Bayi Enggan Dengan Orang Lain Kerana Dia Sangat Sensitif Terhadap Bau? Ini Apa Ibu Perlu Tahu

Si manja akan mengenali ibu dan ayah dari bauan mereka. Oleh sebab itu, deria bau pada bayi amatlah penting untuk mereka. Ketahui perkembangan deria bau bayi dan bagaimana anda boleh membantu bayi yang terlalu sensitif terhadap bau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pasti banyak melihat tabiat bayi anda yang tidak mahu didakap oleh orang lain walaupun ketika mereka sudah tidur. Seperti mereka seakan-akan tahu bahawa bukan ibu dan ayah yang memegang mereka! Ya, bayi anda mempunyai deria bau yang sangat sensitif jadi mereka memang mengenali ibu dan ayah dari bau mereka.

Bagaimana Bayi Menggunakan Deria Bau Yang Sensitif

Kredit: Pexels

Ketika anda sedang mengandungkan si manja pada minggu ketujuh, pada waktu itulah hidung mereka mula dibentukkan dan lubang hidung mereka pula dibentukkan beberapa minggu selepas itu. Masuk sahaja minggu ke 10, reseptor-reseptor yang mereka gunakan untuk menghidu sudah terbentuk dengan lengkap.

Semasa si manja berada di dalam rahim lagi, mereka sudah boleh mula membau dan pada waktu itu, bau yang mereka sentiasa hidu ialah bau air ketuban anda. Bunyi macam menggelikan, tetapi bau inilah yang akan memberikan perasaan selesa dan selamat pada bayi anda. 

Bau ini juga sama dengan bau susu badan anda, dan disebabkan si manja sudah terbiasa dengan bau ini, mereka tidak akan mempunyai masalah untuk mengenali ibu mereka walaupun mereka masih tidak mempunyai deria penglihatan! Hebat betul deria bau si manja.

Selain dari itu, deria bau bayi yang sensitif juga boleh memberi beberapa kesan lain juga:

  • Menguatkan hubungan antara ibu dan anak

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si manja anda tahu beza di antara susu badan ibu mereka sendiri dan ibu susuan mereka. Oleh sebab itu, ia sangat membantu si manja untuk mengenali anda sekiranya anda tidak memakai minyak wangi atau losyen badan yang mempunyai bau yang terlalu kuat. Apabila anda mendakap si manja dan mula mengenali bau satu sama lain, anda akan dapat mengalami kesan hormon oksitoksin yang dapat membantu menubuhkan dan menguatkan hubungan antara anda dan si manja.

  • Mengenali antara individu yang berbeza-beza

Deria penglihatan bayi memang akan datang sedikit lambat dan disebabkan itulah si manja akan bergantung kepada deria bau mereka untuk mengenali orang yang berbeza-beza. Si manja mungkin tidak akan menangis apabila didukung oleh ibu saudara atau adik-beradik mereka, tetapi akan mula menunjukkan ketidakselesaan apabila didukung oleh rakan-rakan ibu bapa mereka kerana mereka membawa bau yang tidak dikenali.

  • Mengenal makanan

Kami pasti bahawa anda mempunyai makanan kegemaran ketika mengandungkan si manja, kan? Setelah bayi menginjak usia di mana mereka sudah boleh mula mengenal dan mencuba makanan, cuba anda sediakan makanan kegemaran anda dan kenalkan kepada si manja. Peluang untuk si manja menunjukkan reaksi yang positif dan menyukai makanan tersebut adalah tinggi kerana mereka sudah terbiasa dengan bau makanan ini, serta rasanya ketika mereka berada di dalam rahim ibu!

Si Manja Terlalu Sensitif Terhadap Bau! Bagaimana Untuk Atasi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock

Walaupun sensitiviti mereka terhadap bau-bauan boleh membawa kesan positif seperti yang telah dikongsikan di atas, tetapi terdapat juga kesan negatif dari si manja yang mempunyai deria bau yang terlalu sensitif walaupun mereka sudah mula membesar.

Salah satu contohnya ialah si manja mungkin mudah mual atau muntah apabila terbau makanan yang sedang dimasak dan ini mungkin boleh membuatkan ibu mengalami kesukaran untuk menyediakan makanan bagi anak yang sudah boleh mula mencuba makanan baru. Nak try resepi baru pun susah!

Tapi, seperti hal-hal lain, ia tentu boleh diselesaikan dan di sini kami berkongsi caranya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya si manja anda terlalu sensitif terhadap bau, terutamanya bau makanan, ini antara tips dan cara yang anda boleh amalkan untuk selesaikan permasalahan ini!

  • Fahami sensitiviti mereka

Sekiranya si manja anda sering menunjukkan tanda-tanda mual apabila terbau makanan, janganlah anda terus memarahi dia kerana “tidak menghormati makanan”. Tetapi, fahamilah bahawa mereka mungkin mempunyai sensitiviti terhadap bau dan menghidu bau makanan mencetuskan lagi sensitiviti tersebut.

  • Menjauhkan makanan dari mereka

Kami pasti bahawa anak anda bukanlah akan mual terhadap semua jenis makanan. Pasti ada beberapa jenis makanan yang mereka tidak menunjukkan reaksi pun. Sekiranya si manja anda menunjukkan reaksi terhadap sesetengah makanan, jauhkanlah makanan tersebut dari mereka. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang mereka tak mahu makan.

  • Membuka tingkap apabila memasak

Ini adalah perkara biasa bagi sesiapa yang memasak di rumah, kan? Walaupun anda mempunyai penyedut udara di atas dapur masak anda, bukalah tingkap untuk membenarkan pengudaraan sebaik mungkin bagi meminimakan bau masakan tersebut.

  • Menyapu minyak pati (essential oil) pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Bau minyak pati yang kuat pasti akan dapat menutup bau makanan yang sedang dimasak. Tambahan pula, minyak pati dapat memberikan kesan penenang kepada si manja anda jadi bolehlah anda memasak di dapur tanpa risau bahawa si manja akan mengamuk setiap limit minit!

  • Mencuba hidu beberapa perkara

Salah satu cara yang mungkin bagus diamalkan bagi si manja yang sensitif terhadap bau ialah dengan membiasakan sahaja mereka dengan bau-bauan yang berbeza! Berikan si manja untuk menghidu barang masakan yang anda gunakan seperti daun kunyit, limau kasturi, kayu manis dan lain-lain dan minta mereka memberitahu kadar kekuatan bau bahan tersebut. Tetapi, jangan gunakan adjektif seperti “wangi” atau “busuk”.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pathways, Your Kids Table

Baca juga: Bau bayi bukan saja wangi tapi sains juga buktikan apa kepentingan bau wangi ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan