Pastikan Tidak Busuk, Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk Untuk Tahan Lama

Daging korban boleh simpan berapa lama selepas tempoh sembelih bergantung kepada cara penyimpanan anda untuk pastikan ia selamat dimakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha, pasti ramai masyarakat Islam menerima daging korban. Pasti anda ingin tahu daging korban boleh simpan berapa lama?

Daging Korban Boleh Simpan Berapa Lama

Ibadah korban adalah satu tuntutan ke atas umat Islam. Ia adalah satu ibadah yang disunatkan kepada umat Islam dan dilaksanakan 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Apabila tibanya waktu itu, daging korban akan diagihkan. Ada kalanya kuantiti banyak diperolehi. Jadi timbul persoalan daging korban boleh simpan berapa lama?

Pendakwah, Syed Shahridzan Syed Mohamed menjelaskan, menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW lapor majoriti.com. 

Namun larangan tersebut sudah dimansuhkan atas faktor perubahan situasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, Raudah Al-Tolibin.

“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian daripada daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari, kemudian baginda mengizinkannya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harus Simpan Daging Korban

Menurut mazhab Syafie diharuskan menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.

Tiada masalah jika daging korban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun. Namun tidak digalakkan daging korban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin. 

Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk

Tips penyimpanan daging dengan cara yang betul untuk mengelakkannya daripada dicemari kuman, bendasing dan bahan pencemar lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tidak memasukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih ke dalam peti sejuk
  2. Asingkan simpanan daging dengan bahan sedia dimakan seperti aiskrim bagi mengelakkan pencemaran silang berlaku
  3. Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori-pori daging.
  4. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut
  5. Simpan daging dalam peti sejuk beku dengan suhu sama atau kurang daripada -18 darjah celsius
  6. Buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir dan serpihan kayu

Majoriti

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Larang Korban Untuk Pelaku, 3 Perkara Ini Perlu Dielakkan Semasa Melakukan Ibadah Korban

Baca juga: Niat, Doa Puasa Sunat Zulhijjah 2024, Puasa Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihan

Baca juga: 9 Tips Haji Wajib Tahu Untuk Wanita, Ketahui Kesilapan Biasa Semasa Haji & Perkara Tidak Patut Dilakukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar