Anak Demam Tetap Hantar Ke Sekolah, Jangan Sampai Kena Sawan Baru Nak Menyesal!

Guru ini beri nasihat dan amaran kepada para ibu bapa yang kerap kali menghantar anak ke sekolah walaupun mereka demam atau tak sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah mana yang tak risau bila demam pada anak. Namun, ia akan menjadi keadaan yang paling membimbangkan bila anda perlu ke tempat kerja dengan urusan pejabat yang menimbun hingga terpaksa menghantar anak juga ke sekolah.

Inilah antara perkongsian daripada seorang guru lelaki yang kesal bila ada sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan kerja berbanding anak mereka sendiri.

Berikut luahanya:

” Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan sebab demam panas di sekolah”.

Memang tak dinafikan, sebagai ibu bapa kita berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarga demi kelangsungan hidup setiap hati.

Walaubagaimanapun, anda harus fahami bahawa guru-guru di sekolah mempunyai tugas masing-masing dalam mendidik murid-murid yang lain maka mereka tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak yang kurang sihat.

Sebab itu, ibu bapa tidak boleh sesekali menganggap sekolah sama seperti taska dan jangan anggap guru seperti seorang pengasuh yang boleh menjaga anak kita setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hormatilah para guru ini sebagai pendidik anak kita dan kekalkan sebegitu sampai bila-bila.

Sedangkan, kesihatan anak adalah tanggungjawab ibu bapanya dan guru hanya boleh membantu sekadar perlu.

Sebab itu, kalau anak sakit janganlah memaksa mereka untuk ke sekolah seterusnya meletakkan tanggungjawab itu kepada guru.

Demam pada anak tapi ibu bapa tetap hantar pergi sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru ini berkongsi secara lanjut tentang apa yang berlaku…

“Kenapa muka awak masam saja, tak sihat ke? tegur guru ini pada salah seorang murid perempuannya yang kelihatan tidak bertenaga.

Namun, kanak-kanak itu hanya diam tanpa sebarang jawapan. Pun begitu, jelas dari wajah dan kelopak matanya yang kuyu itu tentang keadaannya semasa itu.

Kemudian, terus guru ini menuju ke mejanya dan memegangang dahi. Ternyata budak ini sedang demam panas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lantas guru ini pimpinnya ke bilik air dan basuh kepalanya. Ini kerana, panas yang terlalu tinggi boleh memberi kesan buruk pada kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

Bahkan, ia boleh menyebabkan sawan hingga merosakkan otak!

Setelah membasahkan kepalanya, guru ini terus membawa murid tersebut ke pejabat atau bilik guru. Kemudian memberinya “cool fever”.

Selepas tampal di atas dahi dan segera guru ini menghubungi mak dan ayahnya.

Sejam kemudian, mak dan ayahnya sampai dan terus guru ini meminta mereka bawanya ke hospital dan sempat juga beliau bertanyakan soalan ini kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

” Kenapa abang hantar anak ke sekolah walaupun tahu dia demam?

Jawapan yang diberikan…

” Saya kerja cikgu. Kalau tak hantar ke sekolah, saya kena ambil cuti. Sedangkan cuti dah tak banyak,” jawabnya.

Setelah mendengar jawapan itu dari mulut ayah ini, guru tersebut diam namun hati tetap tidak setuju. 

Ini kerana, kesihatan anak tidak boleh diperjudi semata-mata disebabkan kerja yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling tak boleh terima, kalau dah tahu anak demam sila maklumkan pada guru kelas sekurang-kurangnya ada pemantauan lebih sikit dari guru.

Hal yang sama ini berlaku hampir setiap tahun

Kredit: Hello Sehat

Menurut guru ini lagi, kisah yang sama ini berlaku hampir setiap tahun, di mana anak yang tak sihat ini dipaksa pergi ke sekolah dengan alasan tiada orang jaga mereka kerana ibu bapa perlu bekerja.

Ingatlah ibu bapa, guru bukanlah doktor malah mereka tidak boleh pandai- pandai berikan ubat kepada anak murid walaupun sebiji panadol.

Bahkan, guru-guru ini bukan pengasuh yang boleh tengok dan pantau anak anda setiap masa.

Apatah lagi, guru-guru perlu begerak dari kelas ke kelas untuk mengajar malah perlu menjadi pengelola pelbagai aktiviti dan program di sekolah.

Jadi jangan anggap guru ada masa untuk menjadi pengasuh kepada anak kalian kerana masih ada murid yang perlu dijaga.

Apa yang guru boleh buat kalau murid tak sihat?

Kredit: Ummi’s family

Jadi kalau berlaku perkara begini, apa yang guru boleh buat adalah dengan basahkan kepala dan tampal cool fever kemudian beritahu guru lain yang mengajar di kelas murid tersebut tentang keadaannya.

Maka terpaksalah guru menjaganya secara bergilir-gilir mengikut masa yang mereka ada sementara ibu bapa murid sampai.

Lebih menyedihkan, ada juga ibu bapa yang langsung tak menjawab panggilan telefon daripada guru walaupun sudah berpuluh kali dihubungi.

Justeru, utamakanlah kesihatan anak-anak dan jangan sesekali menganggap sekolah itu seperti taska.

Ingat, jangan buat guru seperti orang gaji yang tak berbayar dan jangan harapkan guru untuk membawa murid ke sekolah.

Kerana semua tanggungjawab itu adalah tugas ibu bapa murid atau penjaganya.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comibubapa-guru-cikgu