Jangan ikut 5 trend diet selebriti ini, ia BERBAHAYA untuk kesihatan!

Tidak semua diet selebriti baik dan selamat untuk diikut. Sebenarnya, ada 5 diet yang boleh memudaratkan kesihatan jika dilakukan tanpa pengawasan! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di mana ada selebriti, pasti ada peminatnya. Ada yang terikut-ikut cara mereka berpakaian, malah ada yang sanggup mengikut pelan diet selebriti supaya boleh menjadi seperti artis pujaan mereka.

Tetapi kini Persatuan Dietetik British (BDA) ingin menasihatkan orang ramai tang tidak semua diet selebriti baik dan selamat untuk kesihatan. Sebenarnya, ada yang sangat berbahaya!

Antara yang paling berbahaya adalah 5 trend diet selebriti seperti ini. Jom semak ada tak antara anda yang mengamalkannya: 

Diet selebriti #1: Clean eating

Selebriti terkenal seperti Miranda Kerr dan Jessica Alba, adalah 2 contoh artis/model Hollywood terkenal yang menggunakan diet selebriti ini.

Diet ini menggalakkan pemakanan ‘segar’ atau makanan dalam bentuk yang paling asas.  Makanan yang diproses tidak dibenarkan. Hanya makanan semulajadi dan makanan masakan rumah boleh dimakan.

Walaupun menyingkirkan makanan yang diproses bunyinya macam baik saja, tetapi pakar berkata konsep “eat clean” dan “dirty food” ini sebenarnya agak membimbangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemikiran jenis ini boleh menggalakkan ‘orthorexia nervosa’ di mana orang itu menjadi obsessed dengan makanan pilihannya. Ramai pengamal diet ini salah anggap makanan “tidak sihat” seperti bijiran, buah-buahan dan barang tenusu yang sebenarnya baik untuk anda.

Diet selebriti #2: Pil diet

Pil diet yang tidak diluluskan oleh wakil perubatan adalah sangat berbahaya. Selebriti Kim Kardashian dilaporkan telah mengambil pil diet untuk kembali ke bentuk badan asalnya selepas bersalin.

Kebanyakkan pil diet ini mendakwa boleh membakar atau menghalang penyerapan lemak. Ada juga yang boleh menyekat selera makan atau meningkatkan metabolisme anda.

Tetapi pil diet mempunyai risiko yang tidak dapat diduga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang membimbangkan, kadar jualan pil diet kini semakin meningkat. Kita tidak boleh mengenalpasti jika pil ini telah diproses dalam keadaan yang terkawal atau jika ia mengandungi bahan kimia yang tidak selamat untuk badan kita.

Diet selebriti #3: ‘Teatoxes’ atau teh diet

Nicki Minaj, Kylie Jenner, malah Britney Spears adalah pengamal setia ‘teatoxing‘.

Teatoxing ialah amalan mengambil teh diet untuk menyingkirkan toksin, memperbaiki kulit, mengurangkan perut kembung, dan menurunkan berat badan.

Menurut pakar, amalan ini boleh memudaratkan kerana kebanyakkan teh diet mengandungi kafein berlebihan dari guarana atau yerba mate (kedua-duanya sejenis tumbuhan).
 
Teh diet juga mengandungi bahan diuretik seperti tumbuhan dandelion/nettle dan laksatif yang dikenali sebagai senna yang sebenarnya tidak selamat jika diambil lebih dari sekali seminggu tanpa pengawasan.
 
Diet ini juga memberi ilusi penurunan berat badan. Sebenarnya, anda cuma kehilangan air dalam badan. Kesan sampingan teh diet termasuk cirit-birit, dehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit, dan kerosakan usus.

Diet selebriti #4: Diet 6:1

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Chris Martin dari Coldplay dilaporkan mengamalkan diet ini. Menurut penyanyi terkemuka itu, diet ini telah mengembangkan kreativiti dan mambantu suaranya menjadi lebih baik.

Diet ini dipanggil 6:1 kerana untuk 6 hari anda boleh makan seperti biasa, kemudian puasa makan pada hari ke-7.

Puasa yang tidak dilakukan dengan betul boleh memberi kesan kepada penumpuan, mood serta menyebabkan anda rasa letih. Tiada kajian yang boleh membuktikan amalan berpuasa boleh meningkatkan kreativiti seseorang.

Diet selebriti #5: Jus hijau

Blake Lively, Rosie Huntington Whiteley, dan Gwyneth Paltrow semuanya pengikut diet jus hijau ini!

Diet jus hijau sama seperti diet detox yang lain. Cara melakukan diet ini ialah untuk mengambil jus atau smoothie yang dibuat dari buah-buahan, makanan tambahan berbentuk serbuk dan sayur-sayuran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang percaya jus hijau boleh mempermudakan badan, membuang toksin dan menyumbang kepada penurunan berat badan. Tetapi tubuh kita secara semulajadi sudah ada keupayaan untuk membuang toksin dari badan.

Sesetengah orang suka tambahkan minyak kelapa dan avokado yang sebenarnya boleh meningkatkan berat badan kerana mereka mengandungi banyak kalori.

Jika anda ingin mengamalkan diet ini, pastikan anda hanya minum sebanyak 150ml sehari. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: dailymail.co.uklivestrong.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin Cepat & Selamat: Panduan Lengkap Buat Ibu

Penulis

Rosanna Chio