TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Ekzema dan Alahan Pada Kanak-Kanak?

6 min bacaan
Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Ekzema dan  Alahan Pada Kanak-Kanak?

Masalah ekzema dan alahan sememangnya boleh merungsingkan ibu bapa kerana ia menyebabkan ketidakselesaan kepada anak kecil, tetapi mengetahui punca dan cara menguruskannya amat membantu dalam mengawal penyakit ini.

Ekzema merupakan masalah kulit yang dialami ramai dan boleh bermula daripada peringkat bayi, dan sementara sesetengah individu dapat mengawal penyakit ini dengan kesan minimum ke atas kehidupan seharian mereka, terdapat segelintir golongan yang harus berterusan hidup dengan penyakit ini. Hal ini amat membimbangkan terutamanya terhadap ibu bapa, kerana menurut Persatuan Dermatologi Malaysia, lebih 20% kanak-kanak Malaysia menghidapi ekzema atau dikenali sebagai dermatitis atopik.

Walaupun ekzema tidak selalunya merupakan penyakit alergi (alahan), alergen boleh memainkan peranan dalam menerukkan lagi keadaan seperti hama habuk dan bulu haiwan peliharaan lalu menyebabkan kanak-kanak mengalami alahan terhadap makanan, haiwan peliharaan, hama habuk atau debunga.

Dr Melanie Majaham, Pakar Perunding Kanak-Kanak daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) berkongsi bahawa ekzema selalunya berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit kering.

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Ekzema dan  Alahan Pada Kanak-Kanak?

Dr Melanie Majaham, Pakar Perunding Kanak-Kanak daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV)

“Kulit akan menjadi gatal dan berlaku keradangan apabila terdedah kepada bahan kimia, peluh dan cuaca panas. Ini menyebabkan kanak-kanak akan berterusan menggaru bahagian yang gatal seterusnya menyebabkan kerosakan kulit dan terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan fungus. Kanak-kanak akan berada di dalam kesakitan, sentiasa berasa tidak selesa, berkemungkinan untuk demam dan mungkin perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk mendapat rawatan IV antibiotik dan ubat-ubatan antivirus.”

Rawatan untuk ekzema dan alahan 

Kanak-kanak dengan ekzema boleh mengalami tompokan yang merah, kering serta gatal akibat keradangan kulit. Apabila mereka kerap menggaru, ia akan menyebabkan lepuhan (blister) yang meleleh, berkerak atau luka akibat jangkitan. Dr Melanie juga menasihatkan bahawa pilihan rawatan bergantung kepada fasa penyakit ekzema itu sendiri. 

Kanak-kanak dengan ekzema atau dermatitis atopik boleh mengalami tompokan yang merah, kering serta gatal akibat keradangan kulit.

“Ketika fasa ‘active flare-ups’, pesakit mungkin memerlukan krim berasaskan steroid yang penting untuk mengurangkan keradangan dan menghentikan kitaran kegatalan atau “itch-cycle”. Dalam keadaan di mana kulit sedang dijangkiti bakteria, virus atau fungus, ubat-ubatan antibiotik dan antivirus mungkin diperlukan. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa preskripsi krim steroid akan diberikan untuk masa yang singkat adalah selamat dan tidak akan membawa kepada komplikasi jangka panjang.

“Semasa fasa subakut/kronik di mana kulit hanya kering tetapi tidak meradang secara aktif, terapi penyelenggaraan (maintenance therapy) adalah penting untuk mencegah ekzema daripada berubah ke fasa ‘flare-up.’  Terapi penyelenggaraan ini termasuklah menggunakan krim pelembap intensif yang bebas daripada pewangi dan bahan kimia tertentu. Kanak-kanak juga perlu menggunakan mandian bebas sabun untuk mengelakkan kulit kering secara berlebihan. Kulit yang basah kemudian hendaklah dikeringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tuala. Air yang terlalu suam juga cenderung untuk membuatkan ekzema bertambah teruk,” kata Dr Melanie.

Sementara itu, Dr Juani Hayyan Abdul Karaf, Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pakar Bedah Kepala dan Leher daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menambah bahawa pilihan rawatan untuk alahan juga berbeza-beza dan bergantung kepada tempat manifestasi bagi rawatan bersimptomatik.

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Ekzema dan  Alahan Pada Kanak-Kanak?

Dr Juani Hayyan Abdul Karaf, Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pakar Bedah Kepala dan Leher daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV)

“Terdapat imunoterapi dalam bentuk suntikan yang boleh digunakan untuk merawat alahan, tetapi ini adalah untuk alergen tertentu seperti hama habuk rumah. Selalunya, alahan berlaku disebabkan sesuatu pencetus (trigger), jadi ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka jika sering terdedah kepada makanan atau persekitaran tertentu seperti persekitaran yang berdebu, cuaca sejuk, panas atau bulu haiwan.”

