X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pertunjukan Seni & Perang Ketupat, Ini 11 Cara Masyarakat Luar Negara Sambut Aidilfitri

6 min bacaan
Pertunjukan Seni & Perang Ketupat, Ini 11 Cara Masyarakat Luar Negara Sambut Aidilfitri

Sambut hari raya di luar negara berbeza dengan di Malaysia. Keunikan budayanya melambangkan identiti bangsa di negara mereka

Sambut hari raya Aidilfitri di seluruh negara adalah pada tanggal 1 Syawal. Di Malaysia, ia disambut meriah dengan pelbagai juadah makanan, majlis rumah terbuka dan kunjungan sanak-saudara.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sambut hari raya Aidilfitri di luar negara
  • 12 tradisi unik sambutan Aidilfitri di pelbagai negara

Walau bagaimanapun perayaan Aidilfitri ini berbeza bagi setiap negara disebabkan oleh budaya yang amat berbeza.

Sambut hari raya Aidilfitri di luar negara

sambutan hari raya

Dari kecil kita sudah terbiasa untuk mengenal dan merasai sambutan hari raya di Malaysia. Pernahkah kita berfikir bagaimana pula sambutan dalam komuniti  berbeza di negara-negara lain? Apa yang pasti setiap negara sudah tentu mempunyai adat resam, budaya, dan tradisi tersendiri untuk mengambarkan identiti bangsa mereka. 

11 tradisi unik sambut hari raya Aidilfitri di pelbagai negara

Tradisi unik di pelbagai negara ini membawa kita untuk lebih mengenal komuniti-komuniti Islam di luar. Antara tradisi unik sambutan Aidilfitri di luar negara adalah seperti:

#1. Inai di tangan dan kaki

Di India, perayaan Aidilfitri di sana dikenali sebagai “Chaand Raat”. Ia bermaksud “malam anak bulan” yang biasa disambut pada malam raya.

Tradisi ini sama juga seperti umat Islam di Malaysia, dimana petang sebelum raya, pihak yang bertugas akan melihat anak bulan untuk menentukan sama ada pengumuman tentang tarikh raya akan di berlaku atau tidak pada malam itu.

Berbeza dengan umat Islam di India, mereka yang berkumpul di kawasan lapang untuk melihat anak bulan  juga akan melakukan aktiviti memakai inai di kedua-dua belah tangan dan kaki.  Malah aktiviti bertukar buah tangan seperti duit dan manisan sesama kenalan dan saudara mara turut dilakukan.

#2. Perang ketupat

“Perang Topat” adalah tradisi umat Islam di Lombok yang popular di Bali, Indonesia. Perkataan “topat” diambil dari perkataan ketupat, iaitu makanan wajib ketika hari raya.

Biasanya ia akan berlaku pada 7 Syawal atau setiap hari terakhir pada minggu pertama perayaan itu.

Simboliknya merupakan gambaran perdamaian antara umat Islam dan masyarakat beragama Hindu di Lombok. Jadi nama “perang” yang disebut, mempunayai banyak nilai-bilai yang terkandung di dalamnya seperti nilai budaya, agama,  hingga pesta kerakyatan.

Perang Topat akan bermula dengan orang ramai mengelilingi sesaji berupa makanan, buah, dan hasil bumi sebagai persembahan. 

#3. Telur warna-warni

sambutan hari raya

Telur warna-warni wujud ke? Sekali dengar macam tidak percaya, tetapi bila dipandang terus melekat di mata. Jika negara-negara lain sibuk dengan aneka juadahnya. Di Afganistan pula menyambut Aidilfitri dengan permainan “Tokhm-Jangi.”

Kaum lelaki akan mendominasi permainan ini dimana mereka perlu membaling telur rebus yang berwarna-warni.

Syaratnya setiap keluarga akan merebus 200 biji telur untuk dibaling kepada orang ramai. Pemenang pula akan ditentukan dengan jumlah telur yang tinggal selepas “perang telur” tamat. Pemain yang mempunyai telur yang banyak, akan dikira sebagai pemenang.

#4. “Trick or treat”

“Trick or treat” biasanya aktiviti yang dilakukan ketika perayaan Halloween. Walaupun begitu terdapat tradisi di Turki yang dinamakan sebagai “Seker Bayrami” iatu aktiviti yang dilakukan pada akhir-akhir Ramadan. Menariknya, ia seakan-akan “Trick or treat.”

