Terrible Twos @ Kerenah Anak 2 Tahun, Kenapa Mereka Kuat Mengamuk Di Usia Ini?

Kenali sikap 'terrible twos' pada anak. Mengapa si kecil ini kuat tantrum sampai ibu ayah susah nak kawal dan mengambil masa yang agak lama untuk kembali bertenang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa dan ahli pediatrik sering bercakap tentang terrible twos yang dasyat pada kanak-kanak yang berumur dalam linkungan dua tahun.

Ia adalah satu fasa perkembangan yang biasa dialami oleh kanak-kanak yang sering datang dengan tantrum, tingkah laku yang menentang dan kekecewaan yang melanda.

Contoh sikap ini bukan hanya bermula pada umur anak dua tahun tapi boleh juga bermula semasa umur mereka 18 bulan hingga 30 bulan.

Walaubagaimanapun, contoh sikap anak tantrum ini akan kembali pulih semasa umurnya tiga tahun.

Namun begitu sikap tantrum ini masih ada semasa umur si kecil tiga tahun namun tidak begitu kerap.

Mengapa terrible twos sangat dasyat?

Kredit: Buka review

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Toodler adalah peringkat yang berlanjutan dari usia satu hingga 3 tahun. Ia selaras dengan pertumbuhan intelektual dan fizikal anak. Ini kerana mereka akan bermula dengan perkembangan seperti di bawah:

  • Berjalan
  • Belajar bercakap
  • Mempunyai pendapat tersendiri
  • Belajar tentang emosi
  • Faham jika tidak menguasai sesuatu perkara bila membabitkan untuk berkongsi dan bergilir

Semasa peringkat ini, anak secara semulajadinya ingin meneroka alam sekitar dan ingin melakukan apa yang mereka inginkan dan harapkan.

Tetapi dengan kemahiran lisan, fizikal dan emosi mereka kadang kala menunjukkan rasa kecewa apabila sesuatu perkara itu gagal dilaksanakan dengan baik atau kekangan dari sudut komunikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah contoh situasi tentang sikap anak yang boleh mendatangkan kekecewaan dan kemarahan bagi kanak-kanak berumur dua tahun:

- Anak belum fasih bercakap dengan jelas sekaligus tidak dapat meluahkan apa yang mereka mahu.
- Mereka mungkin tidak sabar untuk menunggu giliran mereka.
- Mereka mungkin tidak dapat berkoordinasi dengan mata contohnya tidak dapat tuang air dengan sendiri atau tidak berjaya menangkap bola sehingga keinginan mereka tak dapat dipenuhi.

Adakah anak anda telah masuk ke fasa terrible twos ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan tahap kekecewaan mereka itu tinggi sekaligus anak kecil ini akan cepat mengamuk dan melakukan perkara seperti berikut:

1) Tentangan

Tentangan ini boleh menyebabkan penderitaan yang menyedihkan bagi kanak-kanak selain menangis untuk mendapatkan perhatian secara fizikal termasuklah melakukan dengan cara memukul, menendang, menggigit dan melempar barang.

Tentangan ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Kedua-dua jantina memiliki sikap yang sama.

2) Pembangkang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan setiap hari, anak akan mendapat kemahiran dan kebolehan yang baru. Jadi adalah sangat wajar untuk anak menguji tahap kebolehan mereka.

Ini menyebabkan anak membantah perkara yang biasa dilakukan seperti memegang tangan semasa menyeberang jalan atau semasa membantu mereka memakai pakaian.

Apabila anak semakin mengembangkan kemahiran itu, mereka mungkin akan menuntut lebih banyak masa untuk bersama dengan diri mereka.

Malah mereka juga mungkin tiba-tiba membuat keputusan untuk melakukan perkara yang telah dikuasai secara bersama-sama.

3) Perubahan emosi

Mungkin dalam satu minit anak kelihatan gembira dan ceria. Tapi pada minit seterusnya, si kecil menjerit, menangis dan cukup sengsara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini semua adalah hasil dari kekecewaan yang datang dari diri mereka sendiri sama ada mahu melakukan sesuatu itu dengan sendiri atau memerlukan bantuan orang lain.

Contoh sikap & tingkah laku yang menunjukkan situasi berbahaya

Kredit: IDN TIMES

Bagaimanakah cara untuk tahu jika anak mengalami tingkah laku yang mengerikan atau menunjukkan sikap yang serius seperti masalah gangguan kesihatan mental, mungkin?

Satu kajian pada 2008 melakukan analisis terhadap kehebatan emosi bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur 3 hingga 6 tahun dan menghuraikan kelakuan yang mencetuskan gangguan dan kelainan. Tanda-tandanya termasuklah:

- Tantrum secara konsisten (memukul, menendang, menggigit atau keganasan fizikal ke arah ibu bapa atau penjaga).

- Tantrum apabila kanak-kanak tersebut cuba untuk mencederakan dirinya sendiri

- Tantrum yang berlaku dengan terlalu kerap lebih dari 10 hingga 20 kali sehari.

- Tantrum yang berlangsung lebih lama daripada 25 minit secara purata

- Ketidakupayaan kanak-kanak untuk menenangkan diri mereka sendiri

Walaubagaimanapun, ada juga kanak-kanak tantrum ini disebabkan kurang waktu tidur hingga menganggu emosi mereka.

Jadi sebaiknya cuba fahami apa yang anak inginkan dan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi setiap hari supaya perubahan mood mereka dapat ditangani dengan baik.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga