Ibu Ini Kongsi Pantang Larang Demam Campak & Petua Ikut Cara Orang Dulu-Dulu
Demam campak bayi adalah masalah biasa berlaku dalam kalangan anak kecil. Ibu perlu ikuti beberapa pantang larang agar mereka cepat sembuh
Selain mudah diserang jangkitan selesema dan batuk, si manja anda juga mungkin terkecuali daripada risiko demam campak bayi. Ia dikenali sebagai measles, iaitu penyakit yang terdiri daripada ruam merah rata yang muncul di seluruh badan.
Kewujudan ruam ini boleh menyebabkan rasa gatal atau tidak selesa. Jika ibu berdepan masalah bayi demam campak ini, anda jangan risau kerana ia sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan sehingga menyebabkan risiko lebih serius.
Isi Kandungan
Pengalaman berdepan masalah demam campak bayi
Menurut perkongsian seorang ibu, Liza Aziz, dia menerima panggilan telefon dari pusat jagaan kanak-kanak mengatakan anaknya, Adam telah dijangkiti demam campak daripada kawannya.
Patutlah dua tiga hari ini Adam on off demam. Kejap baik, kemudian demam semula. Apabila dapat tahu dia sebenarnya terkena demam campak bayi, hati rasa tidak keruan kerana proses penyembuhan mungkin memerluan masa beberapa hari.
Ada tak yang pernah mengalami masalah demam campak bayi bila doktor sahkan anak kena demam campak? Kemudian dia kena kuarantin dan tidak boleh dihantar ke taska kerana boleh menjangkiti kanak-kanak yang lain?
Umum mengetahui bahawa tiada ubat demam campak yang khusus untuk memulihkannya. Si kecil hanya perlu berehat dengan cukup di rumah.
Petua demam campak orang dulu-dulu
Tidak kira zaman mana anda berada, petua dan pantang larang demam campak bersama ubatan moden mampu melegakan rasa gatal dihadapi oleh si manja.
Biasanya sebelum virus menunjukkan dirinya, simptom utama ialah demam panas yang berlarutan mungkin sehingga 2 hari.
Petua orang dulu-dulu mengatakan letak daun semambu di bawah bantal pesakit dapat meredakan masalah demam campak bayi. Ia biasanya mudah didapati di kawasan kampung atau kuil.
Ada juga petua orang dulu mengatakan minum air kelapa banyak-banyak bagi mengeluarkan segala virus di bawah kulit. Jika pada awalnya anak mengalami demam panas, lakukan beberapa tindakan berikut:
#1. Pantau suhu badan anak
Ibu boleh jerlum menggunakan air asam jawa di bahagian celah kelangkang, ketiak, dahi dan kepala. Adalah sangat berbahaya sekiranya suhu amat tinggi mencecah 39 hingga 40 darjah celsius. Anak berisiko mengalami sawan tarik, ubat buntut paracetamol perlu disediakan jika ia berlaku.
#2. Kerap mandikan si manja
Ibu boleh memandikan anak dengan kerap menggunakan air suam bersuhu bilik dan tambahkan beberapa potongan lemon. Namun elakkan air ssejuk kerana ia boleh mendatangkan bahaya jika suhu turun dengan mendadak. Setelah selesai, pastikan anak memakai pakaian yang nipis.
#3. Menggunakan daun semambu
Biasanya pokok ini mudah didapati di kawasan kejiranan India. Pastikan bawa duit syiling dan letakkan pada pokok ya. Pantang larang kaum lain perlu dihormati dan anggap sahaja sedekah untuk sesiapa yang menjumpainya.
Cara:
- Ambil sedikit daun, ikat dengan getah dan sapu di tempat miang
- Letak di tempat tidur dan lapik dengan kain nipis (seperti kain lampin)
- Ramas beberapa genggam dan campur dengan air suam
- Anda juga boleh menggunakan alternatif sabun semambu, ia organik dan sangat lembut pada kulit.
Bagi memastikan adakah ruam yang naik di tubuh disebabkan oleh demam campak, ibu hendaklah membawa si manja ke klinik kesihatan yang berdekatan bagi melakukan ujian darah dan rawatan lanjut.
Tidak rugi untuk mencuba rawatan kuno kerana ia benar-benar berkesan pada anak, ruam tidak meninggal parut, cepat kering dan kurang gatal.
Pantang larang demam campak bayi
#1. Jangan memandikan anak menggunakan air kelapa sehingga demam campak turun hingga ke tapak kaki. Hal ini kerana dikhuatiri campak tidak keluar atau mungkin berulang kembali.
#2. Elak menyediakan hidangan bergoreng atau tumis kepada si manja. Ruam campak ini pandai ‘merajuk’, nanti dia tidak mahu keluar semuanya dan bertambah gatal.
#3. Jauhkan anak daripada terkena air hujan kerana risau parut menjadi kekal.
#4. Elakkan makan kicap kerana parut boleh menjadi kekal dan hitam.
#5. Elak menggunakan sabun biasa agar tidak berlaku sebarang reaksi teruk pada kulit.
Tanda demam campak
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing.
Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
Gejala demam campak dewasa dan bayi mungkin sama. Antara tanda demam campak yang boleh ibu ayah perhatikan.
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Demam tinggi.
- Batuk, selesema dan sakit tekak.
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
- Sakit otot.
- Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Simptom demam campak tidak sama dengan HFMD
Menurut Pegawai Perubatan Swasta Klinik Noura, Dr Nornadia Mizra Mohd Husni, ramai ibu ayah menyangkakan simptom demam campak serupa dengan gejala cacar air selain Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) atau dalam kalangan orang biasa kerap memanggil ‘campak keladi.’
“Salah tanggapan ini menyebabkan ibu bapa atau golongan dewasa merisikokan nyawa anak mereka kerana melengah-lengahkankan rawatan,” katanya.
Tambah doktor itu lagi, simptom demam campak jauh lebih berbahaya terutama kepada bayi atau kanak-kanak yang tidak mengikuti saranan Program Imunisasi Kebangsaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!
Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari
Baca juga: 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!