X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Aktiviti Paling Mudah Kuatkan Otot Tangan Anak Menurut Doktor

4 min bacaan
9 Aktiviti Paling Mudah Kuatkan Otot Tangan Anak Menurut Doktor

Antara perkembangan anak yang paling penting adalah kemahiran menulis yang sangat berkait rapat dengan kekuatan otot tangan mereka.

Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak yang pandai dari segala segi dengan menguasai segala kemahiran di awal usia. Antara yang paling penting adalah kemahiran menulis yang sangat berkait rapat dengan kekuatan otot tangan anak.

Kita kadangkala terlepas pandang, untuk menguatkan otot tangan itu bukannya ajar anak pegang pensel terus supaya dia cepat pandai menulis, ada pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh menguatkan otot tangan anak.

Otot tangan yang kuat memainkan peranan penting dalam memastikan anak kecil dapat memegang pensel dengan betul sekaligus memberi kesan kepada kemahiran menulisnya.

Kemahiran menulis ini juga boleh memberi kesan kepada tahap keyakinan mereka, jika lihat kawan-kawan sekeliling sudah pandai menulis tetapi dia tidak, sudah pasti anak akan rasa rendah diri dan terasing.

Otot tangan yang kuat perlu dilatih

otot tangan

Untuk memastikan anak anda memiliki otot yang kuat sudah pasti ia perlu dilatih. Bukan dia tiba-tiba kuat saja ya ibu.

Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi  laman Facebooknya, menurut kajian ramai kanak-kanak kini memiliki masalah lemah otot tangan.

Katanya, ia berdasarkan berdasarkan kenyataan daripada Ketua Paediatrik Terapi Carakerja (Occupational Therapist) di Heart of England Foundation, Sally Payne, ramai kanak-kanak pada hari ni memiliki masalah lemah otot tangan berbanding 10 tahun lepas.

Motor halus kanak-kanak boleh terbantut akibat gajet

Katanya, kaji punya kaji, rupanya sebahagian masalah tu puncanya sebab anak-anak tu terbiar bebas menggunakan gajet tanpa kawalan hinggakan fine and gross motor skills mereka tak berkembang.

Menurutnya, disebabkan itu akhirnya kanak-kanak nak genggam pensil atau pen pun jadi kekok.

Katanya, disebabkan itu, ibu bapa kini wajib lebih kreatif. Mana yang ada anak kecil berusia dua hingga tiga  tahun, selain kita control penggunaan gajet tadi, kena juga galakkan mereka supaya selalu lakukan aktiviti yang boleh kuatkan otot-otot jari dan tangan.

Berikut adalah games cadangan doktor berkenaan bagi menguatkan otot si kecil anda sekaligus menajamkan kemahiran motor halus mereka.

#1. Ajak mereka masukkan syiling ke dalam tabung

otot tangan

Mudah bukan? Banyak tabung kini dijual dan boleh didapati dengan harga sangat murah. Anda boleh cuba aktiviti ini di rumah.

#2. Ajar buka dan tutup botol

Ajarkan anak kita untuk buka penutup botol tu dan kemudian tutupkan balik. Nampak biasa saja, tetapi jika otot anak anda tidak kuat, dia tidak akan dapat melakukan langkah mudah ini.

#3. Boleh jugak gunakan beg, seluar atau sweater yang berzip

Suruh si kecil tu main lock dan buka balik zip tu berulang kali. Sekarang ini juga banyak disediakan busy books yang melatih kemahiran motor anak. Anda boleh beli itu juga jika sudah kekeringan idea. Banyak idea termasuk zip ada dalam busy book ini.

#4. Kalau kat luar rumah tu ada pokok kari ke atau pokok berdaun kecil yang lain, dapatkan sebatang dahan yang kecil

Minta dia cabut helaian daun kari tu satu persatu.

#5. Picit sendiri ubat gigi kat atas berus gigi

otot tangan

Ketika mandi di bilik air, ajar dia untuk  picit sendiri ubat gigi. Latih benda ni sampailah si comel tu mampu nak kawal kuantiti ubat gigi yang dipicit.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

#6. Pergi kat laman rumah, kutip batu-batu kecil dan susun biar jadi bentuk yang menarik

Biar anak anda susun batu-batu kecil menjadi bentuk menarik. Ketika mereka mengutip ini, kemahiran motor mereka akan berkembang.

Jika pergi ke pandai, minta mereka kutip kerang-kerangan kecil itu.

#7. Ajak dia main buka butang baju yang bersaiz besar

Jika otot anak kurang kuat, mereka sukar untuk melakukan langkah ini. Latih mereka hingga mampu buat sendiri.

#8. Sesekali joinlah dia main play doh

 Kita pakat gelek buat doh bentuk panjang-panjang. Banyak jenis playdoh di pasaran. Ajak mereka buat bermacam bentuk.

#9. Waktu makan, berilah dia peluang untuk gunakan susu dan pinggan sendiri

Galakkan anak supaya suap sendiri. Terabur sikit pun tak apa. Tu semua latihan untuk kuatkan otot jari dan tangan dia.

Tapi kalau anak kita selalu buat, sampai masanya nanti dia akan mampu untuk menulis dan melukis dengan baik sebab waktu tu dia dah miliki kemahiran finger muscle control yang sangat bagus.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Baca juga:

Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • 9 Aktiviti Paling Mudah Kuatkan Otot Tangan Anak Menurut Doktor
Kongsikan:
  • Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

    Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

  • Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

    Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

  • Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

    Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

  • Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

    Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham