X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Siapa Yang Layak Terima Daging Korban? Ini 3 Golongan Penerima Korban Mengikut Mufti Wilayah

5 min bacaan
Siapa Yang Layak Terima Daging Korban? Ini 3 Golongan Penerima Korban Mengikut Mufti Wilayah

Siapa yang layak terima daging korban? Ada tiga golongan penerima daging korban iaitu golongan yang korban, golongan miskin dan kaya

Ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang ternakan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru ketahui siapa yang layak terima daging korban bagi menjadikan ibadah ini lengkap.

Bagi anda yang berkemampuan melaksanakan ibadah ini, digalakkan memilih haiwan sendiri haiwan korban yang sempurna. Maksud sempurna disini adalah haiwan korban yang memiliki paling banyak dagingnya. Antara keutamaan haiwan korban adalah unta, kerbau, lembu, biri-biri dan kambing.

▲▼Isi Kandungan

  • Siapa Yang Layak Terima Daging Korban?
  • Cara Afdal Pembahagian Daging Korban
  • Pembahagian Daging Korban Nazar
  • Hukum Agihan Daging Korban
  • Hukum Makan Daging Korban Sendiri
  • Daging Korban Untuk Non Muslim

Siapa Yang Layak Terima Daging Korban?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, jika anda melakukan korban sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut adalah dengan sedekah daging korban kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Berikut siapa yang layak terima daging korban:

1/3 Bahagian Untuk Mereka Yang Laksanakan Korban

Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.

Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga).

Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

1/3 Bahagian Untuk Fakir Miskin

1/3 daripada baki daging korban yang diambil oleh tuan korban diberikan kepada golongan fakir miskin.

1/3 Untuk Orang Kaya

Baki 1/3 lagi diberikan sebagai hadiah kepada saudara-mara, sahabat dan jiran tetangga. Namun, jika masih ada golongan fakir yang belum menerima daging, adalah lebih baik baki ini diberikan kepada mereka.

siapa yang layak terima daging korban, penerima daging korban, pengagihan daging korban, pembahagian daging korban

Cara Afdal Pembahagian Daging Korban

Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. 

Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap pentingkan diri sendiri.

Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Pembahagian Daging Korban Nazar

Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Hukum Agihan Daging Korban

Para ulama’ telah menetapkan bahawa daging korban wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin dalam keadaan mentah dan bukannya yang telah dimasak atau dikeringkan.

Hukum Makan Daging Korban Sendiri

Jika korbannya itu korban sunat, maka tidak wajib atas dirinya memakan bahkan harus sedekah kesemuanya.

Firman Allah Taala :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِير

Maksudnya: “Maka kamu sekelian makanlah daripada haiwan korban itu dan berilah makan kepada orang-orang susah yang faqir.” (Al-Haj: 28)

Korban sunat bermaksud ibadah korban yang dilakukan dengan niat untuk mendekatkan dirinya dengan Allah dan bersedekah.

Berkata Imam Nawawi:

وَلَهُ الْأَكْلُ مِنْ أُضْحِيَّةِ تَطَوُّعٍ، وَإِطْعَامُ الْأَغْنِيَاءِ

Ertinya: “Dan harus bagi tuan korban makan dari haiwan korbannya yang sunat dan harus dia memberi makan kepada orang-orang yang kaya.” (Kitab Mibhaj At-Talibin)

Lebih afdhal jika tuan korban makan daging korban sendiri bagi mengambil keberkatan daripadanya.

Jika korban wajib seperti korban nazar atau dam haji yang wajib maka tuan korban haram memakan akan daging korban tersebut walaupun sedikit. Kesemua daging korbannya wajib dia sedekah semua daging korban tersebut itu kepada faqir miskin.

Daging Korban Untuk Non Muslim

Menurut laman JAKIM, pandangan mazhab Syafie yang masyhur mengatakan tidak boleh diberikan daging korban sama ada korban sunat atau korban wajib kepada orang bukan Islam kerana ibadah korban adalah ketaatan kepada Allah Ta’ala.

Namun jika daging korban sunat tersebut dimasak kemudian dijamu sebagai salah satu hidangan dalam majlis jamuan rakan sekerja dipejabat, yang mana mereka terdiri daripada orang bukan Islam yang dikenali dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam, maka dibolehkan daging korban sunat diberi makan kepada kafir dzimmi yang miskin.

Pandangan ini juga adalah pandangan sebahagian ulama’ mazhab Hanafi, bahkan dalam mazhab Hanbali harus dihadiahkan kepada orang kafir.

Dalam pembahagian daging korban, hendaklah didahulukan kepada masyarakat Islam setempat yang memerlukan.

Sekiranya terdapat lebihan daging yang tidak dikehendaki oleh masyarakat Islam dan dalam masa yang sama terdapat kafir dzimmi yang miskin yang dikenali dengan sifat baik dan ramahnya dengan masyarakat Islam, maka bolehlah daging korban sunat tersebut diberikan kepada mereka.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Mufti WP, JAKIM, Aqiqah Centre

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Lafaz Niat Korban Raya Haji & 5 Perkara Sunat Ketika Proses Penyembelihan Haiwan

Baca juga:  Doa Hari Arafah Adalah Waktu Paling MUSTAJAB, Ambil 1 Jam Sahaja Lepas Asar Nanti

Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Jangan Cuci Dulu Sebelum Simpan Agar Tahan Lama & Kekal Segar

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Siapa Yang Layak Terima Daging Korban? Ini 3 Golongan Penerima Korban Mengikut Mufti Wilayah
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham