Bayi Demam dan Selsema? Ibu-Ibu Boleh Cuba Cara Menurunkan Panas Badan Bayi Ini

Ibu mana yang tidak susah hati apabila si manja terang-terangan menunjukkan rasa tidak selesa akibat demam dan selsema, tambahan pula dengan suhu badan yang tinggi. Oleh sebab itu, kami kongsikan cara menurunkan panas badan bayi termasuklah dengan simptom, punca dan tips rawatan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mengalami si manja yang menghidapi demam dan selsema? Jika ya, anda pasti tahu perasaan susah hati melihat anak anda berasa tidak selesa walaupun anda telah cuba pelbagai cara untuk menenangkan mereka. Jika tidak, maka, anda berada di artikel yang betul untuk mengetahui perkara-perkara yang penting untuk menjaga si manja yang sedang demam dan selsema.

Simptom-simptom Demam dan Selsema Pada Bayi

Sumber: PBC Expo Shop

1# Suhu badan yang tinggi

Suhu badan normal bagi setiap manusia adalah 37.5°C, dan jika angka tersebut meninggi walaupun sebanyak 1°C, itu adalah tanda-tanda demam. Walaupun anda boleh merasa suhu badan si manja dengan sekadar sentuhan, seeloknya anda menggunakan termometer bagi mendapat suhu yang tepat dan masalah ini boleh membuatkan para ibu bapa runsing dengan cara untuk menurunkan panas badan bayi.

2# Kurang makan atau menyusu

Jika anda mendapati si manja kurang menyusu atau tidak berminat untuk makan, ini mungkin tanda bahawa selera makan si manja sudah tiada. Kebiasannya, selera makan individu yang menghidap demam pasti akan hilang oleh sebab ketidakselesaan yang berpunca dari kepanasan badan juga simptom lain seperti sakit tekak, hilang deria rasa dan sakit badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Kurang aktif

Jika si manja anda kelihatan aktif dengan sentiasa bermain-main atau berlari ke sana sini ketika sihat, dan anda telah perasan bahawa dia agak slow down dari bermain walaupun diajak, ini tanda si manja menghidap demam dan selsema. Bahkan kita yang dewasa pun tidak larat ketika demam, apatah lagi kanak-kanak kecil dan bayi.

4# Kekejangan dan sawan

Simptom terakhir ini sudah terang-terangan menunjukkan bahawa demam yang dihidapi oleh si manja anda sangat serius. Ini terjadi oleh sebab suhu yang terlalu tinggi, dan boleh menyebabkan komplikasi terma panjang. Sekiranya anda mendapati si manja demam yang terlalu panas, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor sebelum mereka mendapat simptom ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam

Punca-Punca Bayi Tidak Sihat

1# Reaksi terhadap vaksin

Sumber gambar: CTV News

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda sudah mencecah umur yang bersesuaian untuk mendapatkan vaksin? Bagus! Tetapi, anda mungkin akan perasan si manja mula dedar dan demam selepas mendapat suntikan vaksin. Jangan risau, ini reaksi yang normal. Virus dan bakteria yang disuntik masuk ke dalam badan si manja sedang berlawan dengan sistem imunisasi mereka, menjadikan sistem tersebut lebih kuat menghalang virus demam dan selsema untuk masa hadapan.

2# Panas badan disebabkan pemakaian atau cuaca

Sumber gambar: BuzyMummy Malta

Jangan pakaikan bayi anda pakaian yang terlalu tebal, terutamanya ketika cuaca sedang panas! Ini akan membuatkan si manja overheated atau terlalu panas yang akan menyebabkan si manja mendapat demam. Jika ibu bapa membawa bayi keluar pada waktu tengahari pada hujung minggu, cuaca panas juga boleh menyebabkan si manja mendapat demam dan selsema.

3# Jangkitan di dalam telinga atau badan, secara am

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Raising Children Network

Apabila bayi mempunyai jangkitan di dalam badan, ia akan menganggu sistem imunasi si manja dan sistem ini akan mula bekerja keras untuk melawan jangkitan di dalam badan sama seperti reaksi si manja terhadap vaksin.

Cara Membendung Demam Si Manja

Demam yang dihidapi si manja boleh berlarutan selama sehari atau dua hari, dan ia juga berpotensi berlarutan sehingga dua minggu! Sekiranya si manja tidak mengambil antibiotik, ini akan menyebabkan demam berlarutan dengan lebih lama dan tentunya ia sangat merbahaya bagi si kecil anda. Jadi, apa anda boleh lakukan untuk menurunkan panas badan bayi dan membendung demam dan selsema si manja supaya hilang dalam tempoh yang pendek?

1# Kerap memandikan si manja dengan air suam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika kita kecil pun, ibu dan ayah kita pasti kerap memandikan kita dengan air suam. Ini kerana apabila demam, suhu dalaman badan kita akan menjadi rendah seraya membuatkan kita berasa sejuk dan luaran badan menjadi panas.

Sebab itulah ketika kita demam, kita akan rasa sejuk! Dan memandikan si manja dengan air sejuk? Bad idea! Ini salah satu cara untuk anda menurunkan panas badan bayi. Pastikan anda menggunakan air suam, ya.

2# Memakaikan si manja dengan pakaian nipis

Si manja mungkin akan berasa tidak selesa apabila dipakaikan baju yang tebal ketika demam. Sudahlah panas badan, ditambah lagi kepanasan tersebut dengan baju yang tebal? Kasihan anak anda. Pakaikan si manja baju yang nipis kainnya supaya anak anda dapat menyejukkan badan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline Parenthood, WebMD, Medical News Today

Baca juga: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Apabila Bayi Demam