TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Trend Pontengkan Sekolah Anak Sebelum Cuti Sekolah, Ramai Parents Pilih 'Healing' Dengan Tenang

1 Oct, 2024
Trend Pontengkan Sekolah Anak Sebelum Cuti Sekolah, Ramai Parents Pilih 'Healing' Dengan Tenang

Ponteng sekolah anak sebelum atau selepas cuti sekolah kini menjadi trend dalam kalangan ibu bapa bagi menikmati percutian dengan tenang

Musim cuti sekolah sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Bermula dari peringkat sekolah, sehinggalah kepada mereka yang sudah bekerja lebih-lebih lagi golongan ibu bapa.

Waktu beginilah yang digunakan oleh ibu bapa untuk menyantuni anak-anak mereka dengan pelbagai aktiviti sama ada membuat aktiviti di rumah atau di luar rumah. Ada antara mereka yang merancang bercuti di tempat menarik di dalam dan luar negara. Kadang-kadang rancangan percutian tersebut dibuat setahun lebih awal agar lebih tersusun dan dapat direalisasikan.

Isi Kandungan

  • Trend Pontengkan Sekolah Anak 
  • Tidak Menyertai Program Sekolah
  • Rekod Ponteng Sekolah KPM
  • Kesan Budaya Memontengkan Sekolah Anak

Trend Pontengkan Sekolah Anak 

Namun, ada pula timbul isu yang tidak sedap didengar dalam kalangan ibu bapa. Ada antara ibu bapa yang secara tidak segan silu berkongsi tentang rancangan percutian mereka yang tidak seharusnya diamalkan.

Sesetengah dari mereka merancang untuk ‘memontengkan’ anak-anak mereka lebih awal iaitu beberapa hari sebelum bermulanya cuti persekolahan. Malah ada antara ibu bapa yang mendakwa ‘terpaksa’ melanjutkan percutian mereka beberapa hari selepas cuti sekolah tamat.

Berdasarkan pengamatan, antara sebab popular yang digunakan adalah untuk mengelakkan kesesakan selain perbelanjaan yang lebih murah berbanding keluar bercuti pada hujung minggu.

Tidak Menyertai Program Sekolah

Keadaan ini merupakan suatu perkembangan yang negatif dalam masyarakat Malaysia kerana setiap hari persekolahan anak-anak amat penting bagi mereka walaupun ia berdekatan dengan tarikh-tarikh cuti sekolah. Malah terdapat segelintir ibu bapa juga yang gemar ‘memontengkan’ anak-anak mereka ketika terdapatnya anjuran pelbagai program di sekolah.

Berkemungkinan mereka beranggapan bahawa tiada sesi pembelajaran dalam kelas dan aktiviti yang dianjurkan itu tidak menarik, ditambah pula dengan rasa malas untuk menghantar mereka ke sekolah. Tidak mustahil juga ada di antara mereka yang tidak menghantar anak ke sekolah dek kerana mengikut Sahaja rentak anak yang tidak mahu ke sekolah!

Rekod Ponteng Sekolah KPM

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2023/2024 yang lalu, sebanyak 3.59 peratus dalam kalangan murid sekolah direkodkan sebagai ponteng sekolah berdasarkan Sistem Sahsiah Diri Murid.

Peratus ini adalah bersamaan kira-kira 182,848 orang murid berbanding jumlah keseluruhan murid seramai 5,093,272 yang direkodkan oleh KPM.

Mereka dikategorikan sebagai ponteng sekolah sekiranya mereka tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Hal ini menjadi dilema khususnya dalam kalangan guru kelas bagi menentukan sebab ketidakhadiran pelajar ke sekolah apabila sebab yang dinyatakan agak kabur seperti ‘tidak hadir kerana urusan keluarga’.

Di United Kingdom, isu ini telah menjadi perhatian sehingga pihak kerajaan terpaksa mengusulkan denda berbentuk penalti kepada ibu bapa yang didapati dengan sengaja menyebabkan anak mereka ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah. Berdasarkan usul tersebut, tindakan penalti akan dikenakan kepada mana-mana ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka ke sekolah selama lima hari berturut-turut atau lewat dalam satu penggal persekolahan atau membawa anak bercuti semasa sesi persekolahan.

Kesan Budaya Memontengkan Sekolah Anak

Terdapat pelbagai kesan yang boleh disenaraikan akibat daripada menormalisasikan budaya negatif ini. Antaranya:

  1. Anak Terhalang Daripada Merasai Kurikulum Tersembunyi (Hidden Curriculum): Kurikulum ini merujuk kepada nilai, norma dan kepercayaan yang diajarkan kepada anak-anak melalui aktiviti dan interaksi harian di sekolah.Kurikulum ini bukan melalui kurikulum rasmi atau silibus yang ditetapkan. Istilah kurikulum tersembunyi ini digunakan bagi menggambarkan pembelajaran tidak formal anak-anak di sekolah yang menyentuh kepada elemen-elemen seperti disiplin, kepatuhan kepada peraturan, budaya persaingan dan penghormatan terhadap hak, peranan dan tanggungjawab. Meskipun tidak diajar secara eksplisit, kurikulum tersembunyi ini sangat mempengaruhi pembentukan sikap, nilai dan identiti pelajar.
  2. Menidakkan Nilai-Nilai Murni: Sikap ibu bapa yang tidak menghargai atau memandang remeh hari persekolahan anak-anak secara tidak langsung menidakkan nilai-nilai seperti patriotisme, penghormatan kepada pendidik, kerjasama dan kreativiti yang ingin dipupuk. Ibu bapa hanya mementingkan pencapaian akademik dan mengabaikan program selain program akademik boleh membawa kepada perkembangan pelajar yang tidak seimbang, kurang kemahiran sosial, dan kurang menghargai nilai-nilai yang diperoleh melalui interaksi sosial di sekolah.
  3. Sekolah Dianggap Tempat Pembelajaran Akademik: Trend ‘memontengkan’ anak-anak ini juga mungkin mencerminkan sikap sebahagian ibu bapa yang melihat sekolah hanya sebagai tempat pembelajaran akademik, bukannya institusi yang menyediakan pendidikan menyeluruh. Sebenarnya, kurikulum tersembunyi berperanan mengajar pelajar tentang peranan mereka dalam masyarakat, namun sikap ibu bapa yang mengabaikan persekolahan mereka menunjukkan bahawa nilai-nilai ini kurang diutamakan dalam sesetengah keluarga.

Secara keseluruhan, isu ‘memontengkan’ anak ke sekolah ini memerlukan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Tuntasnya, pendidikan bukan sahaja mengenai pencapaian akademik, tetapi juga melibatkan perkembangan holistik yang diperoleh melalui program kokurikulum.

Kurikulum tersembunyi yang diterapkan kepada anak-anak melalui interaksi sosial di sekolah adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri mereka agar menjadi generasi yang seimbang dan berdaya saing pada masa kini dan akan datang.

Artikel asal diambil daripada Malaysia Gazette. Penulis dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

 

Stories Rakan Kongsi
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?
My Child Is Not Gaining Weight - What Should I Do?
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Trend Pontengkan Sekolah Anak Sebelum Cuti Sekolah, Ramai Parents Pilih 'Healing' Dengan Tenang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham