Wah, CIMB Tawar Cuti Bersalin 6 Bulan Bergaji Pada Kakitangan, Seronoknya!

Wah, bertuahnya staf wanita di CIMB Bank berhubung berita gembira tentang cuti bersalin ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, heboh perkhabaran gembira dari CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Bank) apabila mereka mengumumkan cuti isteri bersalin khusus bagi staf wanita syarikat berkenaan yang pertama kali bergelar ibu selama enam bulan bergaji

Pemberian cuti isteri bersalin itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 lalu untuk semua pekerja CIMB di Malaysia. Pastinya perkhabaran ini menggembirakan ramai staf wanita syarikat perbankan tersebut. 

Cuti isteri bersalin – Perkhabaran gembira buat staf wanita CIMB Bank 

Menurut Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, tempoh cuti itu boleh diambil kira-kira 30 hari sebelum due date atau tarikh dijangka bersalin. 

Lebih menarik lagi, cuti tersebut boleh dilanjutkan dengan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan bagi membolehkan kakitangan menjaga anak sulung sehingga usia setahun.

Faedah tersebut ditawarkan sebahagian pendekatan holistik Kumpulan dalam menguruskan modal insan. 

Beliau turut menambah, setiap individu mempunyai keperluan berbeza dalam fasa kehidupan mereka, sekaligus dapat memupuk budaya keibubapaan tanpa perlu berhenti kerja.

Di samping pemberian cuti bersalin itu, CIMB turut memberikan inisiatif kelonggaran kepada kakitangan yang mempunyai anak usia kurang lima tahun atau keperluan tertentu supaya dapat bekerja dari rumah sehari seminggu. 

Kelebihan cuti isteri bersalin 

  • Memacu produktiviti dan tahap kesihatan wanita 
  • Perlindungan kesihatan kepada ibu dan anak 
  • Keperluan reproduktif wanita untuk kehamilan, melahirkan bayi dan menyusu 
  • Manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita dan kesejahteraan keluarga terutama mereka yang baru bergelar ibu.
  • Boleh memberi tumpuan penuh terhadap bayi termasuk penyusuan eksklusif.
  • Memastikan kesihatan ibu pulih sebelum mulakan tugas dan bebas tekanan.
  • Bagi memastikan wanita dapat menguruskan diri dan anak sebelum benar-benar sihat untuk bekerja.

Diharap khabar gembira ini dapat melegakan hati para ibu kakitangan CIMB yang sedang hamil pertama kali. Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan tahniah buat kalian! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : the Star, BHarian

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/cuti-bersalin-apa-anda-patut-tahu

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan