X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Doa Penerang Hati Untuk Anak, Ibu Ayah Boleh Amalkan Selalu 5 Doa Ini

5 min bacaan
Doa Penerang Hati Untuk Anak, Ibu Ayah Boleh Amalkan Selalu 5 Doa Ini

Doa penerang hati boleh diamalkan oleh ibu bapa dan dibaca kepada anak-anak supaya dilapangkan dada dan memudahkan pembelajaran mereka.

Doa penerang hati adalah doa buat kita memohon kepada Allah supaya hati kita terang dan berlapang dada dalam apa jua yang kita usahakan setiap hari.

Doa ini juga sering dilafazkan dengan doa belajar untuk melapangkan dada dan memudahkan pembelajaran.

Meminta agar anak diterangkan hati bukan sekadar penting bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan, ujian, atau temuduga malah dalam menjalani hari-hari biasa pun, kita sebagai ibu bapa amat digalakkan agar sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka.

Berikut disertakan beberapa doa penerang hati yang boleh dibaca dan diamalkan. Adalah penting untuk kita amalkan doa-doa ini sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT, supaya terang hati kita dan anak-anak serta lapang dada dalam menguruskan sesuatu urusan harian.

5 Doa Penerang Hati Untuk Anak

1. Doa Nabi Muhammad SAW Buat Ibnu Abbas RA

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya:  “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenali sebagai Ibnu Abbas.

2. Surah Taha Ayat 1-5

طٰهٰ ۚ
Maksudnya: “Thaha”
 
مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ
Maksudnya: “Kami tidak menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah”
 
اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى ۙ
Maksudnya: “melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),”
 
تَنْزِيْلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْاَرْضَ وَالسَّمٰوٰتِ الْعُلٰى ۗ
Maksudnya: “diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi,”
 
اَلرَّحْمٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوٰى
Maksudnya: “(yaitu) Yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas ‘Arsy.”

Surah Taha ini ayat 1-5 ini juga banyak manfaatnya dan amat popular di kalangan ibu bapa. Ayat ini dikatakan menjadi pelembut hati simbolik dengan peristiwa di mana Umar al-Khattab yang dahulunya amat menentang Islam.

3. Surah An-Nur Ayat 35

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya: Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ayat 35 daripada surah Nur ini juga antara yang terkenal dan sering diamalkan sebagai ayat pelembut hati, pendinding diri, penerang hati dan sebagainya. Jika diteliti, ayat ini memiliki maksud yang sangat mendalam.

4. Surah Al-Insyirah

اَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَۙ

Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَۙ

Maksudnya: Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

الَّذِيْٓ اَنْقَضَ ظَهْرَكَۙ

Maksudnya: Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَۗ

Maksudnya: Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۙ

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَاِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْۙ

Maksudnya: Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ ࣖ 
Maksudnya: Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Salah satu surah ringkas dalam Juz Amma, namun cukup berkesan. Ayat ini diajukan kepada Nabi Muhammad SAW bagi menghilangkan segala kesusahan yang dipikul Baginda ketika berdakwah dan menyampaikan risalah-Nya.

5. Surah Al-Anbiya’ Ayat 79

فَفَهَمْنَاهَا سُلَيْمَانَ كَلّاًّ أَتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَا وَ الطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ

“Maka, Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan, Kamilah yang melakukannya.”

Ayat ini terdapat dalam kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ketika kedua mereka sedang mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam kalangan umatnya ketika itu. Lalu, Allah memberikan mereka kefahaman, hikmah dan ilmu kepada Nabi Sulaiman untuk memutuskan hal tersebut secara adil dan saksama. Ayat ini juga menyebutkan kelebihan Nabi Daud dan diakhiri dengan ‘Kamilah yang melakukannya’, bermaksud semua ini adalah datangnya dari Allah jua.

Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 6 Doa Untuk Anak Anak Ini Jika Diamalkan Mereka Akan Dengar Kata, Lembut Hati!

Baca juga : Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Baca juga : 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Doa Penerang Hati Untuk Anak, Ibu Ayah Boleh Amalkan Selalu 5 Doa Ini
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham