Sebagai ibu bapa, salah satu perkara yang paling dinantikan adalah membawa si manja menikmati pemandangan atau luang masa bersama dengan bersiar-siar. Tetapi pada masa yang sama, kita semestinya mahukan si manja dalam keadaan selesa duduk dalam stroller baby terbaik.
Bagi ibu bapa pula perlu bersedia dengan beg untuk isi barang keperluan seperti botol susu, lampin dan beberapa barangan lain. Mujur kini banyak jenis stroller yang memudahkan impian ibu bapa kan?
Tambahan lagi, kebanyakkan ibu bapa di Malaysia sudah mula mencari stroller yang terbaik untuk digunakan sebelum kelahiran cahaya mata lagi. Setiap keluarga pastinya mempunyai pilihan tersendiri dan berdasarkan jenis gaya hidup keluarga masing-masing.
Untuk memulakan pemahaman anda dalam mencari stroller baby terbaik, mari kita mulakan dengan melihat akan jenis stroller yang berbeza, yang mana biasa dilihat di pasaran, dan keistimewaannya.
Cara Memilih Stroller Baby Terbaik Mengikut Kesesuaian Anda Dan Keperluan Bayi
Apabila tiba masa untuk memilih stroller yang tepat, anda mestilah mengambil maklum akan bagaimana fungsinya dapat memberikan kemudahan dan kelebihan kepada anda serta gaya hidup yang ingin anda terajui. Dek kerana terdapat rangkaian stroller yang agak meluas untuk anda pilih, jadi agaknya kategori jenis ibu bagaimana anda rasa akan diri anda?
1. Seorang Ibu Yang Hands-free
Mencari sebuah stroller yang hadir dengan lebih ruang untuk semua baby gear dan banyak lagi? Adakah anda seorang ibu yang memerlukan lebih ruang untuk menampung baby gear dan beberapa item tambahan lain agar tangan anda bebas dari sebarang barang?
Jadi, stroller bersaiz penuh adalah pilihan terbaik buat anda. Ia akan memberikan anda satu ruang dan kapasiti yang anda perlukan untuk menyimpan ke semua baby gear ketika anda menyorongnya.
2. Seorang Ibu Pengembara Tegar
Tidak kira mengembara ke merata negara, bandar-bandar atau stor beli-belah, jika anda adalah seorang ibu yang kerap mengembara atau bergerak ke sana ke sini, satu pilihan terbaik untuk anda pilih sebuah stroller yang dapat menyokong pengembaraan anda.
Kunci utama untuk anda lihat sebagai seorang ibu pengembara tegar adalah car seat. Sementara stroller adalah satu kemudahan yang memudahkan, bayi anda akan jadi lebih selamat di dalam kereta jika anda menggunakan car seat.
Sebuah stroller untuk kembara yang anda pilih perlulah ideal datang dengan car seat yang mana fit sempurna di dalam kenderaan anda dan mudah untuk dipasang dan diuruskan. Fungsi stroller kembara ini pastinya akan membuatkan pengembaraan anda bebas stress dan selesa.
3. Seorang Ibu Dengan Anak Ramai
Jika anda seorang ibu dengan beberapa orang anak, atau anda basal menyambut kelahiran anak kedua atau ketiga, sebuah stroller dua kali ganda adalah penting buat anda. Bergantung kepada usia anak anda, terdapat pelbagai jenis stroller dua kali ganda yang boleh anda pilih.
4. Seorang Ibu Aktif Bersukan
Sebagai seorang ibu yang aktif bersukan, anda akan mendapat kelebihan daripada sebuah stroller yang akan memudahkan rutin senaman anda, termasuklah berjoging. Satu kunci aspek yang anda patut lihat adalah pada keseôlamatan dan keselesaan bayi sewaktu larian anda.
Sebuah stroller untuk berjoging dengan penggantungan yang menyerap kejutan, satu bar pemegang boleh laras, satu brek tangan, dan besar, tayar berisi angin akan membantu anda menjadikan bayi anda kekal selesa dan selamat ketika rutin senaman anda. Pabila berlari, sebiji roda yang berpusing di hadapan akan dikunci untuk menambah kestabilan.
5. Seorang Ibu Dengan Bayi Baru Lahir
Pastinya anda sudah baca akan terdapat pelbagai jenis stroller dan fungsinya. Namun tidak semua baby strollers ini sesuai untuk bayi yang baru lahir. Jadi, disebabkan itu pentingnya untuk anda pastikan seorang ibu dengan bayi baru lahir memilih sebuah stroller yang selamat untuk bayi khususnya.
Secara tipikalnya, sebuah baby carrier adalah yang paling disyorkan untuk bayi baru lahir. Ia agak berguna kerana ia mudah untuk ditanggalkan daripada kenderaan untuk digunakan sebagai sebuah carrier.
8 Jenama Stroller Baby Terbaik di Pasaran Malaysia
Mencari stroller untuk si manja bukan sahaja perlu mengikut umur yang sesuai untuk anak, malah haruslah selesa dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Misalnya, bagi keluarga yang gemar melancong pastinya perlukan stroller bayi yang mudah dilipat dan ada juga yang sukakan stroller yang boleh dialih untuk diletakkan sebagai carseat si manja.
Bagi memudahkan anda, di sini kami senaraikan beberapa jenis baby stroller Malaysia pilihan yang mematuhi keperluan ibu bapa.
[product-comparison-table title="Stroller Baby Terbaik"]
Stroller Baby Terbaik Untuk Kembara
Halford Concerto merupakan pilihan kami kerana produk ini sangat sesuai buat ibu bapa yang kerap bawa anak bersiar-siar. Ini kerana stroller ini boleh dilipat kepada saiz yang kompak dan hanya dalam masa beberapa saat sahaja! Bukan itu sahaja, ia boleh diubah menjadi babyseat tanpa perlu anda keluarkan bayi terlebih dahulu pun. Wah hebat bukan?
Dimensi:
- Berat: 6.5KG
- Berat maksimum bayi: 15KG
- Muat dalam ruang kapal terbang
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Boleh diubah dari stroller kepada tempat duduk kereta bayi.
- Travel-friendly, jadi sangat sesuai buat keluarga yang gemar melancong.
- Alas stroller yang boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
- Mempunyai bekas storage yang besar di bahagian bawah stroller.
Keselamatan:
- Mematuhi European Safety Standard EN 1888
- Mempunyai 4 roda yang mudah untuk dikawal
- Tali keselamatan 5 mata dengan penutup empuk
- Mempunyai kanopi pelindung matahari
Stroller Baby Terbaik Paling Kompak
Salah satu stroller bayi terkecil untuk si manja anda, JOIE Pact ini mudah dilipat menjadi kompak. Selain itu, stroller ini boleh dibaringkan untuk keselesaan si manja dan mempunyai tempat kaki rehat yang boleh dilaraskan. JOIE Pact juga boleh dipasang bersama Joie Gemm, i-Gemm dan i-Level, atau sebarang carrier lain yang menggunakan kaedah pemasangan yang sama.
Dimensi:
- Saiz buka: l 86 x w 52.5 x h 106cm
- Saiz berlipat: l 24 x w 52.5 x h 56.5cm
- Berat: 6kg
- Boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga 15kg
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Tempat letak barang yang besar.
- Mudah dilipat dengan pantas
- Salah satu stroller yang boleh dilipat sehingga menjadi saiz paling kompak.
Keselamatan:
- Mempunyai kanopi perlindungan matahari dengan SPF 50
- Kanopi yang mempunyai visor
- Bar bumper bertutup kain
- Sokongan betis 2 kedudukan
- Tali keselamatan 5 mata
Stroller Baby Terbaik Untuk Mobiliti Dan Selamat
Doona direka untuk memberi ibu bapa penyelesaian mobiliti yang selamat dan praktikal untuk bayi mereka, di dalam dan di luar kereta. Yang menariknya, Doona adalah tempat duduk kereta pertama di dunia yang melepasi tiga standard keselamatan; tempat duduk kereta, stroller dan carrier! Buat keluarga yang gemar melancong, stroller ini memang terbaik kerana boleh dibawa ke dalam kapal terbang.
Dimensi:
- Berat: 7.5 kg
- Saiz berlipat: 23.6 X 17.3 X 26 inches
- Saiz buka: 39 X 17.3 X 32.2 inches
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Satu-satunya baby stroller di dunia dengan roda bersepadu
- Diperbuat dari PVC dan material bebas BPA
- Rekabantuk istimewa yang dijamin tidak mengganggu si manja yang sedang tidur
Keselamatan:
- Insert untuk carseat disediakan untuk keselesaan bayi baru lahir. Insert ini direka untuk memastikan tulang belakang si kecil anda berada dalam kedudukan ergonomik semasa menggunakan Doona.
- Diperakui EU dan AS
- Perlindungan hentaman sisi: 3 lapisan perlindungan kesan sampingan dengan struktur dinding berganda yang unik
- Perlindungan anti rebound
- Ujian: Berjaya lulus semua ujian kepatuhan yang diperlukan secara sah serta ujian tambahan di atas dan di luar syarat.
- Penilaian: Mencapai penilaian yang sangat baik dalam ulasan yang dilakukan oleh Stifting Warentest, ADAC, OAMTC dan NHTSA.
- Diuji dan diluluskan untuk pesawat di Eropah dan AS.
Stroller Baby Terbaik Paling Ringan
JOIE Tourist Stroller adalah salah satu stroller baby yang sangat ringan tetapi lengkap dengan segala yang diperlukan untuk stroller yang baik! Apabila dilipat kecil, Joie Tourist akan menjadi sangat kecil dan mudah untuk dialihkan ke mana-mana. Yang menariknya, stroller ini boleh dilipat dengan sangat mudah, guna sebelah tangan pun boleh!
Dimensi:
- Saiz buka:l 83.1 x w 47.1 x 106cm
- Saiz berlipat: l 66.1 x w 47.1 x h 24.3cm
- Berat: Kurang dari 6kg
- Boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga 15kg
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Mudah dilipat
- Pengendalian yang baik, mekanisme berbaring yang licin,
- Sokongan betis yang dapat dilaraskan
- Tempat mengisi barang yang besar
Keselamatan:
- Brek yang baik
- Mempunyai kanopi perlindungan matahari dengan SPF 50
- Kanopi yang mempunyai visor
- Bar bumper bertutup kain
- Sokongan betis 2 kedudukan
- Tali keselamatan 5 mata
Stroller Baby Terbaik Senang Lipat
Stroller yang paling selesa ini adalah satu stroller baby yang kompak mudah lipat. Malah ia juga hadir dengan sistem penyimpanan barang yang fleksibel.
Ia direka mudah boleh lipat dengan hanya satu tangan dengan rekaan boleh berdiri sendiri, dilipat sekali dengan tempat duduk. Stroller ini juga cukup ringan untuk digalas pada bahu atau ditarik seperti troli.
Dimensi:
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Kompak boleh lipat dengan satu tangan
- Tempat duduk boleh mundur dan laras, hanya dengan satu tangan
- Boleh jadi tempat car seat (perlu mendapatkan adapter)
Keselamatan:
- Suspension penuh dengan rekaan roda urban terkini untuk perjalanan yang lancar
- Direka cukup lestari untuk material berasaskan biologi, mengurangkan jejakan CO2 sebanyak 21 peratus
- Tali pinggang dengan 5 bintang boleh dilaras mengikut ketinggian
- Kanopi dengan UPF50+ mempunyai pop-out visor dan panel boleh intai
Stroller Baby Terbaik Terkecil Di Dunia Dan Tahan Lasak
GB Pockit Lightweight Stroller merupakan stroller kompak terkecil di dunia dan mendapat pengiktirafan Guiness World Records. GB Pockit sesuai buat keluarga yang gemar melancong dan sering meneroka kerana ia mudah tersimpan di mana-mana pesawat kereta api, malah muat dengan mudah di dalam kereta.
Walaupun kecil, produk ini diperbuat dari material tahan lasak dan direka oleh pakar. Dengan keupayaan untuk beralih dari stroller ke carrier dalam beberapa saat, Pockit adalah stroller yang mudah digunakan untuk berjalan-jalan dan tidak renyah buat ibu yang ingin berehat di cafe! Pastinya stroller baby terbaik untuk si manja, betul tak?
Dimensi:
- Boleh digunakan sedari bayi 6 bulan hingga 5 tahun.
- Berat maksimum: 24kg
- Saiz dilipat: 12" x 7" x 20"
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Boleh dilipat menjadi sangat kompak, sekecil beg tangan!
- Sangat ringan dan mudah diangkat.
- Boleh ditolak dengan sebelah tangan sahaja.
- Selesa untuk bayi dan menghadap ke hadapan.
Keselamatan:
- Dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan dan pelindung keselamatan yang boleh diatur pada ketinggian yang berbeza
- Mempunyai kanopi pelindung cahaya matahari dari terkena si manja.
- Sistem harness yang boleh dilaras.
Stroller Baby Terbaik Rekaan Kanopi Perlindungan Hujan, UV, Debu & UPF 50+
Siapa yang tak kenal dengan jenama barangan bayi ini. Combi stroller model Umbretta 4 CAS ini direka dengan inovasi terkini perlindungan maksima dari hujan, sinaran UV, debu, debunga dan malah ia juga dicipta dengan UPF 50+. Dengan adanya footmuff yang kalis air, ia melindungi bayi anda daripada hujan dan angin.
Bahkan, ia juga hadir dengan ruang penyimpanan yang luas untuk menyimpan barangan keperluan bayi. Rekaan EggShock berkualiti Jepun untuk penyerapan mengejut yang ultra sekaligus menyerap gegaran. Yang menariknya lagi, struktur rangka Combi stroller ini direka untuk pergerakan yang lancar dan meminimakan kadar gegaran pada bayi.
Dimensi:
- Sesuai untuk usia 1 ke 36 bulan (dengan berat 15 kilogram)
- Berat Combi stroller: 6.8 kilogram
- Roda besar bersaiz 18cm
- Kerusi tinggi 58cm
- Bakul luas dengan kapasiti 10kg barangan boleh tampung
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Auto kunci dan lepas depan dan belakang roda apabila menukar arah pengendali
- Gerakan yang mudah dan lancar
- Kerusi tinggi selesa, jauh dari debu, kehangatan lantai, dan udara kotor
- Mudah untuk ibu meletak dan memegang bayi keluar masuk stroller
- Ruang simpan barang bayi yang besar
- Satu sentuhan sahaja untuk buka dan lipat
Keselamatan:
- Footmuff tahan air untuk melindungi bayi dari hujan dan angin
- Pelindung bakul simpan barang tahan air untuk melindungi barang dari hujan dan debu
- Rekaan dengan Umbrella Shield Canopy, perlindungan dari hujan, sinaran UV, debu, debunga, dan UPF50+
- Tempat duduk tinggi dengan kusyen selesa untuk bayi
- EggShock berkualiti Jepun untuk menyerap kejutan ultra dan menyerap gegaran
- DACCO Seat untuk sokongan kepala, belakang badan dan pinggang serta memastikan posisi tubuh yang terbaik sepanjang masa
- Dihasilkan dengan Air Suspension untuk menyerap gegaran
- Struktur rangka stroller terbaik untuk gerakan yang lancar dan mengurangkan gegaran pada bayi
Stroller Baby Terbaik Multi Fungsi
Sedang mencari stroller baby yang ringan dan mudah digunakan? Dengan reka bentuk yang bergaya dan pelbagai ciri yang menarik, Nexgo Auto-fold stroller ini adalah pilihan yang tepat untuk ibu bapa suka travel.
Tukar kereta sorong tunggal anda kepada kereta sorong berkembar dengan mudah menggunakan penyambung yang turut disertakan.
Dimensi:
- Boleh digunakan sedari bayi 1 hingga 3 tahun.
- Berat maksimum: 10-15kg
- Saiz dilipat: 53 x 30 x 68 cm
Apa yang kami suka:
Fungsi:
- Sesuai untuk keluarga dengan dua orang anak kecil.
- Mudah bergerak di ruangan sempit.
- Auto lipat. Mudah dilipat dengan sebelah tangan.
- Roda 360 darjah melancarkan pergerakan.
- Reka bentuk bergaya dan praktikal untuk kegunaan harian.
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga (RM) |
Spesifikasi (L x W x H cm) |
Berat Tampungan Maksimum (kg) |
Halford Concerto Travel System
|
659.00 |
(Boleh muat ruang penyimpanan kabin kapal terbang) |
15 |
JOIE Pact Stroller+ Joie Gemm Infant Carrier Travel System
|
899.00 |
24 x 52.5 x 56.5 (saiz dilipat) |
15 |
Doona+Infant Cat Seat Stroller
|
1,918.00 |
59.94 x 43.94 x 66.04 (saiz dilipat) |
15 |
JOIE Tourist Stroller
|
899.00 |
66.1 x 47.1 x 24.3 (saiz dilipat) |
15 |
Bugaboo Butterfly Stroller
|
2,399.00 |
36 x 52 x 90 cm (saiz dilipat) |
24.5 |
GB Pockit Lightweight Stroller
|
899.00 |
30.48 x 17.78 x 50.8 (saiz dilipat) |
24 |
Combi Umbretta 4 CAS
|
2,600.00 |
46.6 x 49.8 x (89 -104.8) (saiz dilipat) |
25 |
Nexgo Autofold Baby Stroller
|
309.00 |
53 x 30 x 68 cm (saiz dilipat) |
15 |
Jenis Stroller Bayi
1. Stroller Bersaiz Penuh
Ini adalah satu pilihan bijak untuk ibu bapa yang mahu membesarkan keluarga dan keluarga yang mempunyai beberapa orang anak.
Kerusi tambahan untuk duduk, papan glider, dan car seat adapter untuk membolehkan stroller dapat menampung sebuah car seat bayi seiring dengan pembesaran keluarga anda adalah antara sedikit dari banyak pilihan ekstra sebuah stroller bersaiz penuh yang boleh tawarkan.
Stroller bersaiz besar boleh digunakan dari momen anak anda lahir sehingga dia membesar kepada kanak-kanak.
2. Stroller Untuk Larian
Ia mempunyai tiga tayar untuk menambah penggantungan dan kemampuan bergerak. Ia juga mempunyai tayar dengan isian angin yang menyediakan satu pergerakan yang selesa untuk anak anda.
Sebuah stroller untuk larian boleh dibawa di jalanan off-road atau berbatu tidak seperti yang lain dan ia ideal untuk pekari yang mencari satu stroller yang boleh keep up dengan mereka.
3. Stroller Dua Kali Ganda
Ini adalah sebuah stroller dengan dua tempat duduk yang penting, sesuai untuk sebuah keluarga yang sedang membesar. Walaubagaimanapun, sesetengah jenis stroller dua kali ganda mempunyai dua buat kerusi yang tidak boleh diubah, sementara yang lain boleh diubah yang mana boleh ditukar dan dilaraskan di dalam variasi cara.
Ada kata, terdapat satu variasi pilihan untuk setiap bajet. Sesetengahnya ada yang dalam satu garisan, yang mana bermaksud tempat duduk telah disusun di mana satu tempat duduk di depan dan satu di bahagian belakang. Yang lain adalah stroller berkembar dengan tempat duduk bersebelahan, dan ada juga yang boleh ditukar daripada satu tempat duduk kepada dua atau lebih.
4. Car Seat Carrier
Sebuah carrier untuk bayi adalah diperbuat untuk bayi yang baru lahir dan boleh digunakan sehingga mereka berusia 12 bulan atau lebih, bergantung kepada tinggi bahu mereka dan berat. Ia selalunya diletakkan dalam posisi menghadap ke belakang. Sesetengah carrier bayi boleh diklip ke atas rangka stroller yang disyorkan dan menggunakan sebuah pram dengan kegunaan adapter.
Ramai ibu bapa boleh memberitahu anda akan bagaimana bergunanya carrier bayi kerana mereka membenarkan anda untuk mengangkat anak anda ke dalam dan ke luar kereta tanpa mengganggu tidurnya.
5. Stroller sistem kembara
Sebuah stroller sistem kembara menjadikan satu perjalanan meninggalkan kediaman dengan bayi anda jauh lebih mudah dan sangat membantu. Banyak stroller kembara boleh lipat dengan mudah dan boleh dibawa di atas bahu anda atau mudah di bahagian ruang penyimpanan di dalam kabin kapal terbang.
Jadi kini anda pasti sudah dapat memahami akan pelbagai jenis stroller yang tersedia di pasaran, jom kita lihat akan bagaimana anda boleh pilih stroller yang terbaik yang sesuai untuk keluarga dan keperluan anak anda.
Kami harap semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan stroller baby terbaik di Malaysia.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sebelum Meluru Beli Stroller Baby Yang Sempurna, Semak 9 Benda Ini Dulu Ya Parent!
Baca juga: Car Seat Terbaik: 5 Pilihan Car Seat Untuk Manja
Baca juga: Baby Carrier Terbaik: 13 Jenama Yang Memudahkan Ibu Ayah & Bayi