Khas Buat Pengguna Astro, Disney+ Hotstar Tampilkan 800 Filem Disney BEST & Terhebat

Disney+ Hotstar bakal menemui penonton mulai 1 Jun ini menerusi Astro. Apa yang menariknya ia menyediakan pelbagai kandungan hebat buat semua peringkat umur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kerajaan menasihati orang ramai agar kekal berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan penting bagi mencegah penyebaran Covid-19, pihak Astro telah mengambil pendekatan ini dengan menyediakan pelbagai hiburan di kaca televisyen anda dengan menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar.

Bermula 1 Jun 2021 ini, para pelanggan Astro dapat menikmati akses lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan.

Tonton pelbagai program Disney+ Hotstar dari rumah anda

Astro amat teruja mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi bagi perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Dengan objektif memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada para pelanggan, Astro berusaha menyediakan variasi kandungan Disney+ Hotstar yang menarik menerusi kotak Ultra dan Ulti.

''Kami gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan mengagregasikan lebih banyak tontonan bertaraf antarabangsa di platform Astro.''

Tidak lama lagi kesemua pelanggan boleh menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, kandungan tempatan yang terbaik, karya asli yang memenangi anugerah serta kandungan sukan tiada tandingan.''

''Ini menjadikan Astro sebagai destinasi hiburan pilihan pertama bagi seluruh rakyat Malaysia. Pelanggan Movie Pack dapat strim hiburan bertaraf dunia dengan tambahan RM5 sahaja sebulan.''

Manakala bagi pelanggan selain Movie Pack dapat menikmati rancangan ini melalui bundle nilai menarik yang lain.'' jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya lagi, ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana pihak Astro akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video 'on demand' (SVOD), membolehkan penonton memilih pelbagai jenis hiburan yang memberi nilai serta kemudahan.

Sesiapa sahaja boleh menikmati Disney+ Hotstar

Manakala Pengurus Besar The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, David Shin turut meluahkan rasa teruja dapat melancarkan Disney+ Hotstar kepada seluruh pengguna di Malaysia melalui jalinan kerjasama dengan pihak Astro.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui kandungan klasik Disney yang ikonik, sehingga siri Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan barisan para pelakon siri dan filem Asia, pastinya ia mampu memenuhi citarasa penonton bagi setiap peringkat usia.

Untuk pengetahuan anda, Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman bagi kandungan global dan Malaysia. Ia turut menggabungkan filem-filem pecah panggung Hollywood serta kandungan yang memperoleh anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Penciptaan peranti bersambung dengan jaringan internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem termasuklah siri aksi langsung, filem asli panjang, animasi, dokumentasi dan kandungan format.

Antaranya siri adalah seperti  The Mandalorian, The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, saluran ini turut menampilkan simpanan kandungan yang luas bagi penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah serta kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Ejen Ali, Ada Hantu, Upin & Ipin, Zombitopia dan banyak lagi!

Langkah untuk melanggan siaran ini di Astro

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya berminat untuk melanggan, anda boleh mendaftarkan diri bermula 4 Mei 2021 bagi mendapatkan 'Movies Pack' yang disertakan dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun ini.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti berikut:

  • Layari laman web pengaktifan Disney+ Hotstar di Astro: astro.com.my/Disney/activate
  • Daftar masuk menggunakan ID Astro dan ikut langkah-langkah pengaktifan yang tertera
  • Selepas berjaya diaktifkan, muat turun aplikasi ini atau boleh ke laman web disneyplushotstar.my dan daftar masuk menggunakan nombor telefon yang sama
  • Anda boleh menonton kandungan saluran ini di aplikasi atau laman web

Selain itu, anda juga boleh terus menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp +603- 95433838, Saluran 200, atau terus mendapatkan khidmat daripada pengedar dan pembekal Astro yang sah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Filem Menarik Terbitan Disney Untuk Tontonan Anak Anda, Penuh Nilai Murni & Pengajaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan