Senarai Cuti Sekolah 2025 Untuk Ibu Bapa Yang Mahu Rancang Percutian Dengan Anak-Anak Lebih Awal

Cuti sekolah 2025 adalah masa terbaik untuk ibu bapa merancang percutian bersama keluarga tanpa perlu pontengkan sekolah anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuti sekolah dah tak lama lagi, dah ada idea nak bawa keluarga ke mana? Bagi memudahkan perancangan ibu ayah, ini jadual cuti sekolah 2025 yang boleh dijadikan rujukan berdasarkan kalendar akademik terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kalendar Akademik Cuti Sekolah 2025

Kalendar Akademik Cuti Sekolah 2025 memberikan panduan penting mengenai tarikh-tarikh permulaan dan tamat persekolahan serta cuti bagi sekolah di seluruh Malaysia. Ia terbahagi kepada dua kumpulan:

Kumpulan A: Melibatkan negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Kumpulan B: Melibatkan negeri-negeri lain seperti Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan.

Tarikh Mula Buka Sekolah Sesi Akademik 2025/2026

Bagi sesi akademik 2025/2026, tarikh permulaan sekolah adalah seperti berikut:

Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu): 16 Februari 2025

Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya): 17 Februari 2025

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesi persekolahan ini akan berakhir pada 10 Januari 2026 untuk Kumpulan A dan 11 Januari 2026 untuk Kumpulan B.

Cuti akhir tahun bagi sesi ini dijangka bermula pada 19 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026 (Kumpulan A) dan 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026 (Kumpulan B)​.

Takwim Persekolahan dan Tarikh Cuti Penggal Sesi 2025/2026

Berikut adalah takwim persekolahan dan tarikh cuti penggal untuk sesi 2025/2026:

Cuti Pertengahan Penggal 1

Kumpulan A: 8 Mac – 16 Mac 2025

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan B: 9 Mac – 17 Mac 2025 

Cuti ini memberi peluang untuk ibu bapa merancang percutian pendek atau pulang ke kampung serta masa untuk anak-anak berehat setelah memulakan sekolah selama beberapa bulan.

Cuti Pertengahan Tahun

Kumpulan A: 24 Mei – 8 Jun 2025

Kumpulan B: 25 Mei – 9 Jun 2025 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan cuti selama dua minggu, ia adalah masa terbaik untuk percutian keluarga yang lebih panjang dan aktiviti seperti berkhemah atau melancong.

Cuti Pertengahan Penggal 2

Kumpulan A: 16 Ogos – 24 Ogos 2025

Kumpulan B: 17 Ogos – 25 Ogos 2025 

Walaupun cuti yang singkat, aktiviti keluarga ringkas seperti bersiar-siar dan berkelah amat digalakkan untuk menjimatkan masa.

Cuti Akhir Tahun

Kumpulan A: 15 November 2025 – 4 Januari 2026

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan B: 16 November 2025 – 5 Januari 2026 

Cuti paling panjang dalam tahun persekolahan, memberi ruang untuk merancang percutian yang besar atau meluangkan masa di kampung halaman. 

Lampiran bagi kalendar akademik sesi 2025/2026 bagi Kumpulan A:

Lampiran bagi kalendar akademik sesi 2025/2026 bagi Kumpulan B:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua sekolah di Malaysia perlu mematuhi peruntukan cuti tambahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.

Cuti tambahan ini tidak memerlukan penggantian hari persekolahan.

Dengan maklumat terkini mengenai cuti sekolah 2025, ibu bapa disarankan merancang percutian lebih awal dan tidak perlulah pontengkan anak sekolah semata-mata untuk bercuti sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Aktiviti Cuti Sekolah Di Rumah, Ini Cara Kreatif & Menyeronokkan Untuk Isi Masa Anak Anda!

Baca juga: Dah Masuk Musim Cuti Sekolah, Jom Bawa Anak Bercuti Banyak Manfaatnya!

Baca juga: Trend Pontengkan Sekolah Anak Sebelum Cuti Sekolah, Ramai Parents Pilih ‘Healing’ Dengan Tenang

Penulis

Noorhidayah