Perkhidmatan Tanpa Janji Temu Di Pejabat JPN bagi pejabat JPN di negeri yang telah berada pada fasa 3 & 4 PPN membenarkan kehadiran pelanggan untuk daftar kelahiran atau sebarang urusan lain secara walk in. Ia berdasarkan kapasiti dan keupayaan pejabat dari aspek pemantuhan penjarakan fizikal.
Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?
- Siapa yang dibolehkan daftar kelahiran bayi
- Cara daftar kelahiran anak secara atas talian
- Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama ke JPN
- Info penting mengenai daftar kelahiran anak
Bagi urusan Pendaftaran Kelahiran & Kematian pelanggan boleh hadir tanpa janji temu di Pejabat JPN yang berhampiran. Mengikut undang-undang di Malaysia, setiap bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.
Siapa yang dibolehkan daftar kelahiran bayi
Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-
- Bapa kanak-kanak
- Ibu kanak-kanak
- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan
- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu
- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak
Cara daftar kelahiran anak secara atas talian
Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara JPN telah pun melancarkan sistem portal perkhidmatan online / atas talian. Portal tersebut adalah sistem permohonan pendaftaran kelahiran Dalam Talian dan juga sistem online permohonan cabutan / salinan sijil kelahiran yang diperakui dalam talian.
Ia bagi memudahkan anda semua membuat pelbagai urusan dengan pihak JPN secara online tanpa perlu besesak-sesak di pejabat cawangan terlalu lama.
Anda daftar dan buat permohonan, selepas itu boleh terus pejabat cawangan untuk datang ambil sijil lahir yang dikehendaki sahaja.
- Layari laman web JPN di alamat www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran
- Klik pada pautan “Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian”
- Pengguna akan dibawa ke halaman osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php
- Pengguna perlu “Allow” atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda
- Klik butang “Daftar Pengguna Baru”
- Lengkapkan pendaftaran
- Kemudian, kllik butang “Log Masuk”
- Setelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi “Permohonan Anda Telah Berjaya”
- Klik butang “Cetak Slip Permohonan”
- Bawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari
Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama ke JPN
Bagi membolehkan seorang bayi itu didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara, dokumen-dokumen berikut mestilah di bawa bersama sewaktu pendaftaran di pejabatt JPN terdekat:
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
- Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
Info penting mengenai daftar kelahiran anak
- Pengeluaran MyKid ditangguhkan sehingga bulan Mac 2022 bagi memberikan laluan untuk proses penambahbaikan sistem pengeluaran MyKid.
- Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.
- Para Pelanggan yang dihormati, Untuk makluman dibawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak, Cap.10 menetapkan : Bagi kelahiran dan kematian yang berlaku di Sarawak, hendaklah didaftarkan di daerah dimana kelahiran (dalam tempoh 42 hari dari tarikh kelahiran) dan kematian (dalam tempoh 7 hari dari tarikh kematian) berlaku. Oleh yang demikian, bagi tujuan pendaftaran kelahiran dan kematian tersebut, pelanggan hendaklah memilih pejabat JPN di daerah ianya berlaku.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!
Baca juga: 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu
Baca juga: ”Masa Buat Dengan Suami Ok Pulak”- Ramai Ibu Luah Kena Sound Nurse Ketika Layan Contraction