X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 7 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

4 min bacaan
Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 7 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini

Antara doa yang boleh diamalkan khususnya buat para pelajar adalah Doa Menduduki Peperiksaan untuk mudah menjawab soalan peperiksaan.

Doa bukan sahaja salah satu cara untuk meminta agar sesuatu hajat dikabulkan tetapi juga untuk memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah. Antara doa yang boleh diamalkan khususnya buat para pelajar dan anak-anak adalah Doa Menduduki Peperiksaan serta Doa Penerang Hati untuk mudah belajar dan menjawab soalan peperiksaan semasa menduduki peperiksaan.

Sebagai usaha untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan, kebiasaannya para pelajar mengulang kaji pelajaran dengan cara membaca, menghafal serta membuat latihan.

Namun begitu, belum tentu soalan yang kita dapat adalah seperti mana yang telah kita ulang kaji bersama guru-guru. Kadang kala, soalan yang diperoleh kelihatan seperti pernah dijawab tetapi pada waktu itu fikiran jadi kosong yang menyebabkan kita terlupa.

Oleh itu, dengan membaca doa dan mendapat izin Allah semoga dapat membantu memudahkan segala urusan sepanjang menghadapi peperiksaan nanti sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang.

▲▼Isi Kandungan

  • Senarai Doa Peperiksaan
  • Doa Peperiksaan 1: Doa Penerang Hati
  • Doa Peperiksaan 2: Doa Penerang Hati 2
  • Doa Peperiksaan 3: Doa Ketika Sedang Belajar
  • Doa Peperiksaan 4: Doa Selepas Belajar
  • Doa Peperiksaan 5: Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan/ Mohon Dilapangkan Dada
  • Doa 6: Doa memohon kecerdasan fikiran
  • Doa 7: Doa untuk membuka hati 

Senarai Doa Peperiksaan

Berikut dikongsikan doa-doa yang merangkumi doa sewaktu belajar, doa penerang hati serta doa menghadapi peperiksaan yang boleh dihafal dan diamalkan semua pelajar tidak kira semasa menghadapi peperiksaan UPSR, PT3, SPM atau lain-lain.

Doa Peperiksaan 1: Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Rumi: Allahumma aftah alaina hikmataka wanshur alaina min khoza ini rahmatika ya arhamar rahimin

Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Doa Peperiksaan 2: Doa Penerang Hati 2

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Rumi: Allahumma nur qalbi binur hidayatika kama nawwar tal ardhi binur syamsika abadan birahmatiqa ya arhamar rahimin

Maksudnya: Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani.

Doa Peperiksaan 3: Doa Ketika Sedang Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

Rumi: Allahumma aftah alaina futuhal arfina warzukna fahmannabiyina wailahamal maka ikatil mukkarra bina birahmatika ya arhamar rahimin

Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif, Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Doa Peperiksaan 4: Doa Selepas Belajar

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Rumi: Allahuma inni astaudi uka ma alimtanihi fardudhu ilayya inda hajati ilaihi wala tansanihi ya rabbal alamin

Maksudnya: Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam.

Doa Peperiksaan 5: Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan/ Mohon Dilapangkan Dada

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Rumi: Robbish roh li sodri wayassirli amri wahlul ukdata min lisani yafkahu kauli

Maksudnya: Ya Allah, lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Doa 6: Doa memohon kecerdasan fikiran

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

Rumi: Allahummal himi rashdi wa aa idni min syar nafsi

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.

Doa 7: Doa untuk membuka hati 

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ

Rumi: Allahumal hamni rashdi wakini syar nafsi

Maksudnya: Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.

iPendidikan azhafizah.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata, Lembut Hati!

Baca juga : Doa Hilang Barang Atau Lupa Tempat Letak Agar Dipertemukan Semula Dengan Segera

Baca juga : 5 Doa Untuk Orang Sakit, Ringkas & Senang Hafal Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 7 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham