TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sukar Dapat Lif Di Mall, Ibu Ini Tegur Sikap Orang Ramai Yang Selfish & Tidak Bertimbang Rasa

14 Jun, 2022
Sukar Dapat Lif Di Mall, Ibu Ini Tegur Sikap Orang Ramai Yang Selfish & Tidak Bertimbang Rasa

Naik lif pusat beli-belah dengan anak ecil di dalam stroller merupakan cabaran buat ibu ayah apabila ramai yang kurang bertimbang rasa

Isu ini memang tidak sudah-sudah dibangkitkan. Namun masih juga tiada perubahan. Sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri dan tidak prihatin ketika naik lif di pusat beli-belah buat ramai ibu ayah yang menggunakan stroller kecewa.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Naik lif pusat beli-belah perkara paling sukar buat ibu ayah yang guna stroller
  • Ramai ibu berdepan masalah sama ketika di pusat membeli-belah
  • Rakyat Malaysia perlu cakna siapa yang perlu diutamakan guna lif di pusat beli belah

Sudahlah muda belia, barang pula tak banyak, boleh pula buat muka tak bersalah naik lif dan potong barisan. Memang pentingkan diri dan sangat menyakitkan hati.

Naik lif pusat beli-belah perkara paling sukar buat ibu ayah yang guna stroller

naik lif

Perkongsian seorang pengguna instagram _wanismanis mengenai perkara ini buat ramai ibu ayah lain tampil meluahkan kekecewaan mereka dengan sikap rakyat Malaysia yang masih tidak peka mengenai perkara ini. 

Beliau meluahkan bahawa rakyat Malaysia masih ‘lemah’ mengenai kesedaran memberikan keutamaan penggunaan kemudahan lif kepada golongan yang memerlukan. 

Kisah lift vs escalator kami

Minta tolong ya yang mana takdak bawak wheelchair, stroller, benda-benda besar dekat tangan, minta tolong sangat-sangat naiklah eskalator.

Malaysian masih LEMAH dan kurang sensitif benda-benda macam ni.

Kami tunggu depan lift ni dah 4 round tau. (Untuk turun bawah dari second floor ke LG)

Tiada seorang manusia pun yang ada belas ihsan dan tolak ansur untuk bagi kami ruang masuk dalam lif.

Sedangkan yang dalam tu cukup sifat, muda, tak bawa wheelchair, stroller atau barang-barang yang banyak. Dalam bahasa kurang cantiknya, mereka melenggang-lenggang kangkung je.

Last round macam dah hilang sabar dah. Jom jelah naik eskalator, tapi aku nak ambil juga gambar mereka dalam lif ni! abang yang depan aku tu senyum tersipu-sipu. Entahlah, hampa ni ada perasaan tak?

Ended up, kami naiklah eskalator. 3 kali turun ya. Adam, Adib umi pimpin tangan. Babah bawa stroller Adra dan Adib yang co-rider tu.

Hampa takkan faham situasi ini selagi tidak mengalami. Tapi tolonglah bertolak ansur sikit, aku kalau boleh nak naik eskalator je cepat jimat masa, tapi kenapa lah sesetengah orang berebut nak naik lif.

Kawan-kawan saya kat sini, tolong ya ada kesedaran yang keutamaan naik lif adalah untuk mereka yang ada stroller, naik wheelchair, bertongkat, yang bawa anak-anak kecil. 

Korang yang sekadar bawa satu atau dua beg kertas janganlah naik sini. Kami bukannya saja-saja nak naik lif tu. 

Jangan nasihat suruh aku duduk je kat rumah. Ada masa kena bawa juga mereka keluar berjalan.

Ramai ibu berdepan masalah sama ketika di pusat membeli-belah

Ini antara reaksi ibu ayah yang meluahkan kekecewaan dan pengalaman mereka terhadap isu ini. 

“Ya Allah, akhirnya. Ada juga speak out. Kadang kita pula yang ada stroller ni terkebil kebil naik escalator.”

“Dah tak larat nak cakap dah, saya dulu mengandung naik escalator je sebab lift penuh dengan orang yang………………..”

“I pon kena benda sama dekat icity central ni. 30min tunggu. Last2 i tahan pintu lift suruh semua keluar. I dengan stroller + my mom in wheelchair. Terus semua keluar, tau pon malu. Next time maki kan jer org mcm ni, ni bila ingat balik pon rasa nk marah jerrrrr.”

Rakyat Malaysia perlu cakna siapa yang perlu diutamakan guna lif di pusat beli belah

naik lif

Walaupun sudah terang-terangan pihak pengurusan pusat beli belah tampalkan nota di luar lif kemudahan itu perlu diutamakan pengunaannya kepada mereka yang memerlukan, namun masih ramai pihak yang memandang enteng. 

Golongan yang diutamakan untuk menggunakan lif di pusat beli-belah termasuklah ibu mengandung, mereka yang menggunakan stroller, pengguna wheelchair serta warga emas. 

Jadi, bagi mana-mana individu yang tiada keperluan gunakan lif, mohon kerjasama untuk keluar bila lihat ada yang lebih memerlukan. Usahlah pentingkan diri sendiri dan belajarlah bertolak-ansur.

Instagram

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!

Baca juga: Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Memudahkan Ibu Ayah Yang Sentiasa Beriadah Bersama Si Manja!

Baca juga: Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sukar Dapat Lif Di Mall, Ibu Ini Tegur Sikap Orang Ramai Yang Selfish & Tidak Bertimbang Rasa
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham