Kerajaan Diminta Tidak Abaikan Hak Wanita, Pertimbangkan Cuti Sakit Haid Setiap Bulan

Cuti haid untuk wanita perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan kerana ia menjadi gangguan ketika bekerja pada setiap bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memetik ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia iaitu Haniza Mohamed Talha yang berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan cuti haid kepada para pekerja wanita yang mengalami dismenoria atau sakit haid yang teruk.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Penggubalan undang-undang cuti haid kepada pekerja wanita.
  • Cuti sakit haid layak diambil oleh wanita.
  • Negara yang telah menawarkan cuti sakit haid kepada wanita.

Penggubalan undang-undang cuti haid kepada pekerja wanita

Haniza berkata, kerajaan hendaklah mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bagi memberikan  cuti haid kepada para pekerja wanita yang sememangnya mengalami sakit haid teruk atau dismenoria.

Tambahnya lagi, sudah terlalu lama masalah kesihatan haid telah menjadi topik. Namun, ianya enggan ditangani dan diatasi oleh ramai pembuat dasar seperti Asia termasuklah Malaysia sendiri.

Tegasnya lagi, haid adalah sebahagian daripada hak seorang wanita dan mengabaikannya akan merugikan separuh penduduk di negara ini.

Cuti sakit haid layak diambil oleh wanita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujarnya, sesetengah wanita mengalami sakit haid yang sangat teruk sehingga menyebabkan mereka sakit kepala, cirit-birit, pening, muntah, sakit di bahagian kaki atau pengsan.

Tidak adil untuk mengharapkan pesakit ini menggunakan kuota cuti sakit tahunan mereka untuk keadaan yang mungkin berulang setiap bulan.

Negara yang telah menawarkan cuti sakit haid kepada wanita 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk makluman anda, jiran negara kita iaitu Indonesia juga telah memberikan cuti kepada pekerja wanita. Wanita Indonesia yang mengalami sakit haid yang teruk boleh mengambilnya sehingga dua hari dalam sebulan.

Selain Indonesia, banyak lagi negara yang turut sama berbuat demikian iaitu Jepun, Korea Selatan, Zambia.

Terbaharu, Sepanyol akan menjadi negara barat yang pertama turut sama memberikan cuti selama tiga hari kepada wanita yang mengalaminya ketika bekerja.

Langkah baik ini jika diambil perhatian, tindakan serta direalisasikan sudah tentu merupakan khabar gembira buat semua wanita di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Walau Penat Urus 6 Orang Anak, Sheikh Muszaphar Luah Hasrat Ingin Tambah Anak Lagi

Baca juga: Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

Baca juga: Umur Baru 35, Anak Dah 10 Orang! Wanita Dedah Ramai Anak Rahsia Dia Kekal Awet Muda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani