Untuk Elak Meniru Di Antara Satu Sama Lain, Semua Pelajar Kena Pakai Kotak Di Kepala!

Sanggup tak kalau anak-anak anda kena paksa pakai kotak di kepala macam ni?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba musim peperiksaan anak, pasti ibu bapa pun mula rasa gementar dan ada juga yang berikhtiar dengan membacakan doa anak menghadapi peperiksaan.

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik, dan tidak mahu anak tidak dapat mengingati formula atau mula melakukan perkara tidak baik seperti meniru dalam peperiksaan pula!

Kes meniru dalam kelas ini kerapkali berlaku terutamanya semasa peperiksaan sedang dijalankan. Bukan ibu bapa sahaja yang berharap supaya anak tidak melakukan kesalahan ini, pihak sekolah juga mengenakan peraturan yang ketat untuk hal ini tau!

Pelajar Pakai Kotak Di Kepala Elak Meniru Semasa Peperiksaan

Ini mungkin kedengaran lucu, tetapi ini idea yang agak bombastik dilakukan oleh sebuah sekolah di Mexico. Inilah realiti yang berlaku dalam sebuah peperiksaan apabila kesemua calon diminta memakai kotak di kepala untuk menghindarkan dari berlakunya peniruan semasa peperiksaan berlaku.

Luis Juarez Texis, seorang guru mata pelajaran Etika dan Nilai di sekolah tersebut telah melaksanakan cara tersebut untuk tujuan baik, walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan dari masyarakat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata mereka mengecam cara tersebut, malah meminta guru tersebut dilucutkan dari jawatan di Bachilleres 01 El Sabina School di Tlaxcala.

"Kebanyakan ibu bapa berpendapat tindakan itu sebagai memalukan kelas dan mereka juga meminta pihak berkuasa melindungi hak anak mereka sebagai pelajar.

Ibu bapa di sebuah group di Facebook dilaporkan berkata, 

"'Keganasan seperti itu tidak boleh diterima," 

"Suatu Latihan Dinamik." 

Pihak sekolah walau bagaimanapun memberi respon mengatakan ia merupakan satu latihan dinamik bagi pelajar untuk membantu perkembangan psikomotor pelajar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Pelajar-pelajar telah dimaklumkan lebih awal dan mereka bersetuju dengan latihan tersebut. Kami sememangnya menghormati hak individu," kata pihak sekolah berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, guru yang mengarahkan pelajar-pelajarnya memakai kadbod sudah digantung tugasnya oleh pentadbiran sekolah tersebut.

Ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku sebegini, sebaliknya ia pernah dijalankan di Kasetsart University,  Bangkok, Thailand apabila calon-calon peperiksaannya dipakaikan kertas berupa topi keledar sepanjang peperiksaan berlaku!

Macam-macam gaya ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7 Amalan Ibu Bapa dan Doa Anak Menghadapi Peperiksaan

Sebagai ibu bapa, pastinya kita sendiri tidak mahu anak meniru dalam peperiksaan. Kita mahukan anak melakukan semuanya atas daya upaya sendiri, dan mendapat sokongan yang diperlukan. Ibu bapa juga boleh mengajar anak untuk membaca doa peperiksaan.

Jadi, apa yang boleh ibu bapa lakukan bagi memberi sokongan kepada anak-anak? Jom tengok perkongsian dari saudara Mohd Fadli Salleh dan doa anak menghadapi peperiksaan di bawah:

7 AMALAN IBU BAPA SAAT ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN. 

Banyak aku baca dan dengar perkongsian tips tentang apa amalan yang baik ibu bapa amalkan saat anak-anak sedang berjuang di medan peperiksaan. Aku kongsikan di sini ya. 

1. Ibu dan bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka. 

2. Saat anak melangkah masuk, ibu 'hantar' dengan doa agar anak ditajamkan akal dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan. 

3. Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat dhuha, solat taubat dan berdoalah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan surah Yaasin. 

Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat. 

5. Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus. 

6. Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga. 

7. Puasa sunat bagi yang mampu dan tidak uzur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat. 

Malah ada sekolah tidak membenarkan ibu bapa berada dalam kawasan sekolah atas pelbagai faktor. Tenang saja, boleh lakukan di rumah dan di tempat kerja. 

Mereka telah usaha, kita ibu bapa juga kena usaha. Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala. 

Mohd Fadli Salleh

Doa Ibu Bapa Untuk Anak

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

7.  Membaca Selawat (10 kali)

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)

10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak- anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: shafiqolbu/Facebook Mohd Fadli Salleh

Baca juga:

 

Penulis

Beto Rahman