Demam denggi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Jika anda tinggal di kawasan jangkitan denggi, penyakit ini boleh menyerang lebih dari sekali seumur hidup. Justeru ketahui beberapa tanda demam denggi sebagai langkah berjaga-jaga.
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.
Tanda demam denggi pada ibu mengandung
Menurut data yang telah dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 37,531 kes demam denggi telah direkodkan sehingga 5 September 2022.
Iklim tropika serta kawasan-kawasan pembiakan nyamuk yang banyak adalah sebab mengapa penyakit ini sukar untuk dikawal.
Tapi yang lebih membimbangkan adalah risiko demam denggi pada ibu mengandung yang boleh meragut nyawa bayi dalam kandungan.
Berikut beberapa tanda demam denggi dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Tanda demam denggi: Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Simptom denggi: Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Simptom denggi: Ruam
Simptom demam denggi yang teruk adalah apabila pesakit menunjukkan tanda gelisah, berkurang tahap kesedaran, pernafasan laju, kurang kencing, muntah atau cirit-birit berterusan.
Tanda awal berlaku kebocoran plasma ke ruang ke tiga iaitu di paru-paru dan perut, kegagalan organ selain boleh terjadi pendarahan.
Pesakit yang didiagnosa demam denggi teruk perlu dirawat di hospital dan diberi rawatan terapi cairan bagi menstabilkan cairan dalam badan supaya pesakit tidak mengalami dehidrasi.
Simptom denggi dan kesannya pada ibu mengandung
Demam virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes dan simptom denggi paling ketara bagi demam denggi adalah demam panas yang teruk.
Simptom denggi lain termasuklah rasa sakit pada bahagian kepala, sendi badan dan kaki pesakit terbabit.
Pesakit mungkin juga akan menunjukkan tanda demam denggi seperti ruam serta pendarahan melalui hidung dan gusi.
Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan platelet darah pesakit jatuh menjunam dengan cepat. Platelet adalah sel kecil yang penting untuk pembekuan darah.
Sekiranya pesakit tidak ada platelet yang cukup, dia boleh mula berdarah secara spontan dan menyebabkan demam denggi berdarah. Diagnosis awal boleh menghalang demam ini dari berlaku.
Bahaya Demam Denggi Pada Ibu Mengandung
Virus ini sangat kecil dan boleh merebak melalui plasenta ibu dan mejangkiti bayi di dalam kandungan. Maka jika ibu hamil terjangkit, ia tidak hanya akan memberi kesan pada ibu, malah boleh memudaratkan dan meragut nyawa janin.
Meskipun bayi mungkin bernasib baik dan selamat dilahirkan, risiko ia dilahirkan secara pramatang atau dengan berat lahir yang rendah adalah sangat tinggi.
Jadi jangan pandang ringan sekiranya anda mengalami salah satu simptom denggi ini, kerana ia sangat berbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan anak.
Cara merawat simptom denggi
Jika ibu hamil terjangkit, cara rawatannya sama seperti pesakit denggi biasa. Setakat ini, belum ada ubat yang boleh merawat penyakit ini.
Pesakit perlu bertahan, cuba menaikkan bilangan platelet dan mengharapkan badannya akan pulih dengan cepat.
Walaupun penyakit ini tidak akan meninggalkan kesan sampingan fizikal yang teruk, simptom denggi yang tinggi masih boleh menimbulkan komplikasi.
Antara komplikasi yang bakal melanda pesakit yang tidak dirawat dengan segera setelah mengalami suhu badan akibat denggi yang tinggi ialah:
- Suhu badan yang tinggi menyebabkan dehidrasi dan risiko pendarahan.
- Pendarahan luar dan dalaman boleh berlaku pada bila-bila masa, dan doktor perlu memantau bilangan platelet dalam tubuh badan pesakit.
- Selain itu, simptom denggi juga boleh membantutkan fungsi sum-sum tulang buat sementara waktu, dan mereka dengan masalah anemia boleh mengalami komplikasi lain.
Jika doktor mendapati ibu dijangkiti denggi atau terdapat simptom denggi, anda akan ditahan di hospital dan diberi cecair melalui drip untuk mengelak dehidrasi.
Di samping itu, pihak hospital akan membuat kiraan platelet yang kerap dan keadaan anda akan dipantau semasa dan selepas demam.
Ini adalah untuk memastikan pesakit tidak mengalami masalah pendarahan atau mula berdarah secara spontan.
Apa Yang Patut & Tidak Patut Buat Bila Demam Denggi?
- Jika ada kemungkinan anda dijangkiti denggi, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti Paracetamol.
- JANGAN makan ubat Aspirin atau Ibuprofen kerana kedua-dua ubat boleh menyekat pembentukan platelet dan menambahkan komplikasi.
- Pastikan anda minum air yang banyak. Pengambilan Oral Rehydration Salt (Garam Rehidrasi) ORS adalah pilihan yang lebih baik.
- Kalau boleh, minum sekurang-kurangnya 2 liter ORS dalam masa 24 jam dan jangan mandi air sejuk untuk menurunkan suhu badan.
Anda perlu jumpa doktor dengan segera jika anda suhu badan tinggi, terdapat gejala demam denggi atau mengesyaki diri terjangkit demam denggi.
Jangan berlengah kerana diagnosis awal dan rawatan segera boleh mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan penyakit ini seperti denggi berdarah.
Jadi ibu hamil perlulah berjaga-jaga dan memastikan kawasan rumah tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Jika anda berada di kawasan dengan kes denggi yang tinggi, gunakan kelambu apabila tidur pada waktu malam dan gunakan ubat pencegah nyamuk yang selamat pada waktu subuh dan senja.
Cara Selamat Melindungi Diri Daripada Gigitan Nyamuk Semasa Hamil
Buat pengetahuan anda, kajian menunjukkan bahawa nyamuk lebih tertarik untuk menghampiri wanita hamil berbanding orang lain. Hal ini disebabkan oleh kekerapan ibu hamil mengambil nafas iaitu dengan menghembus kira-kira 21% udara dengan gas tambahan serta kelembapan yang disebarkan menyebabkan nyamuk tertarik kerana menyukai karbon dioksida tersebut.
Selain itu, haba yang dikeluarkan oleh tubuh badan ibu hamil juga adalah tinggi dan menjadikannya salah satu faktor yang menarik minat nyamuk.
Beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi melindungi diri daripada nyamuk semasa hamil adalah seperti berikut:
- Lebihkan masa berada di dalam rumah terutama ketika malam.
- Pakai pakaian yang dapat melindungi tubuh anda contohnya baju dan seluar berlengan panjang beserta stoking.
- Ambil juga langkah berjaga-jaga pada bahagian leher anda kerana kajian menunjukkan bahawa nyamuk tertentu boleh memilih bahagian tubuh yang ingin digigitnya.
- Guna produk seperti permethrin dan menyemburnya pada pakaian anda mengikut arahan pada label. Elakkannya daripada terkena kulit anda. Pakaian yang dirawat dengan permethrin ini berupaya untuk melindungi anda walaupun selepas beberapa kali dibasuh.
- Anda juga boleh gunakan penyembur serangga untuk menghalaunya.
- Selain itu anda disarankan tidur di dalam bilik tertutup dan berhawa dingin.
- Boleh juga tidur di dalam kelambu nyamuk.
- Kosongkan semua takungan air seperti di dalam pelapik pasu bunga, tayar terpakai dan semua bekas yang boleh menakung air.
- Jangan lupa masukkan ubat jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di rumah anda.
- Pasang jaring halus pada tingkap dan pintu untuk menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah.
Adakah Selamat Menggunakan Ubat Nyamuk Semasa Anda Hamil?
Kebanyakan ubat nyamuk adalah selamat digunakan jika anda mengikut arahan pada label produk tersebut. Antara produk yang disarankan untuk digunakan oleh ibu mengandung yang telah diiktiraf selamat dan didaftarkan oleh EPA ialah DEET dan Picaridin.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan Oil of lemon Eucalyptus (OLE) atau Para-menthane-diol (PMD) dan IR3535. Antara jenama produk yang mengandungi IR3535 adalah seperti produk Skin So Soft Bug Guard Plus Expedition dan SkinSmart. Semua produk ini adalah selamat dan berkesan untuk menghalau nyamuk.
Sentiasa pastikan anda membaca label arahan sebelum menggunakannya dan elakkan dari menyembur di bahagian kulit badan anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat berguna buat anda semua!
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparentmalaysia
Baca juga : Penawar Demam Denggi Dari Daun Betik Berhasil Tingkat Platelet Darah,Tapi Harus Hati-Hati Jika Hamil
Baca juga : Rawatan Semulajadi Demam Denggi Menggunakan Tumbuh-Tumbahan? Bagaimana Caranya?
Baca juga : 5 Jenis Pokok Halau Nyamuk, Sesuai Untuk Tanam Di Rumah! Boleh Elak Denggi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!