Dera Anak Angkat Hingga Mati, Mangsa Baru Tinggal 2 Bulan & Jiran Kerap Dengar Bunyi Tangisan

Dera anak angkat perempuan usia 5 tahun hingga meninggal dunia. Polis sahkan mangsa baru dua bulan tinggal dengan ibu dan bapa angkat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Penderaan bayi dan kanak-kanak sering kali dilaporkan berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab si pelaku telah meninggalkan kesan mendalam pada diri mangsa. Paling menyedihkan apabila rata-rata kes dera berakhir dengan kehilangan nyawa seperti yang terjadi baru-baru ini, dera anak angkat usia 5 tahun hingga meninggal dunia.

Dera Anak Angkat Hingga Meninggal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop pada 10 Jun yang lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Jiran Dedah Kerap Bunyi Tangisan 

Budak perempuan lima tahun yang meninggal dunia disyaki didera ibu dan bapa angkatnya di Taman Malcop, Silibin di sini dikatakan kerap menangis dan dimarahi individu dipercayai bapa angkatnya.

Jiran keluarga itu, Mohd Zezeli Abdul Latif, 58, berkata dia hanya menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan di kawasan perumahan mereka sejak dua bulan lalu.

Bapa Angkat Tidak Ramah Dengan Jiran Tetangga

Katanya, bapa angkat mangsa berusia 66 tahun itu sudah lama menetap di taman perumahan berkenaan tetapi tidak ramah dengan jiran tetangga.

Menurut Mohd Zezeli yang hanya berjiran sebelah rumah dengan keluarga mangsa, isterinya kerap mendengar tangisan kanak-kanak itu serta suara seorang lelaki dalam nada tinggi seakan menjerit ketika berada di halaman rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

“Pernah juga dengar suara lelaki itu menjerit dan meminta anaknya mencari barang, mungkin dia marah sebab ada barang yang hilang.

“Setahu saya, lelaki itu tinggal bersama isterinya sahaja sebelum kanak-kanak itu muncul dalam tempoh dua bulan ini,” katanya ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya lagi, dia hanya mengetahui kejadian menimpa budak itu selepas melihat banyak kereta peronda polis di hadapan rumah itu.

Seorang lagi jiran, N. Gandhi, 74, berkata mangsa adalah seorang kanak-kanak yang comel serta ceria, dan pernah menyapanya namun mengakui dia tidak pernah melihat mangsa bermain di luar atau halaman rumah.

Anak Kepada Rakan Sendiri

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mangsa hanya mula dibela dan dijaga oleh ibu angkatnya itu sejak April lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Dalam pada itu, difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada rakan ibu angkat mangsa yang terbabit dalam kes itu.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan ibu dan bapa angkat mangsa direman enam hari bermula hari ini hingga Ahad susulan kematian budak itu yang disyaki akibat didera untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Cara Melaporkan Kes Dera Kanak-Kanak

Sesiapa yang mensyaki penderaan atau pengabaian kanak-kanak terjadi di kejiranan atau dalam kalangan ahli keluarga, anda wajib melaporkan kes kepada pihak berkuasa polis atau JKM.

Berikut beberapa cara untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak:

1. Melaporkan kes penderaan kepada JKM/Polis

2. Buat Laporan Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Berdekatan

3. Aduan Menerusi Talian Kasih 15999; ATAU Whatsapp 019-26 15999

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

“Talian 15999 telah diperkenalkan tetapi rakyat perlu ada keberanian untuk melapor (kes penderaan), malah mereka (pengadu) juga tidak akan didedahkan nama. Apa yang penting supaya masalah itu dilapor dan kita boleh bertindak,” katanya.

3. Aduan Melalui Twitter, Facebook KPWKM, JKM; Instagram

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Baru Tiga Hari Berpindah Taska Baru, Bapa Kecewa Bayi Didera Hingga Lengan Kiri Patah

Baca juga: 6 Perbuatan Tanpa Sedar Kita Sedang Dera Anak, Kalau Rasa Ada Buat Segeralah Berubah Parents!

Baca juga: Tergamak Seorang Ibu Cabul Anak 2 Tahun & Rakam Sendiri Semata-Mata Untuk Mendapatkan Wang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement