Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!

lead image

Tahukah anda yang jenis darah adalah penyumbang kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung, stress dan diabetes? Mari baca untuk ketahui risiko anda!

Kita sanggup melakukan pelbagai perkara untuk kekal sihat dan melawan penyakit— sama ada dari bentuk bersenam, diet, jadual tidur yang baik.

Tapi ada perkara yang akan memberi kesan pada kesihatan kita dan kita tak boleh mengawalnya. Salah satu darinya ialah jenis darah.

Menurut kajian baru, jenis darah anda mampu memberi kesan pada kesihatan lebih dari apa yang anda fikirkan!

Ini adalah jenis penyakit yang berkait dengan jenis darah, dikumpulkan oleh Medical Daily.

5 risiko penyakit mengikut jenis darah, anda berisiko terkena penyakit yang mana?

1. Tekanan darah tinggi untuk jenis darah A

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/image 105.jpg Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!

Jika anda dalam golongan darah jenis A, anda akan mengalami hormon tekanan kortisol tahap tinggi.

Tekanan darah ini, jika tidak diperiksa, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, obesiti dan kencing manis.

2. Sakit jantung untuk jenis darah AB

Menurut kajian Universiti Harvard pada tahun 2012, orang yang dari jenis darah bukan O mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung.

Sebab itu untuk darah jenis AB, anda lebih terdedah pada risiko sakit jantung ini.

3. Masalah memori untuk darah AB

Kajian dari Universiti Vermont pula menemui orang dalam golongan darah jenis AB memiliki peraturan hampir 82% lebih terdedah untuk mengalami masalah memori!

4. Ulser sering terjadi untuk darah O

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/image 106.jpg Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!

Menurut DrMirkin.com, orang berdarah jenis O mempunyai antibodi yang bertindak balas dengan kuat kepada Helocobacter pylori (H. Pylori), sejenis bakteria yang menyebabkan bengkak dan ulser.

Jika jenis darah anda O, anda mempunyai risiko untuk mengalami sakit perut dan ulser yang akibat dari bakteria H. pylori ini.

5. Kanser pankreas dan kanser perut: Darah selain jenis darah O

Antibodi sama yang membuatkan orang berdarah O sensitif pada H. pylori juga membuatkan risiko mereka lebih rendah untuk mendapat kanser pankreas.

Orang dengan darah jenis AB lebih berisiko unyik mendapat kanser perut.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak masalah kesihatan ini?

Walaupun kita tidak boleh ubah darah jenis apa, mengetahui jenis penyakit yang boleh kita alami mampu membantu untuk pelan jangka panjang apabila kita membuat pilihan gaya hidup.

Lawan tekanan dengan senaman yang menenangkan seperti tai chi dan yoga. Pastikan minda anda sihat dengan membaca, selesaikan teka-teki dan berkomunikasi dengan orang lain.

Jaga badan dengan tidak merokok, bersenam dan makan dengan sihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore

Baca juga

my.theasianparent.com/perubahan-badan