Ibu tiri kejam dera kanak-kanak 7 tahun suruh minum air panas menggelegak!

Ikuti kisah menyayat hati tentang seorang kanak-kanak 7 tahun yang didera ibu tiri hingga pecah mulutnya. Macam mana ingin mengesan jika anak didera?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan senang kita nak percaya orang yang menjaga anak kita sekarang. Lebih-lebih lagi orang yang kita tak berapa kenal. Selepas bercerai, banyak sangat kes didera ibu tiri yang kita dengar. 

Walaupun kita cuba yang sehabis baik demi anak, selepas kita bercerai, tapi kadang-kadang, kita tak boleh lari dari kes anak didera ibu tiri. Beginilah yang terjadi pada kanak-kanak usia 7 tahun ini.

Ibunya, Nurul Dahlia, 35 tahun telah membuat laporan polis dan masih terkejut apabila mendapati anak bongsunya telah didera ibu tiri mereka selama ini!

Anak bongsu mengaku didera ibu tiri

Kredit: Utusan Malaysia

Menurut laporan media, anak bongsu itu didera ibu tiri untuk minum air panas yang tengah menggelegak! MasyaAllah! 

Akibat perderaan itu, mulut kanak-kanak terbabit melecur dan luka teruk. Ibu mangsa ingin datang menjemput dan menjumpainya 4 hari kemudian. Beliau terkejut melihat bagaimana kesan luka pada mulut anaknya!

Saya ingin pergi ambil dia minggu ini. Tapi tiba-tiba saya perasan bibirnya seperti melecur, luka dengan teruk. Bila saya tanya apa yang terjadi, dia cakap dia didera ibu tiri. Ibu tirinya itu memaksa dia minum air tengah mendidih!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mangsa yang kerisauan pantas membawa anaknya itu ke hospital berdekatan Kuala Lumpur selepas laporan polis dibuat.

Anak didera ibu tiri sejak dulu lagi

Kredit: NSTP

Selepas bercerai dengan suaminya pada tahun 2011, Nurul telah kehilangan hak penjagaan anak kepada 4 anak perempuannya yang kini sudah berusia 14, 13, 8 dan 7 tahun kerana masalah kewangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 tahun selepas itu, bekas suaminya telah berkahwin semula. Sejak itu, ibu malang ini tidak dibenarkan untuk melawat anak-anaknya. Hanya sekali sekala saja dia dibenarkan melawat.

Sehingga ke hari ini, bekas suaminya akan mengelak diri. Dia tidak akan membalas mesej atau panggilan Nurul.

Menurut si ibu, anaknya yang berusia 13 tahun pernah mengadu tentang didera ibu tiri itu. Menurut si anak, ibu tirinya memukul dia. Tapi oleh sebab tiada kesan luka, Nurul menganggap ia perkara remeh.

Tapi kejadian didera ibu tiri baru-baru ini mengukuhkan bukti yang ibu tiri terbabit tidak melayan anak-anaknya dengan betul. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya masih terkejut. Sekarang baru saya faham kenapa anak ketiga dan anak bongsu saya selalu tidak mahu balik dan akan menangis apabila saya ingin menghantar mereka ke rumah bapa mereka semula.”

Pihak polis masih menyiasat kes ini. Kami mengharapkan kes ini segera disiasat dan nasib keempat-empat anak gadis itu terbela. Semoga mereka dibesarkan tanpa ketakutan dan penderaan.

Tanda penderaan kanak-kanak yang harus diperhati

Laporan Ministry of Social and Family Development (MSF) mendedahkan, hampir 40% kanak-kanak yang didera baru saja berusia 7 tahun. 

Kanak-kanak mungkin tidak akan memberitahu yang mereka didera, tapi dari perbuatan mereka ini, anda dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena:

  • Kanak-kanak itu takut atau tidak selesa pada sesetengah orang dewasa
  • Kanak-kanak akan mengamuk dan tantrum apabila dia akan dihantar ke ibu bapa, penjaga atau cikgu tertentu
  • Terdapat perubahan perangai pada anak, contohnya dia asyik ingin “berkepit” saja
  • Mereka juga mungkin mengalami perubahan tidur atau makan
  • Kanak-kanak memiliki kesan lebam/luka yang aneh dan tanpa sebab

Jika anda percaya ada kanak-kanak yang didera, sila laporkan ia pada pihak polis dengan segera. Mari kita selamatkan kanak-kanak yang didera ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka tidak berhak untuk diperlakukan begitu. Sebagai orang dewasa, kita seharusnya mencurahkan kasih sayang pada kanak-kanak, bukan mendera emosi, fizikal dan mental mereka. 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: New Straits TimesUtusan Malaysia, Straits Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Hancur hati lihat ibu bapa muda ini seksa dan dera bayi sendiri!

Penulis

Ayu Idris