Hilangkan Kelemumur Dengan Masker Daun Limau, Buat Sendiri Sahaja!

Bagi yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi menyelesaikan masalah kelemumur seringkali kita menggunakan syampu anti kelemumur. Namun masalah kelemumur masih juga belum reda. Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur dan sudah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula. 

Kelemumur berpunca daripada keadaan kulit atau kulat biasa bernama Malassezia yang biasa didapati pada kulit kepala. Apabila keadaan menjadi sejuk, kulit kepala anda mungkin menjadi kering dan dengan itu memburukkan masalah. Sakit atau tekanan juga menyumbang kepada kelemumur.

Walaupun masalah kelemumur tidak boleh berjangkit dan tidak merbahaya, tetapi jika dibiarkan tanpa dirawat dan dipantau dengan betul ia boleh mengganggu penampilan seseorang individu dan boleh menyebabkan rasa rendah diri.

Caranya mudah sahaja menggunakan daun limau seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Leha Yusuf.

1. Ambil 10 helai daun limau purut.

2. Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Kalau rajin, boleh sahaja tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

4. Anda boleh mesin juga ye menggunakan mesin pengisar tapi agak-agak airnya, jangan terlalu cair.

5. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Urut  kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.

Petua Lain Rawat Kelemumur

Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan di bawah ini untuk merawat masalah kelemumur :

  • Minyak kelapa – mempunyai ciri-ciri anti-kulat, minyak kelapa membantu menghapuskan apa sahaja reaksi kulat yang terdapat pada kulit kepala anda, serta memberi kelembapan. Gunakan dengan menyapu 3 hingga 5 sudu makan minyak kelapa pada kulit kepala anda sebelum mencuci dengan syampu dan tunggu lebih kurang 1 jam. Kemudian syampu. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan syampu yang sudah mempunyai minyak kelapa.
  • Cuka epal – cuka epal cider adalah baik untuk kulit kepala anda memandangkan keasidannya bertindak sebagai pencegahan yis. Campurkan satu perempat daripada cuka epal cider dan satu perempat air kemudian spray pada kulit kepala anda. Tutup kepala dengan tuala selama 15 minit kemudian basuh seperti biasa. Ulang dua kali seminggu.
  • Baking soda – baking soda boleh membantu dalam merawat kelemumur dengan mengurangkan  masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Rambut Bayi: Ciri Rambut Sihat, Tips Penjagaan & 16 Cara Melebatkan Rambut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Nak Dapatkan Rambut Idaman? Rahsianya, Cuba Tips Penjagaan Rambut Mudah Ini!

Baca juga : Adakah Pewarna Rambut Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi