Kementerian Pelajaran Malaysia Umum 19 April Cuti Sekolah, 18 April Keputusan STAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuat dua pengumuman penting berkenaan tarikh cuti sekolah perayaan serta keputusan STAM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah boleh mula merancang untuk balik ke kampung lebih awal kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan yang mana pada 19 April adalah cuti sekolah sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika bercakap dengan barisan media selepas menghadiri Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 pada hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

Katanya, “Saya ada dua pengumuman penting nak share. Paling penting ni. Pertama adalah berita gembira yang mana dari pihak kami ingin mengumumkan bahawa dengan ini pada 19 April, KPM mengisytiharkan cuti khas untuk semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi 19 haribulan, tiada persekolahan.”

Keputusan itu diambil oleh KPM bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira akan semua pandangan ramai warga KPM yang ingin merancang untuk pulang ke kampung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kita ambil kira semua pandangan semua pihak dan untuk kesejahteraan mereka, khusus warga KPM dan guru-guru kita, untuk mengurus perjalanan mereka pulang ke kampung. Jadi selamat bercuti dan selamat hari raya Aidilfitri,” ujar kepada teman media di situ.

Pengumuman kedua yang dibuat olehnya adalah keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bakal dikeluarkan pada 18 April, sehari sebelum mula bercuti sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, “Kita akan pastikan yang pengumuman keputusan ini akan mengikut aturan biasa dan keputusan-keputusan ini boleh diambil selepas jam 10 pagi. Maknanya kita umumkanlah pada 18 hari bulan tersebut.

“Jadi, kepada anak-anak yang bakal mengambil keputusan STAM, saya mengucapkan semoga berjaya, dan mudah-mudahan keputusan ini akan memberikan kejayaan dan juga melonjakkan lagi semangat anak-anak untuk sambung pelajaran.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, ibu ayah tidak perlu runsing lagi dalam merancang waktu pulang ke kampung kerana dengan pengumuman cuti sekolah oleh KPM ini sedikit sebanyak dapat memudahkan rancangan anda sekeluarga untuk merancang perjalanan pulang ke kampung halaman, tanpa perlu menunggu sehingga sehari sebelum hari Aidilfitri itu kelak.

Apa pun, pandu dengan berhati-hati demi orang yang tersayang!

Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang

Baca juga: Letih Juga Kalau Tiap Tahun Bergaduh Nak Balik Beraya Mana, Ini 3 Faktor Yang Boleh Diutamakan

Baca juga: Bagi Pasangan Baru Kahwin, Raya Pertama Sebaiknya Di Rumah Keluarga Isteri, Ini Sebabnya…

Penulis

Farhana Fuad