Ramai rakyat Malaysia berasa cemas dan takut dengan wabak COVID-19 yang telah meragut dua nyawa semalam, hingga menyebabkan berlakunya pembelian panik di pasaraya selepas YAB PM mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh demikian, apakah ubat atau suplemen yang boleh menguatkan daya tahan tubuh seseorang?
Selain ubat, ada cara yang berkesan untuk menguatkan daya tahan tubuh sekaligus melindungi diri daripada dijangkiti virus atau bakteria.
Daya tahan tubuh – Apakah pil vitamin yang boleh melindungi dari dijangkiti COVID-19?
Jawapannya adalah TIADA. Tapi, adalah lebih baik anda mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan tubuh dengan cara pengambilan diet seimbang.
Hal ini kerana, ramai peniaga yang ‘claim’ produk jualan mereka seperti Vitamin C boleh bantu merawat gejala Covid-19. Tetapi, tiada bukti yang menyokong kenyataan tersebut. Sedangkan, mengambil dos tambahan yang
tinggi seperti Vitamin A dan Vitamin D sebenarnya boleh menjadi toksik.
Sementara itu bagi Vitamin C pula, ia boleh larut dalam air dan jika mengambil secara berlebihan ia hanya keluar melalui air kencing.
#1. Dapatkan tidur dengan baik
Tidur adalah sangat baik untuk sistem daya tahan tubuh anda. Penyelidik turut menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur berisiko untuk terkena virus dengan lebih mudah.
Jadi, sekiranya berasa bimbang atau cemas dengan Covid-19 ini, maka anda cenderung untuk mengalami masalah tidur seperti insomnia.
Sebaliknya jika kurang tidur, anda juga cenderung untuk menjadi cemas.
Sebaiknya, sebelum tidur pastikan anda menutup telefon dan meletakkan ia jauh dari tempat tidur. Ini kerana, memandang skrin terang di waktu malam boleh menganggu waktu tidur anda.
#2. Bersihkan telefon bimbit
Selain membuatkan anda sukar tidur di waktu malam, telefon anda juga boleh memindahkan sebarang kuman.
Menurut satu kajian baru, virus ini boleh menular di atas permukaan sehingga sembilan hari. Oleh itu, pastikan anda membasmi portabel mudah alih dengan kerap dengan produk pembersih yang mengandungi 70% etanol.
#3. Basuh tangan dengan kerap
Orang ramai juga digalakkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat setiap masa dan gosok tangan menggunakan alkohol jika sabun tidak ada. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi
diri dari COVID-19.
#4. Pakai topeng muka
Jika berasa cemas, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memakai topeng muka terutama kalau ada gejala seperti selesema, batuk dan demam.
#5. Amalan diet sihat
Selain daripada itu, anda juga digalakkan mengambil makanan yang mempunyai diet rendah lemak dan berasaskan dari tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.
Ini kerana, sistem imun bergantung kepada sel darah putih yang menghasilkan antibodi untuk memerangi bakteria, virus dan penceroboh yang lain.
Dalam pada itu, mengekalkan berat badan yang sihat juga boleh memberi manfaat kepada sistem kekebalan tubuh kerana obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko influenza dan jangkitan lain seperti radang paru-paru.
#6. Vitamin, mineral dan antioksidan
Kajian juga telah menunjukkan bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memberikan sumber Vitamin-beta seperti karoten, Vitamin C dan Vitamin E yang membantu meningkatkan fungsi imun.
Contoh sayur-sayuran yang disyorkan seperti ubi, lobak merah, kekacang, bayam, brokoli dan sayuran berdaun hijau yang lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Health Direct , PCRM
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comcorona-virus