X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

4 min bacaan
Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!

Bila nurse nak ambil paras bacaan HB, mesti ada ibu yang bimbang kalau bacaannya rendah. Takut terjadi apa-apa pada kesihatan ibu dan tahap kesihatan bayi dalam kandungan!

Apabila berbadan dua dan melakukan check up bulanan di Klinik Kesihatan, paras serta bacaan hemoglobin (HB) paling diambil berat. Hal ini kerana bahaya HB rendah yang boleh menyebabkan ibu menghidapi anemia atau komplikasi lain. 

Ada tiga perkara yang doktor atau jururawat akan periksa ketika check up bulanan. Pertama, bacaan tekanan darah, kedua warna air kencing dan ketiga adalah bacaan HB.

Bahaya HB rendah ini adalah kerana ia mampu membawa penyakit anemia lalu mengganggu bayi dalam kandungan seperti kelahiran pra matang dan berat bayi tak mencukupi. 

Manakala bahaya HB rendah pada ibu pula seperti sentiasa lemah, mudah pening dan berkemungkinan mengalami komplikasi saat melahirkan nanti. 

Apa yang dimaksudkan dengan HB rendah? 

bahaya HB rendah, hemoglobin darah, HB, apa itu hemoglobin, punca-punca hb rendah, riskohb rendah pada bayi, risiko hb rendah pada ibu hamil, cara mengatasi hb rendah, cara atasi hb rendah, cara menaikkan hb ibu hamil, cara mengatasi masalah hb rendah, kesan hb rendah kesan dan bahaya hb rendah

Ibu yang baru saja berbadan dua tentu tertanya-tanya apa itu HB? Mari saya terangkan lebih lanjut. 

Hemoglobin atau HB ini merupakan protein dalam darah merah yang membawa oksigen dan ia disalurkan ke seluruh tubuh badan. 

Paras normal HB antara 12 hingga 15g/dl. Tapi biasanya bila megandung, paras HB ibu normal sedikit rendah iaitu 11 ke 12g/dl. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon tatkala berbadan dua. 

Namun begitu, bahaya HB rendah adalah bila bacaan menjadi kurang dari 11g/dl. 

Bahaya HB rendah: Punca mengapa HB rendah 

Ada beberapa faktor yang menjadi punca HB rendah seperti:

  • Ibu penghidap thalassemia 
  • Kurang pengambilan zat besi, folat dan vitamin B 
  • Berlakunya perubahan hormon pada ibu hamil 
  • Berlaku kemalangan atau pendarahan hingga ibu kehilangan banyak darah 

Bahaya HB rendah dan risikonya pada ibu hamil 

bahaya HB rendah, hemoglobin darah, HB, apa itu hemoglobin, punca-punca hb rendah, riskohb rendah pada bayi, risiko hb rendah pada ibu hamil, cara mengatasi hb rendah, cara atasi hb rendah, cara menaikkan hb ibu hamil, cara mengatasi masalah hb rendah, kesan hb rendah kesan dan bahaya hb rendah Kredit: Cloning - v5

  • Pening, pitam dan kepala berpusing-pusing 
  • Pendarahan ketika hamil dan semasa bersalin 
  • Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko alami kegagalan jantung 
  • Sentiasa mengantuk dan lemah tubuh badan 
  • Keguguran
  • Jangkitan kuman 
  • Sukar meneran ketika bersalin lalu menjadi punca bayi lemas 

Simptom biasa hemoglobin rendah termasuk:

  • Berasa lemah
  • Sesak nafas
  • Pening
  • Degupan jantung yang cepat dan tidak teratur
  • Berdebar-debar di telinga
  • Sakit kepala
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit pucat atau kuning
  • Sakit dada

Bahaya HB rendah berserta risikonya pada bayi 

  • Pembentukan bayi tak sempurna atau terbantut 
  • Kurang berat badan 
  • Bayi lahir tak cukup umur 
  • Stillbirth atau bayi lahir meninggal dunia atau bayi mati dalam perut
  • Otak bayi berfungsi dengan lemah 

Jadi, sebab itu jururawat akan berleter panjang bila HB ibu rendah. Sebaiknya, anda amalkan pemakanan yang boleh menaikkan semula bacaan HB ini. 

Langkah-langkah mencegah bahaya HB rendah 

bahaya HB rendah, hemoglobin darah, HB, apa itu hemoglobin, punca-punca hb rendah, riskohb rendah pada bayi, risiko hb rendah pada ibu hamil, cara mengatasi hb rendah, cara atasi hb rendah, cara menaikkan hb ibu hamil, cara mengatasi masalah hb rendah, kesan hb rendah kesan dan bahaya hb rendah

Memang menjadi kalaziman apabila berbadan dua, ibu biasanya kurang makan kerana alahan. Makan sikit mudah muntah dan keluar balik apa yang ditelan. 

Walaupun tak lalu makan, ibu harus memastkan vitamin yang dibekalkan pihak klinik diambil mengikut nasihat doktor. Bahkan, vitamin yang dibekalkan itu bukan hanya untuk ibu saja, tapi buat bayi dalam kandungan juga.

Kemudian ibu perlu memperbanyakkan makan daging, telur produk tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran untuk mencegah bahaya HB rendah ini.

Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat untuk lebih menjaga kesihatan dan pemakanan dengan baik sebelum kehamilan seterusnya.

Kemudian, ketika hamil pastinya masalah HB rendah dapat dielak. Semoga bermanfaat dan kongsikan artikel ini di laman socmed anda. 

Rawatan Anemia

Rawatan anemia berbeza-beza, bergantung kepada punca penyakit dan keadaan seseorang. Perubahan dalam diet atau makanan tambahan boleh membantu orang yang mengalami anemia kekurangan zat besi atau vitamin.

Jika anemia disebabkan oleh keadaan lain, merawat penyakit ini pada puncanya selalunya akan mengurangkan masalah tersebut.

Ubat-ubatan dan pemindahan darah adalah antara pilihan rawatan untuk anemia aplastik, dan antibiotik boleh digunakan dalam kes anemia hemolitik.

Polycythemia adalah keadaan seumur hidup yang tiada penawar tetapi boleh diuruskan dengan ubat.

Penyakit sel sabit adalah keadaan yang menghadkan hayat. Satu-satunya penawar yang ada ialah pemindahan sel stem hematopoietik. Rawatan tersedia, bagaimanapun, yang mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Medical News Today, Harian Metro, Ummitiqah

Baca juga: Jenis Darah Anda Boleh Jadi Penyumbang Kepada 5 Masalah Kesihatan Ini!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil HB Rendah? Ini Risiko Yang Ibu Tak Tahu!
Kongsikan:
  • Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

    Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

  • Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

    Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

    Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

  • Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

    Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.