Tips Memasak Daging Panggang Dengan Betul, Biar Segala Bakteria Hilang Serta Merta

Selalu masak daging panggang? Ini cara yang betul kalau nak masak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan ramai orang begitu gemar dengan ayam panggang, daging panggang dan sebagainya yang dikatakan cukup enak bila dinikmati bersama sos lada hitam yang begitu menangkap selera semua orang.

Apatah lagi aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama yang sekaligus dapat menambahkan lagi kemesraan antara ahli keluarga.

Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan makanan yang dipanggang ini tidak sihat dan menyebabkan kanser terbentuk kesan daripada karsinogen semasa memanggang.

Jadi, bagaimanakah cara untuk kita terus memanggang tanpa memberi sebarang risiko pada kesihatan?

Tenang ya semua, kami akan memberikan tips memanggang daging yang betul supaya dapat mengurangkan risiko pada kesihatan kelak.

Tips masak daging panggang dengan cara yang betul

#1. Membersihkan alat pemanggang bagi menghilangkan risiko berbahaya

Perkara pertama yang harus dibersihkan sudah tentulah alat pemanggang di mana anda perlu kikis habis segala kotoran atau sisa daging lama yang melekat pada alat pemanggang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda disarankan untuk mengikis segala sisa yang menempel di alat pemanggang selepas menggunakannya. Lakukan pembersihan ini seberapa banyak kali dalam setahun bergantung berapa kali ibu menggunakannya.

#2. Menggunakan arang tempurung kelapa

Jika anda menggunakan arang kayu atau lain-lain mungkin ia tidak memberi risiko pada daging merah. Namun akan berlaku sebaliknya jika anda ingin memanggang ikan salmon.

Salmon yang dipanggang dengan arang tempurung kelapa menunjukkan perkembangan zat yang berisiko menimbulkan kanser seperti hidrokarbon aromatik polisiklik dan amina heterosiklik daripada arang kayu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Keringkan lelehan daging

Sebelum memanggang daging sebaiknya ibu menghilangkan bahagian lemaknya terlebih dahulu bagi menurunkan jumlah lelehan air daging

Jika air lelehan daging ini tidak ditapis terlebih awal, ia boleh masuk ke dalam arang dan berisiko menyebabkan api menyala keluar sehingga membakar keseluruhan makanan yang dipanggang itu.

Selain itu, memotong bahagian lemaknya juga dapat menurunkan pembentukan PAH hingga dapat mengurangkan timbulnya racun dalam makanan tersebut nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Menambah lebih banyak sayuran supaya dapat mengurangkan risiko kanser

Kalau nak memanggang, adalah lebih baik jika anda memperbanyakkan makanan laut dan sayuran berbanding daging mentah. Selain hindari olahan daging yang diproses seperti sosej dan sebagainya.

Ini kerana protein dalam makanan laut seperti ikan salmon, udang dan kerang cenderung untuk mengurangkan penghasilan PAH dan HCA.

Sementara sayuran pula telah terbukti mampu mengurangkan risiko kanser yang dihasilkan daripada makanan yang dipanggang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam satu kajian pada risiko kanser payudara, perempuan yang makan banyak daging panggang berisiko 74% lebih tinggi dari mereka yang makan sedikit. Sementara yang makan lebih banyak sayuran angka tersebut menurun menjadi 47%.

#5. Marinate bahan makanan sebelum dipanggang

Bagi mengurangkan risiko racun, anda harus marinate daging sebelum memanggangnya sekaligus ia dapat mengurangkan jumlah PAH DAN HCA.

Apatah lagi beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa marinate dengan menggunakan asam atau minyak adalah lebih baik berbandng menggunakan gula yang tinggi.

Kemudian selepas marinate, biarkan semua bahan meresap masuk ke dalam daging untuk beberapa jam atau lebih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Masukkan daging ke dalam microwave

Tips yang lain adalah memasukkan daging ke dalam microwave selama 2 minit sebelum memanggangnya. Dengan cara ini dapat memberi waktu yang singkat untuk memanggang. Seterusnya daging masak lebih elok dan masak
sepenuhnya.

#7. Bersihkan bahagian yang hangus atau kehitaman

Selepas siap dipanggang, bersihkan bahagian yang kehitaman atau hangus pada daging bagi menghilangkan zat penyebab kanser yang mungkin terkandung di bahagian tersebut. Dengan cara membuang itu dapat melindungi kesihatan ibu dan sekeluarga.

Malah rasa yang pahit akibat hangus itu mungkin boleh menganggu kenikmatan anda di saat menikmatinya kelak.

#8. Menggunakan pinggan keramik untuk menyajikannya

Biasanya kita menggunakan pinggan plastik atau kertas supaya tidak perlu lagi mencucinya selepas digunakan.

Tapi ingat, jangan lakukannya lagi kerana meletakkan makanan panas di atas pinggan plastik dapat melarutkan bahan kimia yang terkandung di dalamnya kepada makanan.

Sama juga dengan pinggan kertas yang dilapisi dengan lapisan tahan minyak atau air. Ia sering kali dibuat dari bahan kimia yang dikenali PFAS.

Bahan kimia berkenaan mudah larut pada makanan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk hancur.

Jadi sebaiknya ibu menggunakan pinggan keramik untuk menghidang makanan panas samada sebelum atau selepas memanggang daging dan makanan laut yang lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Pop Mama

Baca juga 

https://my.theasianparent.comresipi-rendang