Krayon dan pensel mewarna adalah antara beberapa objek awal yang akan digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu ayah selalu membelikan buku mewarna ataupun sekadar kertas kosong buat si manja menghasilkan karya seni mereka.
|
Isi Kandungan:
1. Manfaat Mewarna Untuk Kanak-kanak
2. Bilakah Kanak-kanak Akan Mula Mewarna?
3. Kepentingan Warna Dalam Kehidupan Kanak-Kanak
4. Buku Mewarna: 7 Aktiviti Mewarna Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak
- MiDeer Drawing Coloring Book
- JoanMiro 1.15m Large Coloring Poster
- My Pretty Pink Colouring Bag
- Art and Craft DIY Bag
- JoanMiro Coloring Activity Books: Doodling for Boys / Girls Kids Children
- Paint Your Own Unicorn Book & Kit
- Calming Colouring For Kids
5. Perbandingan Harga
6. Cara Menggalakkan Kanak-Kanak Untuk Kreatif Bermain
|
Manfaat Mewarna Untuk Kanak-kanak
Kredit gambar: Freepik.com
Melukis dan mewarna bukan sekadar aktiviti kosong buat kanak-kanak ya! Ada beberapa manfaat yang sangat bagus untuk perkembangan kanak-kanak, antaranya:
Tambahan lagi, anak-anak pun pasti sukakan aktiviti ini kerana mereka boleh ‘menghasilkan’ sesuatu dengan berwarna-warni.
Bilakah Kanak-kanak Akan Mula Mewarna?
Kredit gambar: Freepik.com
Biasanya kanak-kanak akan mula memegang krayon sekitar usia 1 tahun. Kebanyakkan bayi kanak-kanak sudah bersedia untuk mula mewarna dan menconteng di antara 12 dan 15 bulan, tetapi seperti semua perkara yang berkenaan dengan kanak-kanak, belajar untuk melukis adalah satu proses yang berlaku secara berfasa.
Berikut adalah garis masa akan bilakah rakan artis anda akan belajar memulakan kreativitinya:
Bila kanak-kanak telah berjaya menguasai dalam memegang sesuatu objek dengan menggunakan ibu jarinya dan jari telunjuk, dia seakannya sudah sedia dan akan mahu memegang krayon untuk mencipta kesan dengannya.
Sekitar waktu ini, kanak-kanak akan menggunakan krayon secara permulaan untuk lengkok, blobs dan besar yang random, retakan yang tidak disengajakan – satu kajian di dalam kepuasan berbanding teknik.
Contengan dan warnaan si kecil anda biasanya akan memasuki kepada tafsiran ekspresif. Anda mungkin tidak akan dapat melihat hutan atau pokok-pokok di dalam contengan membulatnya, tetapi anda akan mula melihat blok warna dan kesan yang lebih pasti serta corak.
Contengannya akan selalunya memenuhi lebih banyak ruang di atas kertas. Pada usia ini, setiap cakaran krayon melambangkan sesuatu kepada si kecil pelukis – semua bulatan yang dilukisnya boleh jadi seekor kucing atau belang-belang yang menyala boleh jadi ayahnya.
Kepentingan Warna Dalam Kehidupan Kanak-Kanak
Pengecaman warna dapat memberi kanak-kanak alat pembelajaran penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, dalam matematik, pengecaman warna digunakan untuk mengkategorikan, menyusun, membandingkan dan menyusun.
Selain itu, semasa kanak-kanak belajar mengenal pasti warna dan menggunakan warna sebagai alat bahasa untuk menerangkan sesuatu, ia berkembang dan memperkuat kemampuan mereka untuk berkomunikasi dengan berkesan.
Dengan mengajar anak tentang warna (termasuk warna, nada dan rona), ibu ayah juga akan menolong mereka menggunakan warna sebagai alat ekspresi kreatif dalam semua aspek kehidupan.
Selain itu, kanak-kanak akan belajar menggunakan warna sebagai petunjuk visual untuk mengenal pasti bahaya (merah) dan membezakan panas dari sejuk.
Tetapi peranan warna dalam perkembangan anak tidak berhenti di situ sahaja – senarai itu akan kekal selamanya, dan merangkumi bagaimana warna mempengaruhi mood, corak tidur dan juga kesihatan dan kesejahteraan.
Menarik bukan?
Buku Mewarna: 7 Aktiviti Mewarna Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak
Apa kata ibu ayah pupuk pembelajaran tentang warna dengan beberapa aktiviti mewarna ini?
#1 MiDeer Drawing Coloring Book (Buku Mewarna Terbaik Dengan 80 Gambaran Menarik)
Biarkan anak bercerita dan berimaginasi dengan gambaran menarik di dalam buku mewarna MiDeer! ada pelbagai tajuk yang boleh dipilih seperti bunga, haiwan, buah-buahan, duyung, dinosaur, robot, makanan, hidupan laut dan pelbagai lagi!
Parents juga boleh turut serta bertanyakan soalan berkenaan gambar di setiap halaman, mesti anak sukakan interaksi itu!
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk 3 tahun ke atas
- 2 tema yang boleh dipilih mengikut kesukaan anak
- Reka bentuk berukuran besar, bebas dilukis: 25 cm X 23 cm setiap halaman
- Pensel warna, pen air, krayon, Kapur disediakan
- Dicetak dengan pewarna gred makanan
#2 JoanMiro 1.15m Large Coloring Poster (Buku Mewarna Terbaik Bersaiz Besar)
Poster mewarna JoanMiro ini sangat sesuai buat parents yang mempunyai ramai anak, atau untuk digunakan sewaktu sesi playdate bersama rakan-rakan si manja!
Hanya hamparkan poster mewarna yang besar ini sudah cukup untuk menjadikan ia satu aktiviti yang menarik untuk anak-anak.
Apa yang kami suka?
- Cukup besar untuk dikongsi dengan kumpulan
- Permainan kecil yang indah, bukan sahaja coretan
- Aktiviti anti-tekanan yang baik. Hadiah hebat untuk seisi keluarga! Aktiviti musim sejuk yang hebat
- Poster hiasan yang menarik untuk digantung di bilik kanak-kanak setelah dilukis. Mereka akan merasa bangga dengan barang buatan tangan oleh mereka sendiri
- Untuk digunakan di lantai, di dinding atau sebagai alas meja, untuk bermain sendiri atau dengan rakan-rakan!
#3 My Pretty Pink Colouring Bag (Buku Mewarna Terbaik Untuk Anak Perempuan)
Jika ibu ayah mencari buku aktiviti khas buat si puteri ketika berjalan-jalan atau beriadah bersama keluarga, kami syorkan beg buku ini.
Mesti si anak tidak perlukan gajet lagi kerana dia akan sibuk mewarna dan berbangga dengan buku yang boleh dipegang seperti beg ini!
Apa yang kami suka?
- Buku berwarna bertemakan merah jambu dengan pemegang yang comel.
- Gambaran yang jelas dan besar untuk diwarnakan.
- Lebih 90 halaman menyeronokkan untuk mewarna.
- Ada 100 pelekat untuk digunakan dalam buku atau di mana sahaja
#4 Art and Craft DIY Bag (Beg Fabrik Mewarna Terbaik Untuk Luaskan Kreativiti Anak)
Luaskan kreativiti anak dengan memberikan peluang mewarna di atas beg fabrik! Beg bersaiz comel ini lengkap dengan gambar yang sudah sedia untuk diwarnakan, sememangnya pilihan yang sesuai untuk anak yang sukakan barangan ‘hand-made’.
Memang sesuai untuk dijadikan aktiviti semasa majlis harijadi kerana harganya yang berpatutan!
Apa yang kami suka:
- Permukaan fabrik
- Pelbagai gambar cantik yang boleh dipilih.
- Beg galas belakang yang boleh terus dipakai selepas diwarnakan.
- Anak boleh melakukan lukisan tambahan mengikut imaginasi!
#5 JoanMiro Coloring Activity Books: Doodling for Boys / Girls Kids Children (Buku Mewarna Terbaik Dengan Ruangan Melukis)
Jika si cilik gemar melukis dan mewarna pada masa yang sama, buku keluaran JoanMiro ini adalah pilihan yang terbaik.
Buku ini menyediakan banyak ruang kosong untuk anak-anak melukis rekaan tersendiri yang boleh diwarnakan kemudiannya.
Pastinya akan memberikan latihan yang menyeronokkan untuk meningkatkan imaginasi dan mengembangkan cara berfikir anak.
Apa yang kami suka?
- Gambar-gambar yang menarik
- Meningkatkan daya imaginasi anak dengan doodling
- Boleh memilih antara tajuk khas untuk anak lelaki dan perempuan
- Gambar boleh diwarnakan dengan pelbagai material
#6 Paint Your Own Unicorn Book & Kit (Buku Mewarna Terbaik Dengan 3D Unicorn)
Kanak-kanak pasti akan sukakan kit ini yang membolehkan si gadis cilik mewarna unicorn! Dikemas dalam pek lipat, kit ini dilengkapi dengan 3 plaster unicorn, 6 pot cat, 1 berus cat, 3 tabung glitter dan buku 16 halaman.
Yang menariknya, kit ini juga disediakan buku beserta cerita pendek untuk dibacakan kepada anak-anak!
Apa yang kami suka?
- Beserta buku cerita
- Mendapat 3 unicorn untuk diwarnakan
- Halaman pada buku juga boleh diwarnakan
- Anak boleh mewarnakan mengikut kreativiti dalam bentuk 3D!
#7 Calming Colouring For Kids (Buku Mewarna Terbaik Yang Menenangkan Untuk Kanak-kanak)
Buku ini tidak hanya mengajak kanak-kanak untuk mewarna, malah juga mencipta gambar-gambar yang cantik, dipenuhi dengan banyak perincian dan warna, yang mana boleh jadi satu aktiviti yang menenangkan.
Kanak-kanak juga boleh kekal fokus dengan buku yang menyenangkan ini untuk satu masa yang cukup merelakskan.
Ia tidak terdapat sebarang langkah yang rumit dan kanak-kanak juga tidak perlukan peralatan khas, hanya perlukan pen, pensel dan kreativiti mereka dalam menikmati buku ini.
Apa yang kami suka?
- Tidak perlukan peralatan khas: Hanya perlukan pen, pensel dan kreativiti
- Buku yang merelakskan kanak-kanak
- Mencipta gambar-gambar yang indah
- Satu aktiviti yang menenangkan untuk kanak-kanak
Perbandingan Harga
|
Produk |
Harga (RM) |
MiDeer Drawing Coloring Book |
16.15 |
JoanMiro 1.15m Large Coloring Poster
|
38.94 |
My Pretty Pink Colouring Bag
|
11.00 |
Art and Craft DIY Bag
|
2.00 |
JoanMiro Coloring Activity Books: Doodling for Boys / Girls Kids Children
|
25.00 |
Paint Your Own Unicorn Book & Kit
|
44.91 |
Calming Colouring For Kids
|
19.90 |
Cara Menggalakkan Kanak-Kanak Untuk Kreatif Bermain
Kredit gambar: Freepik.com
Sebagai ibu ayah, kita boleh mendedahkan anak kita kepada lebih banyak peluang untuk kreatif bermain. Jangan risau, memasuki cara untuk bermain secara kreatif tidak perlu menjadi satu yang sukar. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda praktikkan dengan si kecil.
1. Benarkan lebih masa untuk bermain secara bebas
Bermain secara berstruktur boleh jadi bermanfaat apabila ibu ayah mahu fokus pada objektif pembelajaran yang spesifik. Walaubagaimanapun, bermain secara bebas juga adalah penting. Permainan bebas membenarkan kanak-kanak satu peluang untuk mengeksplor dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka.
Ia membantu meningkatkan perkembangan kognitif tatkala kanak-kanak belajar skil penting menyelesaikan masalah. Pastikan si kecil diberikan waktu untuk menikmati permainan tidak berstruktur. Biarkan anak anda hanya berlari di halaman rumah atau taman permainan, berinteraksi dengan kanak-kanak lain, dan nikmati waktu bermain seperti mana yang dia inginkan.
2. Jangan berikan kanak-kanak dengan terlalu banyak permainan
Mempunyai terlalu banyak permainan boleh jadi berlebihan atau keterlaluan untuk seorang kanak-kanak. Ia boleh meninggalkan sedikit sahaja ruang di bilik atau peluang untuk kanak-kanak menggunakannya untuk berimaginasi dan kreativitinya.
Boleh pertimbangkan untuk membuang permainan yang tidak digunakan di rumah anda. Buang yang mana telah rosak atau permainan yang anak anda tidak kerap bermain. Tambahan lagi, ia juga lebih baik untuk anda melabur dengan permainan yang simple berbanding yang bising atau yang mempunyai warna yang cerah.
Pilih permainan yang mengajarnya, atau sesuatu yang boleh merangsang skil kognitif dan imaginasinya.
3. Cipta satu sudut seni
Jika si kecil anda mempamerkan satu semangat untuk seni dan kraf, ini adalah masa terbaik untuk membiarkan aliran seni anak anda dipertonjolkan. Reka satu ruang yang didedikasikan kepada aktiviti seni. Sediakan anak adna dengan material penting seperti krayon, cat, dan kapur.
Galakkan anak anda untuk mengeluarkan jus kreatifnya diketengahkan ketika mereka mencipta karyanya tersendiri. Ia juga satu idea yang bernas untuk mendedikasikan satu ruang untuk mempamerkan hasil seninya.
4. Luangkan waktu berkualiti bersama
Sebagai ibu ayah, kita selalu memakai banyak topi dan bertukar-tukar tugas dan tanggungjawab yang tidak terkira. Ia mudah untuk merasa keterlaluan dengan gaya hidup kita yang cukup pantas dan kadang kala kita boleh hilang fokus pada perkara yang paling penting, yang mana hubungan kita dengan anak-anak.
Menyeimbangkan permintaan pekerjaan dan rumah boleh jadi mencabar, tetapi meluangkan waktu kualiti dengan si kecil adalah sangat penting. Tidak hanya ia penting untuk menguatkan ikatan ibu ayah dan anak. Ia juga boleh membantu dalam perkembangan kesihatannya secara menyeluruh.
Pastikan untuk ada masa dengan keluarga dan anak-anak anda. Kurangkan waktu di atas skrin pintar dan luangkan lebih masa bersama di atas lantai melakukan aktiviti permainan bersama. Ikut aliran si kecil, bukan mendedahkan struktur bermain anda kepadanya. Hanya turut serta dan nikmatinya.
5. Sediakan mereka dengan pelbagai peluang untuk pengalaman yang cukup berharga
Mempunyai pengalaman kehidupan yang pelbagai adalah satu faktor kunci lain apabila memasuki memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak. Jadikannya satu titik untuk menyediakan si kecil dengan pelbagai peluang untuk pengalaman baru daripda mereka boleh melukis ilmu pengetahuan dan belajar perkara baru.
Biarkan anak anda eksplor perkara baru dan cuba aktiviti baru. Berikan anak anda peluang untuk mencuba satu hobi baru sebaliknya. Atau anda boleh pertimbangkan untuk mencuba membaca satu resepi membuat kek bersama.
Adakan masa untuk mencuba sesuatu yang baru bersama, seperti melawat zoo atau muzium. Lakukan kembara sekeluarga ke taman tema dan cuba permainan taman tema. Malah cuba juga satu perisa ais krim yang baru bersama.
Dengan ini, kami berharap yang artikel ini dapat memberikan ibu ayah sedikit ilmu pengetahuan serta memudahkan pencarian buku mewarna untuk ibu ayah belikan buat si kecil.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan
Baca juga: Ibu Ayah Jangan Hanya Fokus Pada ABC, Dedahkan Juga Anak Dengan Kumpulan Warna
Baca juga: Jom Cuba 7 Projek Seni Kreatif Guna Krayon Dengan Anak Ini! Pasti Si Manja Suka