Kanak-kanak akan berkunjung ke rumah-rumah jiran untuk meminta manisan tradisional dan bersalam-salaman. Aktiviti seperti ini juga dilakukan oleh kanak-kanak Islam di Itali. 

#5. Ucapan “Bayraminiz Kutlu Olsun”

“Bayram” dalam bahasa Turki bermaksud hari raya. Jika di Malaysia kita memakai baju melayu dan baju kurung tetapi sebaliknya umat Islam di Turki akan mengenakan pakaian khas iaitu Bayramlik.

Ucapan  ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram akan diucapkan setiap kali mereka bertembung antara satu sama lain.

#6. Berkunjung ke perkuburan Sayyid ‘Ajjak 

Tradisi perayaan Aidilfitri di negara China paling ringkas sekali. Simbolik yang menjadi kebiasaan mereka selepas selesai solat sunat Aidilfitri adalah akan berkunjung ke perkuburan Sayyid ‘Ajjak (pentadbir pertama Yunan). Mereka juga akan membaca ayat Al-Quran serta membersihkan pusara tokoh islam tersebut.

Sayyid ‘Ajjak merupakan penyebar agama Islam di tanah Yunan. Beliau terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi antara kaum. Beliau juga pernah bina beberapa masjid, kuil Buddha dan kuil Confucius. 

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Masyarakat China akan mengenakan baju khas lebaran di mana kaum lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih manakala kaum wanitanya memakai baju tebal dan tudung. 

#7. Jamuan makan sepanjang 3 hari

Amerika Syarikat yang terkenal dengan negara minoriti Islam, mereka menyambut Aidilfitri dengan suasana yang meriah di kawasan-kawasan tertentu. Bersolat sunat di masjid yang kecil atau taman lapang tidak sesakali melunturkan semangat Aidilfitri mereka. 

Malah masjid-masjid  juga akan mengadakan jamuan makan sepanjang tiga hari untuk meraikan bersama-sama komuniti Islam di negara barat itu.

#8. Pertunjukan seni persembahan

Tradisi kunjung mengunjung di Malaysia yang biasa dilakukan dari rumah ke rumah tidak sama dengan masyarakat Arab Saudi. Amalan ziarah menziarahi bagi mereka adalah dengan mengadakan pertunjukan seni persembahan.

Ini termasuk persembahan teater, pembacaan puisi, perarakan muzik, tarian dan lain-lain. Makanan istimewa mereka pula adalah daging kambing yang dicampurkan nasi dan sayuran tradisional.

#9. Solat di tanah lapang

Negara Iran yang mempunyai majoriti masyarakat Islam akan melakukan solat sunat Aidilfitri di kawasan tanah yang lapang atau dewan-dewan besar. 

#10 Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha

Masyarakat di Afghanistan akan membuat persediaan lebih awal dari biasa iaitu seawal sepuluh hari sebelum menjelang Syawal. Mereka melakukannya dengan suasana yang amat meriah bersama ahli keluarga masing-masing. 

Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha adalah juadah wajib bagi setiap keluarga Islam Afghanistan dalam rumah mereka.

#11 Manisan syer kurma

sambutan hari raya

Masyarakat Islam Pakistan masih mengekalkan tradisi nenek moyang mereka dengan menghidangkan manisan terkenal ketika musim perayaan. 

Manisan itu diberi nama sebagai sheer kurma. Prosesnya amat mudah sekali, di mana buah kurma akan dimasak bersama susu lalu dicampur sekali dengan mentega dan mi suhun vermicelli.

#12 Bihun manis

Bagi masyarakat Islam India pula hususnya di New Delhi akan menghidangkan makanan wajib mereka ketika hari raya. Ia dipanggil sebagai Siwaiyaan yang merupakan campuran bihun manis yang disajikan dengan susu dan buah-buahan kering.

Agama menyatukan fahaman dan ketuhanan, tetapi budaya menyemarakkan kemakmuran dan hormat-menghormati dalam kehidupan. Syukurilah segala keunikan yang ada di dunia ini. 

Astro Awani, Rileklah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!

Baca juga: 7 Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru Di Hari Raya, #3 Paling Mudah & Beri Impak Luas!

Baca juga: 7 Perkara Yang Tidak Patut Diperkatakan Kepada Ibu Hamil Ketika Bertandang Di Hari Raya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Pertunjukan Seni & Perang Ketupat, Ini 11 Cara Masyarakat Luar Negara Sambut Aidilfitri
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.