Dalam kes bayi yang baru dilahirkan, Dr Juani berkongsi bahawa ibu bapa harus melihat tanda-tanda intolerasi laktosa seperti cirit-birit, muntah atau ruam kulit, dan bertukar kepada pilihan tanpa tenusu.

Bolehkah kanak-kanak berterusan mempunyai ekzema sehingga dewasa?

Walaupun ia bukan kejadian yang jarang berlaku, tidak ramai yang sedar bahawa kanak-kanak yang menghidapi ekzema juga boleh mengalami alahan makanan, resdung dan asma yang juga dikenali sebagai perarakan atopik atau ‘atopic march’ –  sebuah perkembangan semula jadi bagi penyakit alahan dari bayi hingga dewasa. Lebih daripada 50% kanak-kanak yang menghidapi ekzema menghidap asma ketika meningkat dewasa, dengan 33% lagi mengalami alahan makanan serta risiko yang meningkat untuk mendapat penyakit resdung. 

Dr Juani berkongsi bahawa ‘atopic march’ berlaku apabila pesakit berterusan mengalami alahan yang saling berkaitan ketika di zaman kanak-kanak serta ianya akan bermula daripada ekzema. 

“Atopi dikenali sebagai tindak balas imun yang berlebihan, dan secara amnya ia boleh menyebabkan reaksi di seluruh badan. ‘Atopic march’ bermula daripada penyakit kulit kerana ia merupakan penghalang badan pertama yang boleh dilanggar. Badan boleh bertindak balas secara berterusan kemudiannya bertukar menjadi alahan makanan, resdung dan asma,” kongsinya.

Adakah ekzema atau ‘atopic march’ boleh diwarisi?

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan keadaan atopik. Ekzema berlaku disebabkan oleh gabungan pencetus persekitaran dan genetik dan hal ini cenderung untuk berlaku jika terdapat sejarah keluarga yang mempunyai ekzema atau alahan lain seperti asma atau resdung.

Pencetus persekitaran boleh disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti makanan, sabun, krim atau bahan kimia. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan pesakit ekzema, tiada sumber yang boleh dikenal pasti sebagai pencetus penyakit ini. 

Kajian juga telah menunjukkan bahawa wanita yang makan lebih banyak ayam semasa hamil boleh meningkatkan risiko ekzema pada bayi. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambil lebih banyak tenusu, telur dan diet berasaskan tumbuhan dapat memainkan peranan dalam melindungi anak mereka daripada ekzema.

Langkah pencegahan 

Kanak-kanak dengan ekzema atau dermatitis atopik boleh mengalami tompokan yang merah, kering serta gatal akibat keradangan kulit.

Ketika ini, masih tiada lagi ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan masalah kulit ataupun alahan secara kekal, namun Dr Melanie mempunyai satu nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah ekzema: gunakan pelembap kulit! 

“Ibu bapa harus memastikan anak mereka sentiasa berada dalam keadaan nyaman kerana haba boleh membuatkan ekzema bertambah teruk. Gunakan pelembap kulit sepanjang masa juga amat membantu dalam memastikan kanak-kanak kekal selesa. Elakkan daripada menggunakan sabun antiseptik yang kasar kepada kulit dan boleh menjadikan ekzema semakin teruk. Sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa ekzema terjadi disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah lalu cenderung untuk menggunakan sabun antiseptik. Walau bagaimanapun, jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan mandian bebas sabun dan bebas pewangi serta kaya dengan emolien (pelembap). Sabun “organik” tidak selalunya menjadi penyelesaian kerana ia mungkin tidak cukup melembapkan kulit.”

Terdapat juga pelbagai langkah lain yang boleh dilakukan oleh pesakit dengan sokongan daripada ibu bapa atau penjaga mereka seperti mengamalkan pemakanan sihat  dan sentiasa kekal aktif. “Ibu bapa perlu memastikan anak  bersenam dengan kerap, luangkan masa di luar rumah dan dapatkan Vitamin D yang bermanfaat untuk kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh. Kekalkan berat badan yang ideal dan dapatkan tidur yang mencukupi untuk membantu dalam membina sistem imun yang lebih kuat, ” kata Dr Juani.

Stories Rakan Kongsi
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Parenting styles: What can Malaysian parents learn from the Japanese?
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?
Premature Babies: What You Should Look Out for and What to Do?

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang maklumat, sila hubungi +603 9772 9191 atau email kami di [email protected]. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Ekzema dan Alahan Pada Kanak-Kanak?
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham