Kurang seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Pasti ada yang mahu buat deco raya rumah kampung apabila pulang ke kampung halaman nanti. Kami kongsikan beberapa idea yang mungkin boleh anda jadikan rujukan.
Isi Kandungan
Deco Raya Rumah Kampung
1.Konsep Pastel, Minimalis – Deco Raya Rumah Kampung
Konsep ini dikongsi pengguna Facebook Eyda Misran. Deco raya rumah pusaka kampung. Menurut pemilik idea ini konsepnya tenang ribut jiwa.
Cat rona biru muda pastel membangkitkan suasana tenang di keseluruhan rumah. Warna putih di bahagian siling dan langsir rona putih menambahkan lagi elemen redup dalam rumah berkenaan.
Konsep minimalis diketengahkan luas mata memandang. Sesuailah untuk berkumpul ramai-ramai dengan anak kecil di ruang tamu yang nampak sangat luas dengan pilihan warna dan tema pastel dan minimalis ini.
Cat/dinding/dinding kayu : Biru muda pastel
Karpet : Cashmere premium
Langsir: Organza – kain tahan kedutan, tahan lama, lutsinar
2.Kontemporari
Dikongsikan pengguna Facebook Sya Mimi yang berkongsi idea hiasan Zakiah Ashari. Konsep kontemporari diketengahkan di rumah pusaka. Gaya kontemporari antara konsep dekorasi pilihan ramai yang menyerlahkan keunikan tersendiri sesebuah rumah.
Ia bukan sahaja dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada, malah pada masa sama membantu menampakkan ruang rumah lebih luas dan kemas.
Bermain dengan rona warna, kesederhanaan, tidak terlalu menonjol serta banyak permainan warna dan tekstur terutama pada dinding.
Cat/dinding/dinding kayu: Rona krim dan coklat
Karpet/kemasan lantai : Vinyl
Langsir: Organza – kain tahan kedutan, tahan lama, lutsinar
3.Klasik, Moden
Masuk saja ke rumah ini, pasti rasa tenang. Dikongsikan pengguna Facebook Pinky Amy. Lantai rona coklat tua digabungkan dengan dinding dihiasi kertas dinding bercorak buluh hijau. Sangat mendamaikan mata.
Cat/dinding/dinding kayu: Kertas dinding corak buluh
Karpet/kemasan lantai : Jubin
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Idea Indoor Playground Untuk Anak Di Ruang Tamu, Tetap Kelihatan Cantik & Kemas
Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!
Baca juga: Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!