Dagu berlapis menjadi rungutan ramai wanita. Ada yang merungut kerana selepas bersalin tiada lagi jawline seperti dahulu malah dagu berlapis yang muncul. Bagaimana cara hilangkan dagu berlapis ini?
Di sebalik kegembiraan menerima orang baharu dalam keluar, iaitu insan kecil yang dinanti-nanti, ada perkara lain yang pastinya menganggu fikiran ibu lepas bersalin.
Tak lain tak bukan, pastilah mahu kembali langsing ke bentuk asal semula. Jika mahu langsing antara yang sering wanita selepas bersalin sebut-sebut adalah dagu berlapis atau double chin.
Hilangkan dagu berlapis dengan cara ini
Apa juga yang anda mahukan pasti perlu disertai usaha. Sama juga kalau ingin hilangkan dagu berlapis. Tiada yang percuma, pasti ada usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah idaman.
Sama juga seperti mahu hilangkan dagu berlapis, ada beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk menghilangkannya.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini dan ingin menyingkirkannya, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.
Seperti yang dikongsikan dalam artikel di hellodoktor, anda boleh melakukan beberapa perkara bagi mengilangkan dagu berlapis ia termasuklah:
Walaupun tidak ada bukti saintifik yang menyatakan latihan yang berfungsi untuk menghilangkan dagu berlapis, anda masih boleh mencuba beberapa cara berikut.
Enam latihan yang dapat membantu menguatkan dan menegangkan otot dan kulit di kawasan berlemak tersebut.
#1. Latihan bola
Letakkan bola berukuran 9 sehingga 10 inci di bawah dagu anda. Kemudian, tekankan dagu anda ke bawah bola dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
#2. Straight jaw jut
Condongkan kepala anda ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian, tolak rahang bawah anda ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu.
Kekalkan kedudukan rahang selama 10 kiraan dan rehatkan rahang anda serta kembalikan kepala anda ke posisi yang neutral.
#3. Regangan lidah
Melihat lurus ke depan, kemudian julurkan lidah anda sejauh mungkin dan angkatkan lidah ke atas dan ke arah hidung anda. Seterusnya, tahan posisi ini selama 10 saat dan lepaskan.
#4. Regangan leher
Condongkan kepala ke arah belakang dan melihat siling. Kemudian, tekan lidah anda ke arah lelangit mulut anda. Tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan.
#5. Bottom jaw jut
Bermula dengan mencondongkan kepala ke belakang dan lihat siling. Pusingkan kepala ke arah kanan dan gerakkan rahang bawah anda ke hadapan.
Kemudian, tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan. Ulangi proses tersebut dengan kepala anda berpusing ke belah kiri.
#6. Elak makanan berminyak, berlemak
Sekiranya dagu berlemak anda berpunca daripada kenaikan berat badan, penurunan berat dapat menjadikannya lebih kecil atau menghilangkannya secara total.
Elakkan makanan berminyak dan berlemak
Apakah yang menyebabkan dagu berlapis?
Dagu berlapis, juga dikenali sebagai lemak submental, adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu anda.
Dagu sebegini juga sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi individu yang mempunyai berat badan tidak berlebihan turut boleh memilikinya.
Selain itu, faktor genetik atau kulit yang lebih ‘longgar’ akibat penuaan juga boleh menyebabkan masalah ini.
Faktor yang menyebabkan dagu berlapis
Beberapa faktor yang berbeza bergabung dalam badan menghasilkan dagu yang berlapis.
Memahami faktor-faktor ia terjadi mungkin dapat membantu anda untuk memahami akan cara menghilangkan masalah itu sendiri.
#1. Faktor umur
Kulit boleh mulai kehilangan keanjalannya seiring pertambahan usia, yang boleh menyebabkan penampilan kulit yang kurang ketegangan atau kendur sehingga terjadinya masalah lemak di garis rahang ini.
#2. Diet dan berat badan
Walaupun kenaikan berat badan tidak selalunya menjadi penyebab dagu berlapis, ia turut dapat menyumbang kepada faktornya.
Makanan tinggi kalori, makanan yang diproses, dan kandungan lemak tidak sihat boleh mempengaruhi kenaikan berat badan dan masalah lemak di bahagian dagu.
#3. Faktor genetik
Genetik juga mungkin memainkan peranan pada mereka yang memiliki dagu berlapis.
Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah ini, masalah dagu yang berlapis lebih cenderung untuk terjadi dengan sendiri.
#4. Postur badan
Postur yang lemah dapat melemahkan otot leher dan juga dagu. Ini boleh menyebabkan dagu mulai berlapis dari masa ke masa, kerana kulit di sekitarnya akan hilang keanjalannya ketika otot tersebut tidak digunakan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hellodoktor
Baca juga: