Mendiang Puteri Diana & Adele, Antara 5 Ibu Yang Pernah Berjuang Melawan Kemurungan Lepas Bersalin

Ibu memang tidak dapat lari dari depresi setelah melahirkan disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah terlalu memendam perasaan hingga stres!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Depresi setelah melahirkan atau dikenali sebagai postpartum depression merupakan sejenis penyakit yang berkaitan emosi ibu yang tidak stabil selepas bersalin.

Menurut American Psychological Association (APA), satu dari tujuh wanita akan mengalami depresi setelah melahirkan. Gejala yang akan muncul seperti hilang semangat diri, sering berasa cemas, cepat panik, perasaan bersalah yang melampau, susah tidur dan sebagainya.

Sudah pasti keadaan ini sangat berbahaya kerana kemungkinan mereka boleh mencederakan diri sendiri dan bayi. Jika ibu mengalami gejala tersebut lebih dari dua minggu, anda disarankan mencari alternatif terbaik untuk merawat penyakit depresi ini.

Walau bagaimanapun, jangan ingat anda keseorangan! Ada sebilangan tokoh dan selebriti luar negara ini turut pernah mengalami depresi setelah melahirkan. Berikut kisah pengalaman mereka.

5 kisah depresi setelah melahirkan yang dialami selebriti terkenal

#1. Chrissy Teigen

Kredit: Bustle

“Selepas bersalin, saya sangat lelah dan kesakitan kerana perlu bangun setiap malam malah rasa tidak seronok untuk menikmati kehidupan ini lagi.

Ketika melakukan pemeriksaan fizikal, doktor mengesyaki saya ada ciri-ciri depresi setelah melahirkan.

Kemudian doktor memberikan antidepression supaya membantu pulih dari masalah ini dan mula berkongsi cerita dengan kawan dan keluarga.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Adele

“Saya mengalami depresi setelah melahirkan yang sangat buruk selepas bersalin anak lelaki dan itu membuatkan saya takut. Namun saya tidak membicarakan dengan sesiapapun tentang hal itu.

Suami pesan suruh saya berkawan dan berbicara dengan wanita lain yang sedang hamil, tetapi saya tidak suka dan mengelak berbuat demikian.

Namun, akhirnya saya temui seorang ibu hamil dan wanita yang mempunyai anak ramai seterusnya menjadikan mereka kawan baik dan saling berkongsi cerita. Dari situ saya mula temui ketenangan.”

 #3. Mendiang Puteri Diana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa William lahir, ia sangat melegakan hati Puteri Diana tapi keadaan itu hanya sementara waktu. Apabila berada di minggu seterusnya dia terasa jiwa kosong dan depresi kerana merasakan tiada siapa yang memahami.

Sebelum ini, Puteria Diana tidak pernah mengalami masalah kecelaruan emosi tetapi bila tiba-tiba menghadapinya dia memerlukan banyak rehat dan ruang waktu untuk kembali tenang seperti dulu.

#4. Bryce Dallas Howard

“Saya muntah setiap hari selama enam bulan dan stretch mark masih muncul sehingga bersalin. Namun saya menghargai setiap momen yang saya miliki dengan kehidupan baru yang hadir kini.

Namun, disaat mengalami depresi saya seperti tidak tentu arah dan seolah mengalami amnesia emosional.

Malah saya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang sedangkan apabila masuk ke dalam kamar mandi saya berteriak dan menangis sepuas hati.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5.  Amanda Peet

“Saya jujur tentang depresi dan kemurungan yang dialami selepas bersalin kerana timbul perasaan malu apabila bergelar seorang ibu bahkan perasaan itu bercampur aduk.

Saya fikir ramai yang sedang berjuang mengalami masalah yang sama seperti saya dan sukar menemui seseorang yang boleh memahami dan mudah untuk mendengar setiap luahan kita.”

******

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, apabila merasa diri seolah-olah ada yang tidak kena seperti pengalaman mereka ini, sebaiknya anda segera mendapatkan rawatan atau kaunseling daripada pakar supaya gejala itu dapat diatasi dengan baik. 

Jika anda mempunyai pengalaman depresi dan kemurungan selepas bersalin, kongsikan dengan kami di ruangan komen. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan