X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja

4 min bacaan
Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja

Bukan duit semata-mata yang menyebabkan isteri takut nak berhenti kerja tapi faktor lain juga turut sama mempengaruhi mereka

Walaupun tugas mencari rezeki dan pendapatan itu adalah tanggungjawab suami namun tidak ada salahnya jika isteri mahu membantu dengan keluar bekerja. Namun begitu, sebagai seorang lelaki mereka lebih suka melihat isteri duduk rumah sambil menjaga anak-anak.

Bahkan dalam Islam, berkerja bukanlah tugas wajib untuk orang perempuan namun mereka tidak dilarang asalkan pekerjaan yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan mendapat keizinan daripada suami.

Walaubagaimanapun, meskipun keluarga itu nampak mewah namun tidak mudah untuk mengharapkan isteri berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Isteri bukan pandang wang semata-mata tapi menjadi ketakutan untuk meletak jawatan atas sebab-sebab tertentu dan perlu berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa isteri takut nak berhenti kerja

#1. Minat mendalam terhadap karier mereka

berhenti kerja

Selepas penat menyambung pelajaran ke menara gading, tentu sukar bagi seorang isteri untuk melepaskan karier mereka yang telah lama diidam- idamkan. Sebahagian besar pula telah bekerja lama dengan syarikat tersebut dan sayang untuk melepaskan jawatan tersebut.

Bagi mereka segala komitmen dan kesusahan yang dialami sepanjang bekerja dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan potensi diri mereka dalam bidang berkenaan.

Bahkan sampai kadang-kadang tak pernah bercuti jika tiada keperluan apatah lagi nak berhenti mesti mereka tolak sekeras-kerasnya.

#2. Tak mahu suami terbeban

Selain itu, sebab utama isteri enggan berhenti kerja juga adalah kerana tak mahu suami terbeban dengan dirinya. Malah ada ketikanya mereka malu untuk meminta wang daripada suami selain daripada nafkah diri.

Kalau nak minta lebih-lebih mengikut kemahuan diri memang akan rasa takut dan berfikir banyak kali bimbang ia akan menyebabkan suami tebeban dan di luar kemampuannya.

#3. Bimbang tak dapat urus rumah

Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja

Sebenarnya memang ada sesetengah wanita yang kurang mahir untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak dan menguruskan anak. Ini kerana mereka sudah terbiasa membuat kerja-kerja pejabat dan di sebelah malam sahaja melakukan kerja rumah.

Jadi daripada pengurusan rumah dikritik oleh suami, maka adalah lebih baik mereka meneruskan karier seperti biasa sekaligus tidaklah fobia untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

#4. Tak mahu tertekan dengan pandangan orang lain

Zaman kian berubah dan tidak seperti dahulu. Sekarang kalau orang perempuan tidak bekerja mereka akan dianggap oleh masyarakat seorang yang tidak pandai berdikari walaupun hakikatnya tidak sebegitu.

Malah keputusan isteri berhenti kerja juga ada ketikanya tidak disenangi oleh keluarga mereka sendiri mahupun keluarga mentua.

Atas sebab itu, isteri tak boleh berhenti kerja kerana tak kuat untuk mengarungi pandangan daripada orang luar.

#5. Tiada keyakinan diri

Apabila tidak bekerja sudah tentu isteri tidak mendapat menjana pendapatan untuk keluarga. Malah lingkungan sosial mereka juga menjadi terhad.

Jadi mereka beranggapan tiada apa yang boleh dibanggakan jika duduk terperap di dalam rumah tanpa bekerja. Malah mereka merasakan tiada perkembangan yang berlaku pada diri mereka sendiri.

Dalam masa yang sama untuk bakal surirumah, mereka juga perlu bijak merancang jadual mereka agar turut mendapat sedikit waktu untuk diri sendiri.

Bila duduk rumah jangan rasakan yang anda tidak boleh keluar untuk bersuka ria ataupun mengasah hobi. Kerana semua itu masih boleh dilakukan seperti biasa.

Stories Rakan Kongsi
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara

#6. Bimbang jika tidak lagi dihargai

Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja

Selain itu, tugas menjaga rumah sering kali dipandang sebelah mata oleh masyarakat dan kadang-kadang ada yang tidak memahaminya.

Namun kalau nak tahu betapa struggle seorang ibu yang menjadi surirumah itu cubalah duduk sekejap di tempatnya sambil menjaga anak kecil. Silap-silap nak mandi atau nak makan pun tak sempat.

Ditambah pula kalau anak yang asyik nak berkepit, lagilah susah ibu nak bergerak.

Lebih menyakitkan bila suami sudah mulai kurang kasih sayang yang suami tahu hanya kritik dan complaint saja apa yang tak kena. Pedih, bukan?

Ternyata pada hari ini, keputusan untuk berhenti kerja dan bergelar surirumah bukanlah satu keputusan yang sewenangnya boleh diambil kerana pelbagai risiko boleh berlaku.

Oleh itu, sentiasalah bertolak ansur dengan isteri jika mereka tetap mahu untuk meneruskan karier mereka itu. Jika mereka telah membuat keputusan untuk berhenti kerja, sama-sama hargai antara satu sama lain dan jangan biarkan dirinya down dan sebagainya.

Pendek kata bukan mudah nak lepaskan kerjaya yang kita sayang demi memenuhi keperluan rumah tangga.

Tapi kalau itu yang terbaik bagi semua pihak, mungkin hal ini boleh dipertimbangkan bersama.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-suami-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja
Kongsikan:
  • Ada Hubungan Dengan Lelaki Dalam Kerjaya Ini, LUPAKAN Mereka Ini Bikin Masalah!

    Ada Hubungan Dengan Lelaki Dalam Kerjaya Ini, LUPAKAN Mereka Ini Bikin Masalah!

  • Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

    Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ada Hubungan Dengan Lelaki Dalam Kerjaya Ini, LUPAKAN Mereka Ini Bikin Masalah!

    Ada Hubungan Dengan Lelaki Dalam Kerjaya Ini, LUPAKAN Mereka Ini Bikin Masalah!

  • Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

    Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.