Namun begitu, kes ini sangat jarang berlaku tetapi pada masa yang sama tidak salah untuk anda lebih berhati-hati sebelum mula pelan suaian anda. Jadi sebelum anda mula memasang angan-angan untuk dapur berwajah baru, baca terlebih dahulu cara-cara untuk elakkan dapur gas daripada meletup.
Cara Elak Dapur Gas Meletup
Dapur gas kaca adalah antara dapur gas yang banyak digunakan di rumah. Anda mesti terfikir – bagaimana cara untuk melindungi dapur gas dari meletup. Ini adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk elak dapur gas di rumah anda meletup:
1. Jangan tutup permukaan kaca
Beberapa orang sangat cerewet tentang minyak yang terpercik ke atas dapur kaca semasa memasak. Tapi, sepah adalah perkara yang biasa semasa memasak.
Dapur kaca sangat mudah untuk dibersihkan dan biasanya boleh digunakan dengan kain basah. Menutup kaca memasak meningkatkan risiko haba untuk terperangkap dan boleh menyebabkan ia meletup.
2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar
Pastikan anda guna kuali dan periuk dengan saiz yang betul dan dibuat dari bahan yang sesuai. Beberapa bahan seperti besi tuang atau keluli tahan karap boleh memerangkap haba pada bawah kuali dan permukaan kaca.
3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca
Ada risiko jika anda meletakkan kuali atau periuk yang tak panas atas permukaan kaca kerana beratnya. Tapi, ia boleh menjadi lebih bahaya jika ia panas.
4. Pastikan barangan pilihan berkualiti
Ini sebenarnya peringatan paling penting! Ada sesetengah orang gemar memasak jadi mereka akan luangkan masa yang lama untuk menyediakan makanan.
Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli dapur gas kaca yang dijual pada harga murah, pastikan ia merupakan produk berkualiti tinggi.
Tanya kepada penjual tentang pemilihan jenama yang diiktirafkan atau dikenali. Lebih baik juga jika anda luangkan sedikit masa untuk membaca tentang jenis-jenis material yang digunakan.
Tip Pemilihan Dapur Gas Moden
Dengan mengutamakan keselamatan dan kualiti, kini anda boleh memilih jenis dapur gas yang anda inginkan. Namun ada beberapa tip yang perlu ingat sebelum membeli, antaranya:
1. Pilih tungku tembaga
Tungku atau burner yang diperbuat daripada tembaga sebenarnya lebih baik kerana ia mudah untuk diselenggara dan dibersihkan. Jika sukar untuk mencari tungku tembaga, anda digalakkan untuk memilih material tahan karat kerana dapur semestinya merupakan peralatan rumah yang sering digunakan.
Saiz dan lubang tungku juga memainkan peranan penting ketika memasak kerana semakin banyak lubang tungku, semakin cepat waktu memasak. Ini kerana tungku ini menyebarkan haba dengan lebih baik.
2. Mengikut saiz dan keperluan
Tidak semua dikurniakan rezeki murah dengan ruang dapur yang besar dan lapang. Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli dapur gas yang mempunyai 4 tungku, mungkin lebih baik anda ukur dapur terlebih dahulu.
Untuk rumah jenis kondominium yang sederhana atau kecil, lebih digalakkan untuk membeli dapur gas dengan dua tungku, dengan ini anda dapat memasak dua hidangan pada masa yang sama. Jika anda tinggal di rumah tanah dan dapur lebih besar, tidak salah membeli dapur dengan 4 tungku.
Malah ada sesetengah dapur gas juga turut dijual dalam rekaan vertical atau tegak. Sangat sesuai untuk mereka yang hanya menggunakan dapur untuk memanaskan makanan bukan memasak sepenuhnya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Aneka Resepi Sotong Mudah & Sedap, Konfem Makan Nasi Sepinggan Tak Cukup!