Cuti Bersalin Untuk Suami (Paternity Leave): Bila Perlu Mohon Cuti Isteri Bersalin?

Buat masa sekarang, sesetengah syarikat khususnya sektor swasta tidak menawarkan sebarang cuti paterniti buat suami. Jika ada pun, kebiasaannya cuti bersalin suami hanya diberi selama sehari atau maksimum 3 hari atas dasar ehsan syarikat sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setuju tak jika cuti bersalin untuk suami diberikan sebanyak 7 hari atau lebih lama? Hakikatnya, ayah memainkan peranan yang sama banyak dengan ibu khususnya pada zaman ini.

Apa Itu Cuti Bersalin Untuk Suami

Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sah secara rasmi berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Terdapat beberapa perubahan yang diperkenalkan yang memberi manfaat kepada pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan pengenalan cuti paterniti adalah untuk memberikan kemudahan kepada pekerja lelaki dalam menjaga isteri dan anak yang baru dilahirkan, sekali gus memberi mereka masa untuk menguruskan hal-hal berkaitan kelahiran seperti proses pendaftaran kelahiran.

Berapa Hari Cuti Isteri Bersalin 

Di antara pindaan baru yang diperkenalkan adalah penambahan Cuti Bersalin kepada 98 hari untuk pekerja wanita dan peningkatan Cuti Paterniti kepada tujuh hari bagi pekerja lelaki.

Cadangan pindaan untuk jumlah cuti bersalin dan cuti paterniti ini telah disetujui secara sebulat suara di Parlimen. Ia dirangka supaya selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

Syarat Cuti Bersalin Untuk Suami

Untuk layak menerima bayaran semasa Cuti Paterniti, seorang pekerja perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Seorang pekerja harus sah berkahwin dengan pasangannya
  2. Seorang pekerja harus telah bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama
  3. Seorang pekerja perlu memberitahu majikannya sekurang-kurangnya 30 hari sebelum isterinya bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran.
  4. Kelayakan untuk menerima bayaran semasa Cuti Paterniti ini terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira jumlah isteri pekerja itu.

Kelebihan Cuti Bersalin Untuk Suami

  • Kehadiran suami dan bapa adalah sangat penting bagi ibu dan bayi, terutama dalam minggu pertama selepas kelahiran
  • Wanita yang baru saja melahirkan biasanya akan mengalami perubahan hormon yang drastik sehingga mempengaruhi emosinya. Kehadiran suami boleh mengurangkan bebanan emosi
  • Wanita memerlukan waktu 4 hingga 6 minggu untuk pulih sepenuhnya
  • Mengurangkan risiko meroyan kerana isteri dibantu suami
  • Suami boleh pelajari cara uruskan anak dan isteri
  • Sokongan emosi kepada isteri
  • Memberi peluang pada ayah menguruskan anak bukan sahaja baik untuk hubungan dengan anak semata-mata, malah memberi impak positif kepada kehidupan anak juga
  • Lelaki umumnya lebih bahagia dan kurang mengalami masalah kesihatan (baik mental dan fizikal) ketika menguruskan anak kecil. Sejak kelahiran anak, kesihatan mental si ayah boleh menjadi lebih baik kerana ia benar-benar mengubah perspektif mengenai kehidupan.

Apa Yang Boleh Suami Buat Ketika Cuti Isteri Bersalin

  • Buat kerja rumah – basuh baju, lipat kain kerana isteri tidak berdaya untuk buat semua perkara ini terutama minggu pertama kelahiran
  • Memasuk untuk isteri dan anak-anak lain
  • Menemani isteri
  • Menjaga bayi baharu
  • Belajar cara uruskan bayi

Bila Perlu Mohon Cuti Isteri Bersalin

Memberitahu majikannya sekurang-kurangnya 30 hari sebelum isterinya bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran.

mysyarikat.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Pernah Jaga Anak Tanpa Bantuan Isteri Tak? Ini Cara Mudah Eratkan Hubungan Ayah & Anak!

Baca juga: Hormon Lelaki Juga Berubah Sebaik Saja Ada Anak, Sama Macam Si Ibu! – Kajian

Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman