X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!

3 Jun, 2020
Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!

Ramai ibu bapa yang mengenakan tali keselamatan untuk anak-anak mereka sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau di bahagian lain. Namun tahukah anda ia memberi risiko bahaya kepada mereka?

Dalam membantu urusan ibu ayah setiap hari bersama anak-anak, maka ramai di kalangan kita yang memilih untuk memakaikan anak dengan tali keselamatan terutama bila berada di luar dengan anak kecil yang tentunya semakin lasak.

Malah, tali keselamatan ini sering kali dipakaikan di pergelangan tangan atau disangkut di bahu seolah-olah memakai beg.

Namun inilah pilihan yang ibu bapa ada untuk mengawal kebebasan anak kecil sewaktu berjalan sendiri dengan pantauan daripada ibu bapanya.

Kecuaian semasa anak pakai tali keselamatan

tali keselamatan

Walaupun tali keselamatan ini membantu mengawal anak kecil di luar, namun kecuaian tetap boleh berlaku terutama sekali bila ibu bapa mungkin sedikit terleka.

Namun, inilah yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di China yang dipasangkan tali keselamatan yang hampir maut selepas tergantung pada pintu lif kira-kira dalam masa dua minit.

Melangkah masuk ke dalam lif seorang diri

Menerusi CCTV yang tular itu, kanak-kanak berkenaan dilihat masuk ke dalam lif secara bersendirian tanpa pengawasan daripada ibu bapanya sementara tangan kanannya diikat dengan tali.

Namun, belum sempat pengasuhnya masuk ke dalam lif secara tiba-tiba pintu lif itu tertutup dengan sendiri.

Setelah lif itu bergerak, kanak-kanak itu tergantung pada pintu lif selama hampir dua minit.

Namun nasib baik lif berhenti selepas mengesan ada pergerakan luar biasa dari dalamnya dan mode kecemasan telah diaktifkan.

Tiada kecederaan yang dilaporkan dan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Walaubagaimanapun di harap kejadian ini membuatkan orang ramai lebih berhati-hati terutama bila memakaikan anak dengan tali keselamatan dan insiden ini tidak berlaku kepada orang lain.

Sebab-sebab ibu bapa menggunakan tali keselamatan pada anak

tali keselamatan anak

Adakah ibu ayah tahu sebab mengapa anda memerlukan tali keselamatan ini? Salah satunya adalah untuk mengawasi tingkah laku anak semasa berada di luar kawasan rumah. 

Biasanya bila ada anak kecil yang semakin melasak tentunya tugas ibu ayah akan berganda kerana harus memantau anak dengan lebih baik supaya tiada sebarang insiden buruk yang berlaku.

Namun kalau boleh jangan diikatkan tali ini terlalu ketat kerana ia mungkin menganggu kebebasan anak kelak.

Apapun jom kita lihat apakah sebab lain yang membuatkan anda memilih untuk memakaikan tali keselamatan ini pada si kecil. 

#1. Keselamatan anak menjadi keutamaan

Anak kecil memang kesukaannya adalah bermain dan berlari-lari tanpa mengetahui bahaya yang mungkin boleh berlaku terutamanya bila berada di kawasan awam.

Malah kalau anak aktif semacam ni memang boleh membuatkan anda rasa penat nak mengejar dan mengawal mereka.

Jadi inilah masa yang terbaik untuk memakaikan  “kids safety harness” bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Malah ia sedikit sebanyak membantu ibu ayah dalam memastikan anak tidak hilang dari pandangan mereka terutama bila berada di kawasan seperti pasar raya, pusat membeli belah dan sebagainya.

#2. Bantu kanak-kanak istimewa

tali keselamatan kanak kanak

Stories Rakan Kongsi
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About

Selain itu, tali keselamatan ini juga sebenarnya boleh membantu anak yang berada dalam golongan yang hiperaktif dan ada masalah pendengaran.

Ini kerana seperti yang kita tahu anak dengan hiperaktif sukar dikawal dan pergerakan mereka tentunya membimbangkan ibu bapa.

Jadi untuk hindari kecelakaan maka ibu ayah patut pakaikan mereka dengan harness ini.

#3. Bukan untuk menyekat anak bebas

Meskipun anak sudah diikat dengan tali keselamatan namun ia tidak menghalang mereka untuk bebas bergerak bahkan ia sangat bagus kerana ibu ayah boleh mengawasi mereka.

Malah dengan cara ini ibu bapa boleh mengikut langkah si kecil ke mana jua tanpa berlari-lari mengikutnya di belakang.

#4. Peralatan yang praktikal

Walaupun menggenakan tali keselamatan, namun ibu ayah masih boleh mendukung dan memimpin mereka tatkala bersiar di kawasan awam contohnya taman tasik dan lain-lain.

Justeru, jangan sebab gunakan harness ini anda menganggap mereka ibu bapa yang pemalas tapi sebenarnya ada manfaatnya juga.

Namun begitu, jangan sesekali cuai dengan pergerakan anak supaya tidak berlaku insiden seperti di atas tadi.

Jika sudah ramai ibu bapa menggunakan tali keselamatan ini, itu bermakna anda sudah mendapat kesedaran tentang kepentingannya.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Medium.com 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham