terbaik untuk membahagiakan suami di ranjang adalah pengalaman. Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu.

Jadi isteri di luar sana, anda harus tahu contoh cara membahagiakan suami di ranjang ini. Barulah suami pun akan makin tergoda, ehem!

 9 contoh cara membahagiakan suami di ranjang

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang #1 Puji prestasinya

Puji pasangan lepas “beraksi” di ranjang mungkin rasa macam awkward sikit, tapi anda kena ingat: siapa yang tak suka pujian

Kadang-kadang, suami anda itu pun perlu tahu apa yang dia buat di ranjang itu “best” dan mengenakkan bagi anda. Makin anda puji, makin dia teruja nak beraksi demi anda! 😉

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang #2 Tahu mana titik sensitifnya

Ada beberapa titik sensitif bagi seorang lelaki. Tapi cara paling senang anda nak tahu adalah dengan cuba “menjelajahi” dirinya sendiri.

Sama seperti wanita, lelaki juga mempunyai titik G-spot tertentu. Nak tahu mana titik sensitif suami anda? Cuba baca di sini.

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang #3 Jangan cuba gaya sama sahaja

Aksi di ranjang ada pelbagai cara. Jika anda mahu mencuba sesuatu yang berlainan, apa kata cuba aksi dalam bilik air ini.

Jika anda malu nak keluar dari bilik untuk beraksi, apa kata tukar-tukar gaya dengan mencuba 99 cara bersetubuh ini? Ha… pasti tak bosan!

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang #4 Isteri orgasme lebih dari sekali

Jika anda bangga apabila melihat suami mencapai ejakulasi lebih dari sekali, begitu juga rasanya buat suami anda.

Jika dia dapat memberikan anda orgasme lebih dari sekali, pasti dia seronok untuk mencubanya lagi. Bagaimana nak capai orgasme lebih dari sekali? Cuba baca di sini.

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang #5 Seks oral adalah kegemaran lelaki!

Buat sesetengah lelaki, seks oral adalah “kelemahan” mereka. Jadikanlah ia sebagai senjata anda! 

Cara membahagiakan suami di ranjang #6 Jangan terlalu kaku dan “keras”

Apa yang nak dimalukan? Inikan suami anda. Jadi, jangan 100% pasif dan keras saat berhubungan intim.

Sesekali, ambillah posisi duduk di atas agar anda dapat mendominasikan permainan. Takpun, suruh suami diam dan biarkan saja apa anda hendak buat. Aum, pasti dia tergoda!

Cara membahagiakan suami di ranjang #7 Mandi bersama

Okay, ini jika anda masih belum cuba, anda WAJIB MENCUBANYA! Apa yang boleh kami janjikan: anda akan tersenyum sampai ke telinga 😉

Cara membahagiakan suami di ranjang #8 Dominasi “kelemahan” pasangan

Contoh cara membahagiakan suami di ranjang yang paling mudah dibuat adalah dengan menggunakan “kelemahannya” iaitu payudara dan punggung anda.

Apa yang anda boleh buat: pakai push-up bra, guna baju dengan leher yang rendah, atau pakai seluar pendek. Jangan terus berbogel depan pasangan.

Sebaliknya, biar dia rasa “dipancing” dengan godaan anda.

Ha… rasa-rasa, boleh tak anda buat 9 contoh cara membahagiakan suami di ranjang ini? Kami harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Prima Sulistya dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami "Wow"

Penulis

Ayu Idris