Isteri Suka Terlena Dalam Kereta Kerana Otaknya Paling Tenang Saat Itu

Mungkin ramai suami yang merungut mengenai isteri mereka yang sering terlena dalam kereta. Tidak kira perjalanan jauh atau dekat, iserinya pasti tertidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai suami yang merungut mengenai isteri mereka yang sering terlena dalam kereta. Tidak kira perjalanan jauh atau dekat, iserinya pasti tertidur.

Selepas ini mungkin anda tak perlu marah dan merungut lagi ya, kerana anda perlu tahu itulah waktu isteri anda rasa paling tenang dan otaknya tenang tanpa perlu memikirkan hal di rumah.

Disebabkan itu dia mudah tertidur ketika dalam perjalanan walaupun tidaklah sejauh mana atau selama mana pun.

Dalam kereta je tidur!

Mungkin ada suami yang selalu berfikir beginikan? Asal dalam kereta je tidur. Ada suami yang mahu bermanja-manja dengan isteri ketika dalam kereta kerana merasakan duduk bersebelahan dalam keadaan rapat, rasa romantik.

Tapi isteri pula tidur!

Yelah isteri ini, penat macam mana pun, dia terpaksa juga settlekan hal dalam rumah. Tidak kiralah dia bekerja atau sebaliknya. Di kepalanya ada 1001 macam perkara yang difikirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut seorang doktor, jangan diganggu isteri yang tidur dalam kereta ketika perjalanan kerana itu adalah waktu paling tenang untuknya.

Ini perkongsian doktor itu:

Saya perhati saja sejak kami masuk dalam kereta.

Pada mulanya kami rancak berborak sampailah lama-lama tu baru saya perasan, eh senyap je. Rupa-rupanya isteri dah tertidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dulu masa mula-mula nampak isteri tertidur dalam kereta, saya tersenyum seorang diri. Saya fikir ruginya tidur dalam kereta.

Saya ni jenis suka tengok keadaan sekeliling. Tengok bangunan kedai atau apa-apa saja. Signboard besar-besar tepi jalan pun saya tengok.

Dah lama kahwin barulah saya perasan, isteri saya tidur tu sebenarnya sebab dia kepenatan.

Sejak tu saya akan biarkan dia tidur selena-lenanya. Kalau di lebuh raya saya akan pandu kereta dalam kelajuan yang sama dan saya tidak akan potong kereta lain kecuali sangat perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau boleh saya tak nak dia terbangun pun, biarlah dia rehat. Paling kelakarnya setiap kali terjaga dari tidur, dia akan rasa bersalah sebab tertidur. Dia kata patutnya temankan saya semasa memandu. Saya gelak je, nak tidur, tidurlah.

Tips dapatkan tidur selesa, lena semasa perjalanan jauh

Apabila pergi ke suatu tempat yang jauh dari rumah anda atau anda membuat perjalanan yang jauh pasti akan rasa lesu dan mengantuk walaupun bukan anda yang memandu.

Memang tidak dapat lari, ada orang yang memang tidak tahan tidur dalam kereta. Macam mana kuat pun mereka tahan, pasti akan tertidur juga akhirnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ini tips bagaimana untuk pastikan anda dapatkan tidur yang berkualiti ketika perjalanan.

#1. Pilih tempat duduk sebelah tingkap

Oleh kerana perjalanan yang ambil masa agak lama, pilih tempat yang agak strategik seperti di tepi tingkap.

Jika duduk di tepi tingkat lebih mudah untuk anda menyandar ke sisi, malah boleh juga jadikan baju sebagai bantal dan letakkan di tepi tingkap.

#2. Sediakan bantal leher

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bantal leher membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa dalam perjalanan panjang. Tanpa bantal leher tidur akan menjadi tidak selesa, kerana kedudukan kepada anda akan menjadi sedikit senget dan boleh menyebabkan leher anda menghadapi kekejangan.

Oleh itu jangan lupa bawa bantal leher supaya tidur anda lebih selesa semasa perjalanan.

#3. Elakkan lokasi yang boleh menganggu tidur

Selain pemilihan tempat duduk yang menghadap tingkap anda  juga perlu memilih lokasi yang tidak menganggu anda. Jangan pilih tempat di belakang sekali atau berdekatan pemandu.

#4. Dengar muzik menggunakan earphone

Ia bagi tidak menganggu anda dan juga orang lain. Orang lain juga jarang ganggu orang yang memakai earphone kerana ia dianggap mahu bersendirian terutama ketika menggunakan pengangkutan awam.

#5. Gunakan penutup mata

 

Keadaan yang gelap dan mata terhalang daripada cahaya akan membantu anda mendapatkan tidur yang lena.

#6. Simpan barang di tempat yang selamat

Simpanlah barang anda di tempat yang selamat supaya anda tidak terfikir-fikir keselamatannya bila anda sedang nyenyak tidur.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:mingguanwanita, redaksi

Baca juga:

Susah Tidur Malam Ketika Hamil? Cuba Amalkan Doa Susah Tidur & Tips Tidur Nyenyak Ini!

Penulis

Lala Annuar