Anugerah Di 'Awan Biru', Wanita Bersalin Bayi Lelaki Dalam Pesawat 7 Minggu Lebih Awal

Dalam pesawat Royal Brunei, seorang ibu tidak menyangka akan melahirkan bayi lelaki 7 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa pernah alami pengalaman bersalin atau melihat orang melahirkan anak dalam pesawat? Pastinya ia adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Itulah yang terjadi dalam pesawat Royal Brunei apabila salah seorang penumpang mereka melahirkan anak di dalam pesawat.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Wanita bersalin awal dalam pesawat
  • Kru kabin dan penumpang kendalikan situasi dalam pesawat dengan profesional
  • Perjalanan udara selamat untuk wanita hamil

Kisah ini dikongsikan dalam akaun Instagram milik Royal Brunei yang turut menyampaikan ucapan tahniah kepada penumpang tersebut.

Wanita bersalin awal dalam pesawat

Seperti yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Royal Brunei, salah satu penerbangannya, RB B1008 dikejutkan dengan kehadiran penumpang tambahan sebaik sahaja mendarat di Bandar Seri Begawan.

Penumpang tambahan itu adalah bayi lelaki yang dilahirkan di dalam pesawat oleh seorang ibu, Jenny Rose Josoy.

Menerusi perkongsian itu lagi, bayi berkenaan selamat dilahirkan 7 minggu lebih awal daripada yang dijadualkan dengan bantuan seorang doktor serta kru kabin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersalin dalam kapal terbang: Kru kabin dan penumpang kendalikan situasi dengan profesional

Sememangnya tidak mudah untuk menyambut kelahiran bayi di dalam pesawat kerana ia tidak dilengkapi dengan peralatan perubatan.

Tetapi dengan bantuan penumpang yang juga seorang doktor, Dr Mulfi Ibrahim Alkinjar bersama Pegawai Perkhidmatan Kabin, Romzi dan kru kabin, Siti Nurhaffizah, proses bersalin wanita tersebut dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Menerusi perkongsiannya, Royal Brunei mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan doktor serta kru kabin kerana telah mengendalikan keseluruhan situasi secara profesional.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mengandung naik kapal terbang, adakah ia selamat?

Masih ada banyak wanita yang sebenarnya takut untuk menaiki kapal terbang ketika sedang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, sebenarnya perjalanan udara adalah selamat untuk ibu mengandung (tanpa sejarah komplikasi) sebelum kehamilan memasuki usia 36 minggu. 

Menurut Royal Brunei, bagi bakal ibu dengan kandungan berusia lebih 28 minggu dikehendaki membawa dokumen perubatan yang disahkan oleh doktor.

Dokumen perubatan tersebut perlu bertarikh tidak lebih daripada 7 hari. Dokumen itu harus menyatakan bahawa penumpang adalah sihat dari segi perubatan untuk menaiki pesawat. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat,  Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Kru Kapal!

Baca juga: Bolehkah Colour Rambut Ketika Sedang Hamil? Ini Penjelasannya!

Baca juga:  Ini Perkara Penting Tentang Perkembangan Ibu & Janin Di Setiap Trimester Kehamilan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea