Nak Tidur Pun Perlu Baca Doa, Ada Lebih Baiknya Juga Diikuti Dengan Doa Bangun Tidur Selepas Lena Semalaman

Ada baiknya apabila kita mengamalkan doa bangun tidur. Ini antara kelebihannya yang anda mungkin tidak tahu selama ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum kita masuk tidur, adalah lebih afdal apabila kita membaca doa sebelum tidur, sama juga apabila pada waktu pagi sebaiknya dimulakan dengan doa bangun tidur. Ia bukan hanya baik untuk rohani, tetapi juga demi memulakan pagi hari dengan yang baik-baik sahaja.

Tidur mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang tetapi hakikatnya tidur adalah salah satu rutin yang amat penting kepada kesihatan fizikal dan mental manusia. Bahkan, ada satu kajian The Journal of Neuroscience pada tahun 2014 mengatakan yang jika seseorang itu kekurangan tidur selama 24 jam, individu tersebut akan mengalami halusinasi dan simptom lain yang boleh mendorong ke arah schizophrenia.

Senang kata, tubuh manusia memerlukan satu per tiga daripada hidup untuk tidur. Tubuh kita akan mengalami gangguan dan tidak berfungsi dengan baik jika kekurangan tidur. Tempoh waktu tidur juga berbeza mengikut tahap umur dan faktor sekeliling seseorang itu.

Disebabkan itu di dalam Islam ada sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW untuk umatnya ikut berkenaan dengan cara tidur agar mendapat tidur yang berkualiti dan pada masa yang sama tidur itu menjana pahala untuk akhirat kita.

Boleh kata biasanya sebelum tidur ramai di antara kita yang membaca doa sebelum tidur, tetapi jarang untuk membaca doa bangun tidur, apatah lagi kalau sudah terlambat atau dalam keadaan tergesa-gesa.

Tak dinafikan juga yang masa kini ramai yang celik-celik mata sahaja sudah melihat telefon bimbit, sedangkan ada baiknya untuk mulakan terlebih dahulu dengan membaca doa bangun tidur. Malah ia juga adalah satu sunnah.

Doa bangun tidur

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumi: Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan membaca doa selepas terjaga dari tidur

Malah, perihal ini juga ada dijelaskan di dalam Al-Quran.

Firman ALLAH SWT: “Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.” (Surah al-An’am, ayat 60)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya menyatakan, “ALLAH SWT menjelaskan, Dia mematikan hamba-hamba-Nya dalam tidur mereka pada waktu malam sebagaimana ditegaskan di dalam Surah al-Zumar, ayat 42.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ada baiknya untuk kita mulakan pagi hari dengan membaca doa bangun tidur. Biarpun ia nampak perkara yang remeh atau kecil tetapi percayalah yang ia adalah jalan mudah untuk mendapat pahala sekaligus dapat memberikan keberkatan ke dalam tidur kita itu serta setelah bangun dari tidur itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Tahajjud Dalam Bahasa Rumi Yang Ringkas, Jadi Pelengkap Solat Sunat Tahajjud

Baca juga: Doa Dipermudahkan Urusan, Amalkan Setiap Pagi Untuk Permulaan Hari Yang Baik

Baca juga: Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

 

Penulis

Farhana Fuad